Yahaya Ali
ahli politik Malaysia
Dato' Haji Yahaya Ali merupakan seorang ahli politik kelahiran Terengganu, Malaysia daripada parti politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu[1] bermula Mei 2018 hingga Jun 2023. Dalam parti, beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Beliau pernah menjadi ADUN Alur Limbat, Terengganu dari 1995 hingga 2004 dan pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu untuk sepenggal dari 1999 hingga 2004.[1]
Dato' Haji Yahaya Ali DPMT (Terengganu) | |
---|---|
Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 1 Julai 2018 – 27 Jun 2023 | |
Raja | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Didahului oleh | Mohd Zubir Embong |
Digantikan oleh | Mohd Nor Hamzah |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Alur Limbat | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Alias Abdullah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yahaya bin Ali Terengganu |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | To' Puan Hajah Zarani Othman |
Pekerjaan | Ahli politik |
Anugerah
sunting- Terengganu
- Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' (2019)[2]
Rujukan
sunting- ^ a b Helmy Abd Rahman Yahaya Ali dilantik YDP DUN Terengganu HMetro
- ^ "MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu". TRDI. 22 Julai 2019. Dicapai pada 16 Ogos 2022.