Balto II: Wolf Quest
Balto II: Wolf Quest (Balto II: Pencarian Serigala) ialah sebuah susulan straight-to-DVD Amerika Syarikat 2002 kepada filem animasi 1995 Universal Pictures/Amblin Entertainment Balto.
Balto II: Wolf Quest | |
---|---|
Pengarah | Phil Weinstein |
Lakon layar | Dev Ross[1] |
Dihasilkan oleh | Phil Weinstein |
Dibintangi | Jodi Benson David Carradine Lacey Chabert Mark Hamill Maurice LaMarche Peter MacNicol Charles Fleischer Rob Paulsen Nicolette Little Melanie Spore Kevin Schon |
Disunting oleh | Jay Bixsen Ken Solomon |
Muzik oleh | Adam Berry |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Universal Studios Home Entertainment |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 75 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Jalan cerita
suntingBalto dan pasangannya Jenna mempunyai sebuah keluarga yang baharu terdiri daripada enam ekor anak anjing. Lima daripada anak anjing mereka kelihatan seperti ibu husky mereka, sementara seekor anak anjing bernama Aleu sejelasnya kelihatan seperti bapa anjing serigalanya. Apabila mereka semua mencapai umur lapan bulan, semua anak anjing itu diambil ke rumah baharu, tetapi tiada yang menghendaki Aleu. Aleu tinggal dengan bapanya, Balto. Setahun kemudian, selepas dia hampir dibunuh oleh seorang pemburu, Balto memberitahu Aleu tentang kebenaran tentang warisan serigalanya. Dengan marah dan sedih, dia melarikan diri berharap untuk mencari tempatnya di dunia.
Pada masa yang sama, Balto bergelut dengan mimpi yang pelik tentang seekor burung raven dan sekawanan serigala dan dia tidak boleh memahami maknanya. Dia bertemu dengan makhluk bermisteri, seperti seekor rubah yang licik, setigaan wolverin yang mengejeknya, burung raven panduan yang sama dari mimpinya, dan seekor beruang perang yang berang yang tiba-tiba hilang seperti tidak pernah berada di situ.
Semasa perjalanan, temannya Boris, Muk dan Luk berharap untuk menjumpai Balto, tetapi mereka dihentikan oleh kuasa yang tidak diketahui. Mereka kemudian sedar bahawa perjalanan ini untuk mencari Aleu bermakna untuk bapa dan anaknya sendiri.
Aleu, selepas berteduh di sebuah gua, bertemu dengan tikus padang yang dipanggil Muru yang menyedarkan Aleu bahawa bahagian serigalanya tidak teruk sangat. Muru mengajar Aleu bahawa semua mempunyai panduan semangat. Selepas menyanyikan lagu "Who are you?", sebenarnya Muru ialah panduan semangat Aleu.
Apabila Aleu dan Balto bersatu semula selepas nyaris-nyaris melarikan diri dari beruang tersebut, Aleu menyedari dia telah memperoleh kebolehan pelik yang membolehkannya melihat fikiran beruang itu. Aleu mula membesar, memberitahu bapanya bahawa dia tidak akan pulang ke rumah sehingga dia mengetahui siapa dirinya. Kedua-duanya terus berjalan mengikuti burung raven itu ke sekawanan serigala yang lapar di tepi lautan. Mereka diketuai oleh seekor serigala tua bernama Nava, yang mempunyai kuasa magis dan boleh berhubung dengan serigala putih bermisteri Aniu dalam "pandangan mimpi"nya. Dia memberitahu kawanannya bahawa pada satu hari kemudian, mereka akan dikeuai oleh seekor ketua baharu, "yang merupakan serigala tetapi tidak tahu". Semua percaya bahawa Balto, yang separuh serigala dirinya, merupakan yang terpilih yang diperkatakan oleh Aniu. Walau bagaimanapun, Niju (seekor serigala muda) berharap bahawa dia akan menjadi ketua seterusnnya kerana dia yang terkuat dan lebih berkuasa daripada Nava yang tua dan bijaksana. Dia merancang untuk mencapai itu dengan pengikutnya Nuk, Yak dan Sumac.
Harinya tiba untuk berlepas dari rumah mereka untuk mengikut karibu, sumber makanan serigala, menyeberangi laut luas menggunakan pecahan ais seperti jambatan, dengan Balto sebagai ketua. Apabila Nava terpisah daripada selebih kawanan, Aleu menyertainya untuk membantunya ke seberang, tetapi terserempak dengan Niju, yang sedia mengambil nyawa ketua yang tua itu dan serigala kacuk yang muda juga. Balto meninggalkan kawanan itu untuk menyelamatkan anaknya, tetapi sebelum sesiapa sakit, mereka sedar bahawa kawanan itu mengapung lebih jauh, tanpa ketua. Nava tidak boleh merenangi air itu kerana umur tuanya, maka Balto memberitahu Niju untuk menjadi ketua mereka yang baharu dan untuk berenang kepada kawanan itu tetapi Niju enggan meninggalkan tanah airnya. Balto bersedia untuk membantu kawanan itu, tetapi Aleu sedar bahawa inilah tempatnya yang sebenar. Dia berenang ke kawanan itu untuk menjadi ketua kawanan itu sebaik Nava pulang ke rumahnya untuk mencari Niju. Sebaik Balto hendak pulang ke Nome, burung raven itu memperlihatkan dirinya yang sebenar sebagai serigala putih agung, Aniu, yang merupakan ibu Balto.
Pelakon suara
sunting- Maurice LaMarche sebagai Balto
- Jodi Benson sebagai Jenna
- Lacey Chabert sebagai Aleu
- David Carradine sebagai Nava
- Mark Hamill sebagai Niju
- Charles Fleischer sebagai Boris
- Peter MacNicol sebagai Muru
- Rob Paulsen sebagai Terrier, Sumac, Wolverin #2
- Nicolette Little sebagai Dingo
- Melanie Spore sebagai Saba
- Kevin Schon sebagai Muk, Luk, Wolverin #1
- Joe Alaskey sebagai Pemburu, Nuk
- Monnae Michaell sebagai Aniu
- Mary Kay Bergman sebagai Rubah, Wolverin #3
- Jeff Bennett sebagai Yak
Sambutan
suntingLaman Rotten Tomatoes untuk Balto II: Wolf Quest tidak mempunyai penilaian, kerana hanya satu ulasan dikira (yang berulasan negatif). Walau bagaimanapun, daripada sembilan ulasan oleh komuniti RT, filem ini memegang penilaian 56% "rotten".[2]
Anugerah
suntingBalto II: Wolf Quest telah dicalonkan untuk Anugerah Annie[3] pada 2003 untuk "Papan Cerita Cemerlang dalam Terbitan Televisyen Animasi". Anugerah Annie ialah penghormatan yang dianugerahkan dalam animasi sama seperti anugerah yang lain dipersembahkan oleh akademi. Anugerah ini memberikan penghormatan kepada pencapaian tertinggi industri.
Humanitas Prize diterima oleh pelakon layar Balto II, Dev Ross, pada 2002 untuk filem ini dalam kategori Animasi Kanak-kanak.[4] Laman web Humanitas menyatakan bahawa "sebuah cerita Humanitas mencabar kita untuk menggunakan kebebasan untuk berkembang maju, menghadapkan kita dengan tanggungjawab individu kami dan menguji akibat pilihan kita."[5] Pemenang lain untuk Humanitas Prize termasuk A River Runs Through It, Schindler's List, dan WALL-E.
Rujukan
sunting- ^ IMDb Balto 2
- ^ Balto II di Rotten Tomatoes
- ^ 30th Annie Awards
- ^ "Humanitas Winners". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-06. Dicapai pada 2013-04-22.
- ^ "Humanitas Prize Website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-05. Dicapai pada 2013-04-22.
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Balto II: Wolf Quest |
- Balto II: Wolf Quest di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Balto II: Wolf Quest di Allmovie
- Balto Source - Maklumat & media mengenai filem.
- Sourcecast[pautan mati kekal] - Temu ramah dengan pengarah Phil Weinstein