Darah yang keluar dari rahim wanita
Dari segi feqah, ada 4 jenis darah yang keluar dari rahim wanita iaitu darah haid, nifas, istihadhah (juga dipanggil fasad)[1], dan wiladah.
Darah haid
suntingMenurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah).[2]
Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.
Darah nifas
suntingDarah nifas, ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya berupa segumpal darah. Jangka masa keluarnya darah nifas :-[3]
- Masa yang paling pendek ialah kadar keluar setitik darah.
- Masa yang sederhana ialah empat puluh hari.
- Masa yang paling lama ialah enam puluh hari.
Darah istihadhah / fasad
suntingDarah istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya atau darah berpenyakit. Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.
Darah Wiladah
suntingDarah Wiladah bermaksud darah yang keluar semasa kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya) ; wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia WAJIB MANDI jika ditakdirkan TIADA darah NIFAS yang keluar. Ini kerana diqias kepada air mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.
Namun jika ada darah NIFAS yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya TERTAKLUK dengan HUKUM wanita yang kedatangan NIFAS dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.[4]