Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Tempat dan Benua
Merangkumi fakta berkenaan asal-usul, peranan dan keistimewaan tempat-tempat tertentu.
- "... bahawa kedua-dua Washington, D.C. dan Washington dinamakan bersempena Presiden George Washington?"
- "... bahawa Jeddah dianggap sebagai bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah?"
- "... bahawa Den Haag tidak mempunyai universiti walaupun merupakan bandar ketiga terbesar di Belanda?"
- "... bahawa Kalimantan pada asalnya merujuk kepada keseluruhan kepulauan Borneo, dan bukan wilayah Indonesia kini sahaja?"
- "... bahawa cara terbaik untuk mengunjungi Siberia ialah melalui Landasan Keretapi Rentas Siberia?"
- "... bahawa Tapak Warisan Dunia boleh jadi hutan, gunung, tasik, bangunan, mahupun keseluruhan bandar ?"
- "... bahawa di hemisfera barat, secara mudahnya cuma terdapat benua Amerika?"
- "... bahawa Wilayah Persekutuan Putrajaya, seperti Kuala Lumpur, dikelilingi sepenuhnya oleh Selangor?"
- "... bahawa majoriti penduduk Doha merupakan ekspatriat, dan warganegara Qatar hanya merupakan minoriti?"
- "... bahawa Petaling Jaya merupakan bandar raya Malaysia yang ke-11?"
- "... bahawa Andalusia pernah menjadi pusat Kerajaan Bani Ummaiyyah?"
- "... bahawa Geneva merupakan ibu pejabat banyak pertubuhan antarabangsa, termasuk agensi-agensi PBB?"
- "... bahawa tahap pencemaran radioaktif di Chernobyl adalah 100 kali ganda melebihi Hiroshima dan Nagasaki?"
- "... bahawa satu per tiga daripada penduduk Peru bermastautin di ibu negaranya Lima?"
- "... bahawa Kosmodrom Baikonur menggunakan nama Baikonur agar pihak Barat tertipu dengan bandar Baikonur yang terletak berhampiran?"
- "... bahawa rantau Tibet juga dikenali sebagai "Bumbung Dunia"?"
- "... bahawa kepemilikan Pulau Batu Putih cuma mula dipertikai pada tahun 1979?"
- "... bahawa sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi di Segi tiga Bermuda?"
- "... bahawa sesetengah kawasan bebas tentera menjadi kawasan simpanan hidupan liar tanpa disengajakan?"
- "... bahawa bandar Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?"
- "... bahawa Andes membentuk banjaran pergunungan terbuka yang terpanjang di dunia?"
- "... bahawa Siddhartha Gautama dipercayai dilahirkan di Lumbini, Nepal?"
|