Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Ketenteraan dan Pertahanan
Merangkumi fakta berkenaan pasukan, senjata, jentera, polisi dan pertahanan peperangan.
- "... bahawa DEFCON menerangkan tahap kesediaan Tentera Amerika Syarikat?"
- "... bahawa kukri atau "Pisau Gurkha" merupakan senjata regimen dan lambang pejuang Gurkha?"
- "... bahawa peperangan anti-kapal selam menggunakan kapal laut, pesawat udara ataupun lain-lain untuk mencari, menjejak dan memusnahkan kapal selam musuh?"
- "... bahawa submesingan Heckler & Koch MP5 amat digemari oleh pasukan elit terutamanya semasa pertempuran dalam bangunan?"
- "... bahawa peluru berpandu Taepodong Korea Utara boleh dilengkapi dengan peledak nuklear dan sasarannya ialah Amerika Syarikat?"
- "... bahawa suatu batalion mempunyai dua hingga enam kompeni, manakala beberapa batalion membentuk briged?"
- "... bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktu untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan haram di Malaysia?"
- "... bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari pembentukan "Sukarelawan Tentera Laut Simpanan Negeri Selat" di Singapura?"
- "... bahawa Tentera Dumbledore (DA) ditubuhkan "kerana" Menteri Sihir takut ia akan ditubuhkan?" (cereka)
- "... bahawa dalam Perang Ahzab, parit digali di utara kota Madinah untuk menghalang kemaraan gabungan tentera musuh?"
- "... bahawa Kor Polis Tentera DiRaja terletak di bawah cabang Tentera Darat Malaysia namun tugasnya meliputi ketiga-tiga cabang ATM?"
- "... bahawa sistem konvoi diperkenalkan tentera British untuk melindungi kapal-kapal awamnya?"
- "... bahawa Malaysia mempunyai enam pasukan elit?"
- "... bahawa C4 tidak akan meletup kecuali diletupkan dengan bahan letupan lain?"
- "... bahawa kereta kebal A7V memerlukan 18 orang anggota?"
- "... bahawa Perang Teluk dinamakan bersempena Teluk Parsi?"
- "... bahawa kumpulan Taliban berasal dari Mujahideen Afghanistan?"
- "... bahawa panjang busur panjang biasanya serupa dengan ketinggian pemanahnya?"
- "... bahawa dalam Perang Badar, tentera Muslim menewaskan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih ramai?"
- "... bahawa submesingan merupakan senjata api yang paling banyak digunakan oleh unit-unit polis dan separa tentera?"
- "... bahawa kecuali dari konteks jenayah bio, senjata biologi tidak berguna bagi tentera?"
- "... bahawa Sukhoi Su-30 direka sebagai pesawat penguasaan udara tetapi juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat?"
- "... bahawa pesawat Dassault Rafale cuma mula dibangunkan selepas Perancis menarik diri dari projek Eurofighter Typhoon?"
- "... bahawa terdapat versi khusus pesawat Dassault Mirage 2000 untuk melancarkan serangan nuklear?"
- "... bahawa dalam membina kereta kebal Leclerc, penekanan diberikan untuk memiliki perlindungan aktif, berbeza dengan kebanyakan program negara Barat lain?"
- "... bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat merupakan angkatan tentera udara yang terbesar dan mempunyai teknologi termaju di dunia?"
- "... bahawa antara ciri utama reka bentuk Sukhoi Su-34 ialah keselesaan dua juruterbangnya??"
- "... bahawa pesawat Vickers Warwick boleh digunakan sebagai pengebom atau penyelamat udara-laut?"
- "... bahawa Messerschmitt Me 323 merupakan pesawat pengangkut darat terbesar semasa Perang Dunia II?"
- "... bahawa Kepten dalam Tentera Laut Diraja Malaysia lebih kanan dari Kapten Tentera Darat?"
- "... bahawa pesawat Mikoyan MiG-29 berasal dari program yang sama dengan Sukhoi Su-27?"
- "... bahawa walaupun kewujudan Chengdu J-10 telah lama diperkatakan, kerajaan China tidak pernah mengakuinya sehinggalah awal 2007?"
- "... bahawa pesawat F-14 Tomcat dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat tetapi kini dipercayai hanya digunakan oleh tentera udara Iran?"
- "... bahawa program PALAPES bertujuan melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia?"
- "... bahawa pesawat penguasaan udara merupakan sebuah pesawat pejuang yang berperanan untuk memasuki dan menguasai ruang udara musuh?"
- "... bahawa F-86 Sabre merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan?"
- "... bahawa pada awalnya, pesawat Dassault Mirage F1 hanya dilengkapi dengan dua buah meriam 30 mm?"
- "... bahawa peranan utama helikopter penyerang kini ialah memberi sokongan udara dekat kepada pasukan darat dan anti kereta kebal?"
- "... bahawa sebarang pesawat udara yang boleh melakukan pemerhatian maklumat visual atau pembebasan elektronik layak menjadi pesawat pengawasan?"
- "... bahawa helikopter penyerang AH-64 Apache dipertingkatkan menjadi Westland WAH-64 Apache untuk kegunaan Tentera Darat British?"
- "... bahawa bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya?"
- "... bahawa pesawat pejuang Panavia Tornado dibangunkan secara bersama oleh United Kingdom, Jerman Barat dan Itali?"
- "... bahawa helikopter penyerang Kamov Ka-50 memiliki cuma satu tempat duduk?"
- "... bahawa kebanyakan peluru berpandu udara ke permukaan terdiri dari jenis tembak-dan-lupa?"
- "... bahawa remaja lelaki di Singapura diwajibkan menyertai Khidmat Negara selama 2 tahun apabila mencecah umur 18 tahun?"
- "... bahawa banyak pesawat pejuang P-51 Mustang telah diubahsuai untuk kegunaan awam terutamanya bagi perlumbaan udara?"
- "... bahawa persenjataan yang lazim dalam misi menumpaskan pertahanan udara musuh ialah peluru berpandu anti radar?"
- "... bahawa hanya satu pesawat F-15S/MTD dibina, dan kini digunakan oleh NASA?"
- "... bahawa helikopter tentera moden direka berasaskan sistem modular yang membolehkan penggunaan kerangka pesawat yang sama untuk konfigurasi lain?"
|