Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal)/Archive6

Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.


Benarkan pengguna berdaftar sahaja untuk mencipta rencana baru.

sunting

Berdasarkan undian yang telah dilakukan sebelum ini di sini dan mendapat sokongan majoriti melebihi 75% oleh komuniti WBM. Saya rasa sudah tiba masanya terutama sekali para birokrat dan penyelia di WBM untuk melaksanakan polisi baru iaitu hanya membenarkan pengguna berdaftar sahaja untuk mencipta rencana baru di WBM seperti yang telah lama dilaksanakan di WBI selama beberapa tahun lalu. Ini lebih baik bagi menggalakkan pengguna awanama untuk mendaftar akaun di WBM. Claude (bincang) 14:59, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan saudara Claude Warrior. Jika pengguna awanama ingin mencipta rencana, mereka boleh meminta supaya rencana itu dicipta seperti mana di Wikipedia Bahasa Inggeris. Mereka sudah lama melaksanakan dasar ini.-Fandi89 (bincang) 15:46, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Claude Warrior: @Fandi89: terima kasih kerana memperingatkan kami, para penyelia dan birokrat. Untuk pengetahuan saudara sekalian, tetapan mengubah konfigurasi bagi akses pengguna awanama ini masih dalam proses di Phabricator dan akan diaktifkan dalam tempoh terdekat. Saya harap saudara/saudari dapat bersabar ;). Sekiranya anda ingin melaporkan apa-apa isu atau pertanyaan lagi, jangan segan silu untuk berhubung dengan mana-mana penyelia di sini. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 16:14, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

@Fandi89::Walaupun agak ketat sedikit kerana WBM akan mengikut jejak langkah WBI. Tetapi, bagi saya ianya akan jadi lebih baik kerana dapat membendung gejala laku musnah dan menggalakkan pembukaan akaun bagi pengguna awanama memandangkan WBM mengalami kekangan jumlah penyelia yang dapat membantu mengawal setiap perlakuan pengguna disini. Jika di WBI, jumlah pengguna terlalu ramai dan sukar untuk dikawal, dengan cara pengguna awanama tidak dibenarkan, ianya dapat mengurangkan sedikit bebanan penyelia untuk melakukan pemantauan. Jika lihat di wiki Sepanyol dan Arab, pengguna awanama masih dibenarkan untuk menyunting dan dengan cara itu ianya agak sukar dalam melakukan kerja pemantauan memandangkan bahasa Sepanyol dan Arab begitu ramai penutur dan ramai pengguna. Jika dibandingkan antara Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Sepanyol/Arab, saya berpendapat lebih baik ikut jejak langkah WBI berbanding WBS dan WBA malah tugas penyelia pun menjadi lebih mudah untuk melakukan tugas pemantauan. @CyberTroopers:, saya memahami tugasan para penyelia disini. Terima kasih atas tugas pemantauan pihak penyelia disini.Claude (bincang) 16:24, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

Claude Warrior Saya faham berkenaan komen anda cuma m:sysadmin berpendepat pengundi bagi perlaksanaan dasar ini masih kurang dan memerlukan lebih banyak suara. Secara peribadi, saya teliti perkara ini sangat bagus bagi menjaga kualiti Wikipedia. Berkenaan dengan "bebanan penyelia", sebenarnya pada saya sendiri penyingkiran hak "createpage" ini memang boleh meringankan beban penyelia walau bagaimanapun ia adalah tanggungjawab kami. Seseorang penyelia itu haruslah sanggup melakukan tugas-tugas tersebut walaupun ia agak mencabar. Jadi di sini saya ingin memperbetulkan bahawa tujuan cadangan pembentukan dasar ini bukanlah untuk meringankan beban penyelia semata-mata tetapi secara utamanya adalah untuk mengelakkan penghasilan rencana karut marut serta laman serangan sebelum ini yang pernah berlaku di WBI dan mendapat liputan media yang begitu luas. Sekiranya terdapat perkara sebegini berlaku, anda diminta untuk meletakkan teg pada halaman tersebut untuk dipadam serta merta. Sekiranya tiada tindakan oleh oenyelia, anda boleh menghubungi penyelia melalui pelbagai saluran sama ada e-mel ataupun hantar pesanan di halaman perbincangan mereka. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 17:23, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

Salam semua, saya baru terperasan mengenai bahagian Pengumuman di WBM ini agak kurang dikemaskini. Mungkin selepas ini mana-mana penyelia ataupun pengguna komuniti disini boleh turut sama dalam mengemaskini setiap pengumuman di WBM ini. Saya lihat kali terakhir laman berkenaan ini banyak dikemaskini sehingga tahun 2014 sahaja. Ada sedikit pada tahun 2017 tapi tak seperti tahun 2014 dan sebelumnya. Mungkin kebanyakan penyelia yang kerap kemaskini laman pengumuman ini telah bersara ataupun kurang aktif seperti sebelumnya, namun boleh diteruskan oleh penyelia yang masih ada mahupun pengguna komuniti seperti kita semua. Sekian usul saya. Terima kasih. Claude (bincang) 05:15, 29 Mac 2020 (UTC)[balas]

@Claude Warrior: In sya Allah... ada kelapangan saya akan cuba kemaskini. Saya hampir terlupa laman itu wujud. Sudah terlalu banyak yang saya perlu kemaskini buat masa ni. 😅 SNN95 Talk to me, beybeh! 23:43, 31 Mac 2020 (UTC)[balas]

Saya juga baru perasan dalam bulan Mac lepas. Laman itu mungkin tidak aktif disebabkan penyelia2 sebelum ini dah bersara ataupun kurang aktif barangkali. Itu yang agak terbiar. Diharap penyelia yang sedia ada ni akan alert lepas ini. Claude (bincang) 04:38, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Memohon perlindungan laman Fauziah Ahmad Daud‎

sunting

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Fauziah Ahmad Daud‎ kerana laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama. @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Terima kasih. Claude (bincang) 19:22, 31 Mac 2020 (UTC)[balas]

Yo Claude, sudah disiapkan. -Ricky250 (bincang) 07:22, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Memohon penukaran nama rencana

sunting

Perhatian buat para penyelia @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia, mohon penukaran nama rencana seperti di bawah kerana sejarah semakannya telah dipulihkan:

-Fandi89 (bincang) 04:35, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Editing news 2020 #1 – Discussion tools

sunting

19:24, 8 April 2020 (UTC)

Mohon sekatan terhadap Aazhar66

sunting

Mohon penyelia @Tofeiku:, @CyberTroopers:, @SNN95:, @Polar: dan @Ricky250: menyekat Aazhar66 (bincang · sumbangan) kerana melaku musnah Portal:Biografi. Amaran sudah diberikan namun pengguna ini masih berdegil. Saya syak akaun ini digunakan untuk laku musnah. Mohon tindakan segera diambil.-Fandi89 (bincang) 07:31, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Begitu juga dengan tindakan ‎Slainthayer yang banyak meletakkan teg suntingan penghapusan diatas rencana yang dicipta oleh pengguna lain. Bukankah WBM menghormati hak penyumbang pengguna lain? Ini boleh menyebabkan berkurangnya jumlah penyumbang jika tindakan ini dibiarkan. Monon tindakan daripada @Tofeiku:, @CyberTroopers:, @SNN95:, @Polar:, @Ricky250:, @Zamwan: dan @Yosri:. Saya dah undurkan tapi dia masih lagi meletakkan teg penghapusan. Claude (bincang) 07:39, 18 April 2020 (UTC)[balas]
Saya sudah berbincang dengan penyunting lain seperti @Ricky250:, @SNN95:, @PeaceSearcher:, @Anumengelamun:, dan @Fab1442006:. Mereka tidak membantah saya melakukan perkara ini. Rencana-rencana yang saya letakkan teg penghapusan bukan secara sewenang-wenangya. Saya letakkan apabila rencana tersebut telah mempunyai rencana induknya sendiri atau melanggar secara terang-terangan seperti yang telah ditulis dalam en:Wikipedia:Notability (sports)#Association football. Tidak semua rencana satu-ayat saya padam, rencana yang dimana mempunyai banyak kandungan yang boleh diambil dari Wikipedia lain, saya biarkan dan tegkan supaya penyunting terjemahkan kandungan dalam bahasa lain ke WBM.
Sila rujuk lama perbincangan kedai kopi terdahulu. Komuniti WBM menerima hasil sumbangan sesiapa sahaja memandangkan ianya kerja sukarela. Boleh rujuk di Kedai Kopi hasil perbincangan komuniti terdahulu juga telah membuktikan bahawa komuniti WBM menerima hasil sumbangan orang lain memandangkan ianya kerja sukarela. Boleh rujuk di perbincangan arkib [[1]] pada tahun 2013. Claude (bincang) 07:58, 18 April 2020 (UTC)[balas]

@Slainthayer:, sebarang pertanyaan atau usul sila kemukakan di laman perbincangan Kedai Kopi kerana ianya lebih umum dan semua pengguna boleh membincangkan. Walau apapun alasan anda, ianya tidak dapat diterima sama sekali memandangkan hasil perbincangan komuniti sebelumnya juga tiada masalah dengan hasil sumbangan pengguna lain. Biarkan sahaja laman yang dicipta. Wikipedia bahasa lain pun ada bot juga. Kita nak tambahkan jumlah penyumbang, bukan kurangkan penyumbang. Setiap Wikipedia ada polisi tersendiri, jangan samakan. Claude (bincang) 08:07, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Saya petik dari laman polisi Wikipedia Bahasa Melayu mengenai kelayakan:

Jika tiada sumber pihak ketiga yang dijumpai mengenai topik itu, maka ia tidak wajar ada rencana sendiri. Konsep kelayakan Wikipedia ini bertujuan menghindari penyertaan topik ke dalam Wikipedia secara sembarangan. Topik rencana dan senarai mestilah "layak diberi perhatian"..... Sekiranya sumber bersesuaian tidak dijumpai, kami mempertimbang supaya kandungan rencana digabungkan dalam rencana yang memberikan konteks lebih umum.

Saya sudah jelaskan secara terang dalam teg penghapusan saya bahawa terdapat rencana lain yang telah menyebut kewujudan atau maklumat tersebut. Jikalau saya lencongkan, ia akan menjadi Circular Link dimana rencana induk mempunyai pautan ke rencana sebegini dan rencana tersebut telah dilencongkan ke rencana induk.Slainthayer (bincang) 08:24, 18 April 2020 (UTC)[balas]
Kalau itu tidak mencukupi, polisi Wikipedia Bahasa Melayu mengenai penghapusan laman juga menyokong kes saya.
  • Jangan calonkan rencana tunas yang berpotensi, hanya calonkan rencana tunas yang karut-marut. Begitu juga, lencongkan atau senaraikan rencana tunas yang hanya sekadar berisi takrifan ringkas.
  • Calonkan halaman yang anda rasa tiada potensi untuk menjadi rencana ensiklopedia. Misalnya, topik yang tiada kelayakan untuk mendapat rencana sendiri, atau rencana yang sekadar takrifan kamus, dsb.
Oleh sebab itu, apa yang saya buat adalah munasabah dan mengikut polisi Wikipedia Bahasa Melayu. Lagipun, hanya penyunting asal sahaja yang menyunting laman-laman sebegini sejak penciptaannya hampir sedekad lalu. Slainthayer (bincang) 08:46, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Terserah kepada komuniti WBM. Jika merasakan ia layak dihapuskan, maka dipersilakan. Cuma sayanglah jumlah rencana akan kurang mendadak nanti dan menyebabkan berkurangnya jumlah penyumbang nanti. Mungkin polisi WBM nak diperketatkan dan perbincangan komuniti terdahulu mungkin tidak digunapakai lagi. Walau apapun, terserah kepada penyelia untuk menentukan. Claude (bincang) 08:38, 18 April 2020 (UTC)[balas]

@Claude Warrior: @Slainthayer:tempat berpenduduk dan diakui secara sah biasanya dianggap terkenal (dalam erti kata lain layak berada dalam Wikipedia), walaupun populasinya sangat rendah. Tempat-tempat yang ditinggalkan juga terkenal, kerana ketokohan merangkumi keseluruhan sejarah mereka. Satu pengecualian adalah bahawa banci biasanya tidak dianggap terkenal dan orang dianggap terkenal jika mereka telah mendapat liputan yang signifikan dalam beberapa sumber sekunder yang diterbitkan, yang boleh dipercayai, bebas dari segi intelek antara satu sama lain, dan tidak bergantung pada subjek. - CyberTroopers bincang/sumbangan 11:09, 18 April 2020 (UTC)[balas]
@CyberTroopers: @Claude Warrior: Mengikut polisi Wikipedia Bahasa Inggeris yang lebih spesifik tentang pemadaman artikel tentang kampung, Mana-mana bandar dan kampung di seluruh negara adalah secara umumnya disimpan, tidak kira saiz dan tempoh kewujudannya, dengan syarat tempat-tempat sebegini boleh disahkan mealui sumber yang dipercayai. Juga dalam polisi Wikipedia Bahasa Inggeris en:WP:GEOPURP, ia menyebut:
Panduan ini secara khususnya tidak menggunakan peta atau jadual banci dalam pertimbangan kelayakan topik tersebut.
Saya akan ambil ini dalam pertimbangan saya selepas ini tetapi kebanyakan rencana sebegini tidak mempunyai sumber lain melainkan kita merujuk peta atau banci negara tersebut. Slainthayer (bincang) 13:10, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Istilah bandar raya atau bandaraya

sunting

Boleh saya tahu istilah mana yang lebih sesuai digunakan? Kalau mengikut DBP menggunakan istilah bandar raya. Tetapi bila lihat kebanyakan PBT ada yang menggunakan istilah bandaraya. Contohnya Majlis Bandaraya Seremban dan sebagainya. Atau boleh gunakan kedua-dua istilah ini? Claude (bincang) 23:47, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Tepatnya, bandar raya digunakan dalam ayat melainkan jika bandaraya digunakan sebagai kata nama khas yang telah diperbadankan/berdaftar dan tidak diubah. Sama seperti kereta api dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. (Khidmat Nasihat) Pihak DBP telah menjelaskan perkara ini. Polar (bincang) 22:29, 19 April 2020 (UTC)[balas]

Creating a template for linking Nobelprize.org

sunting

Sorry writing in english: ms:Wikipedia has 942 articles about Nobelprize winners. We have now spoken with Nobelprize.org people about all the Link rot we have linking them. They have now created an unique id that for every prize winner that we now also store in Wikidata P8024 - P8024 that can be used for linking Nobelprize.org. Dont hesitate to contact me if you have questions

see also Task T251055 - Salgo60 (bincang) 13:44, 27 April 2020 (UTC)[balas]

Mohon perlindungan laman Michael Ang

sunting

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Michael Ang‎ kerana laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama, malah pengguna baru berdaftar juga melaku musnah laman ini. @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 12:30, 5 Jun 2020 (UTC)[balas]

Templat:@Fandi89 Siap! SNN95 Talk to me, beybeh! 12:41, 5 Jun 2020 (UTC)[balas]

Mohon tindakan segera

sunting

Mohon mana-mana penyelia @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Rachun Dunia:, @SNN95: dan @Ricky250: untuk menyekat 175.136.0.0.16 kerana memasukkan gambar merapu dalam rencana. Terima kasih.

Editing news 2020 #2

sunting

20:33, 17 Jun 2020 (UTC)

Mohon sekatan terhadap pengguna awanama

sunting

Mohon mana-mana penyelia @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Rachun Dunia:, @SNN95:, @Polar: dan @Ricky250: untuk menyekat 125.161.0.0/16 kerana melakukan spam di ms.wiki. Saya syak IP tersebut bukan IP Malaysia, tetapi IP Indonesia. Mohon tindakan segera diambil.—Fandi89 (bincang) 10:04, 23 Jun 2020 (UTC)[balas]

Mohon perlindungan laman Fatin Afeefa

sunting

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Fatin Afeefa‎ kerana laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama. @Polar:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 03:41, 2 Julai 2020 (UTC)[balas]

Selesai. Polar (bincang) 03:58, 2 Julai 2020 (UTC)[balas]

Mohon perlindungan laman Norazlina Awang Had

sunting

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Norazlina Awang Had‎ kerana laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama. @Polar:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Buktinya ada dalam sejarah suntingan. Terima kasih.

Editing news 2020 #3

sunting

12:55, 9 Julai 2020 (UTC)

Mohon perlindungan terhadap laman Barack Obama

sunting

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Barack Obama‎ kerana laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama, buktinya ada dalam sejarah semakan. @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 14:42, 10 Julai 2020 (UTC)[balas]

@Fandi89: Baik. Saya akan periksa laman tersebut.- CyberTroopers bincang/sumbangan 14:49, 10 Julai 2020 (UTC)[balas]
@CyberTroopers: Jika boleh, perlindungan selama tidak terbatas diperlukan-Fandi89 (bincang) 04:31, 11 Julai 2020 (UTC)[balas]
Siap Zamwan (bincang) 08:33, 13 Julai 2020 (UTC)[balas]

Mohon perlindungan terhadap laman Katrina Halili dan Maine Mendoza

sunting

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Katrina Halili‎ dan Maine Mendoza kerana kedua-dua laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama, buktinya ada dalam sejarah semakan. @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Jika boleh, saya mahu kedua-dua laman ini diberikan perlindungan kekal. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 01:04, 12 Julai 2020 (UTC)[balas]

@Fandi89: Sudah dilakukan! SNN95 Talk to me, beybeh! 00:06, 13 Julai 2020 (UTC)[balas]

Mohon sekatan terhadap pengguna awanama

sunting

Mohon mana-mana penyelia @Zamwan:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Rachun Dunia:, @SNN95:, @Polar: dan @Ricky250: untuk menyekat 113.210.0.0/16 kerana membuang pautan wiki dan rujukan dalam rencana. Sekatan pertama sudah diberikan, bila dah dinyahsekat, buat lagi. Saya mahu tindakan segera diambil. P/S: Kalaulah @Yosri: masih ada kerana dia banyak melakukan kawalan terhadap vandalisme di ms.wiki.-Fandi89 (bincang) 01:28, 21 Julai 2020 (UTC)[balas]

Yo Fandi89, saya sudah menyekat untuk selamanya. Kalau ada sesiapa yang IPnya turut terkesan, sila beritahu. -Ricky250 (bincang) 11:16, 21 Julai 2020 (UTC)[balas]

WikiProjek Wanita

sunting

Salam semua, saya telah mewujudkan laman projek Wikipedia:WikiProjek Wanita dengan tujuan bagi menambahbaik rencana-rencana berkaitan wanita (sama ada di Malaysia atau luar negara) dan perkara yang berkaitan dengan wanita di ms.wiki. Saya ingin menjemput rakan pengguna untuk turut serta dalam projek ini. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 08:46, 22 Julai 2020 (UTC)[balas]

Tentang Range IPv6 TM Net disekat selama-lamanya

sunting

Saya mendapati bahawa IPv6 range 2001:E68:0:0:0:0:0:0/32 telah disekat selama-lamanya sejak Julai 2020 tanpa sebab yang ternyata. Oleh kerana range IP ini dimiliki ISP: TM Net, diguna sebagai Broadband. Maka para pengguna yang mengguna Broadband TM Net seperti Unifi akan terhalang daripada menyunting Wikipedia visi Melayu. Harap sekatan ini boleh dibatalkan kerana tidak munasabah menghalang semua orang hanya kerana mungkin ada segelintir orang yang menyalahgunakannya. --KainPutih (bincang) 10:48, 20 Ogos 2020 (UTC)[balas]

Untuk pengetahuan, IP tersebut didapati melaku musnah laman Wikipedia ini dengan memasukkan gambar merapu dalam rencana.–Fandi89 (bincang) 04:57, 18 September 2020 (UTC)[balas]

Mohon perlindungan terhadap laman berikut

sunting

Mohon penyelia @Tofeiku:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @SNN95: dan @Polar: melindungi rencana Ayah Pin dan Diana Danielle kerana ia sering dilaku musnah. Mohon tindakan segera diambil.–Fandi89 (bincang) 12:25, 22 September 2020 (UTC)[balas]

@Fandi89: Baik. Terima kasih atas makluman.- CyberTroopers bincang/sumbangan 13:44, 22 September 2020 (UTC)[balas]

Mohon sekatan

sunting

Mohon agar penyelia @Tofeiku:, @SNN95:, @CyberTroopers:, @Rachun Dunia:, @Ricky250: dan @Polar: mengambil tindakan terhadap Wan588 (bincang · sumbangan) kerana didapati menyebarkan maklumat palsu di Wikipedia. Mohon tindakan segera dikenakan terhadap pengguna ini.–Fandi89 (bincang) 13:02, 29 September 2020 (UTC)[balas]

Mohon sekatan

sunting

Mohon penyelia ambil tindakan terhadap Haslizabintichemohddaud (bincang · sumbangan) kerana melakukan vandalisme di Wikipedia. Kepada @Polar:, @CyberTroopers:, @Tofeiku: dan @Ricky250:, mohon sekatan dilakukan terhadap pengguna tersebut.–Fandi89 (bincang) 14:58, 3 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Yo Fandi89, sudah selesai. -Ricky250 (bincang) 23:12, 3 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Minta bantuan

sunting

Mohon penyelia @Polar:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Ricky250: dan @SNN95: mengambil tindakan terhadap 175.139.168.72 (bincang · sumbangan) dan melindungi laman pengguna Hayate891 (bincang · sumbangan). Mohon tindakan segera diambil sebelum terlambat.–Fandi89 (bincang) 06:14, 7 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Minta bantuan

sunting

Mohon penyelia @Polar:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Ricky250: dan @SNN95: melindungi laman Hannah Delisha kerana vandalisme berulang dan mengambil tindakan terhadap 27.125.0.0/16 kerana melakukan spam.

Bantuan diperlukan

sunting

Mohon penyelia @Polar:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Tofeiku:, @Zamwan: dan @SNN95: melindungi laman berikut: Hannah Delisha dan Farisha Iris daripada laku musnah berlebihan kerana pengguna awanama telah beberapa kali melakukan spam di kedua-dua laman ini dan mohon untuk menyekat 27.125.0.0/16 kerana melakukan spam, saya syak alamat IP ini bukan IP Malaysia, mungkin ini IP Singapura/Indonesia.-Fandi89 (bincang) 01:00, 16 Oktober 2020 (UTC)[balas]

@Fandi89: Siap! SNN95 Talk to me, beybeh! 02:30, 16 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Mohon perlindungan terhadap laman Dolla

sunting

Mohon penyelia @Polar:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Zamwan:, @SNN95: dan @Ricky250: melindungi rencana Dolla selama tidak terbatas kerana telah dilaku musnah beberapa kali oleh pengguna awanama, jika boleh benarkan pengguna berdaftar sahaja menyuntingnya dan ambil tindakan terhadap 183.171.0.0/16 kerana melakukan LTA (long-term abuse). Mohon tindakan segera diambil.–Fandi89 (bincang) 08:44, 22 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Pembunuhan Siti Nur Surya

sunting

Perlukah kita mewujudkan rencana mengenai pembunuhan Siti Nur Surya kerana saya mendapati terdapat lebih banyak sumber rujukan berkenaan kes itu boleh diperolehi di carian Internet. Saya ingin meminta anda semua @Polar:, @CyberTroopers:, @Tofeiku:, @Ricky250:, @SNN95:, @Hasrolhashim:, @Jeluang Terluang:, @PeaceSearcher:, @Shahsukanulis: dan @Zahirulnukman: untuk menyuarakan pendapat anda mengenai cadangan saya ini. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 13:29, 11 November 2020 (UTC)[balas]

Rencana Pembunuhan Siti Nur Surya telah dicipta oleh saya, terima kasih atas pendapat yang diberikan. Saya minta agar rakan Wikipediawan di sini boleh membantu mengembangkan dan mengemaskini rencana ini.–Fandi89 (bincang) 13:31, 13 November 2020 (UTC)[balas]

Mohon sekatan terhadap Myra Yusni

sunting

Saya ingin memohon penyelia berikut: @Polar:, @Tofeiku:, @Ricky250:, @CyberTroopers:, @SNN95: dan @Zamwan: untuk menyekat Myra yusni (bincang · sumbangan) kerana didapati melaku musnah rencana dengan membuang keseluruhan kandungan rencana. Buktinya ada dalam sumbangan pengguna. Saya mohon agar tindakan tegas diambil terhadap pengguna ini sebelum rencana lain menjadi mangsa laku musnah Myra yusni (bincang · sumbangan). Sekian.–Fandi89 (bincang) 06:29, 19 November 2020 (UTC)[balas]

Bagaimana ingin memastikan huraian pendek tidak lagi kelihatan di ms.wiki versi mudah alih

sunting

Saya ingin mengusulkan bagaimana ingin memastikan huraian pendek tidak lagi kelihatan di Wikipedia Bahasa Melayu versi mudah alih seperti di Wikipedia Bahasa Inggeris versi mudah alih. Saya sendiri juga aktif di en.wiki di mana saya lihat huraian pendek tidak lagi kelihatan di en.wiki versi mudah alih, di mana sejak 2018, hanya tajuk rencana sahaja kelihatan namun huraian pendek tidak kelihatan di en.wiki. Kerana saya berpendapat, untuk ms.wiki versi mudah alih, huraian pendek kelihatan mencacatkan mata memandang (setakat yang saya tahu di en.wiki). Mohon pendapat anda di sini. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 02:59, 22 November 2020 (UTC)[balas]

Mohon sekatan terhadap pengguna

sunting

Mohon mana-mana penyelia berikut: @Polar:, @CyberTroopers:, @SNN95: dan @Ricky250: menyekat TSM HakanUlusoy (bincang · sumbangan) serta-merta kerana melaku musnah rencana di ms.wiki. Harap tindakan segera diambil sebelum terlambat.–Fandi89 (bincang) 02:28, 16 Disember 2020 (UTC)[balas]

Selesai. Terima kasih atas makluman. - CyberTroopers bincang/sumbangan 04:22, 16 Disember 2020 (UTC)[balas]

Masalah dengan pengguna

sunting

Terdapat masalah dengan pengguna Pengguna:Malayuser1111. Kebanyakan sumbangannya adalah tambahkan Muhammad Adam bin Ahmad sebagai pasangang kepada rencana wanita lain-lain, ataupun cuba menggantikan gambar dengan gambar atau video yang mempunyai masalah hak cipta. Nil Einne (bincang) 20:59, 28 Disember 2020 (UTC)[balas]

Saya fikir dia ialah pengguna boneka Pengguna:Neelofafiance Nil Einne (bincang) 21:06, 28 Disember 2020 (UTC)[balas]