Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2024

Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.


[PENTING] Pengundian perlucutan hak penyelia

sunting

Salam sejahtera ahli Wikipedia sekalian. Saya ingin menjemput anda untuk memberi undi sama ada menyokong atau menentang perlucutan 7 orang penyelia (termasuk 3 birokrat) oleh sebab ketidakaktifan mereka di sini dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu:

  1. Pengguna:Ricky250 (laman pengundian)
  2. Pengguna:Rachun Dunia (laman pengundian)
  3. Pengguna:SNN95 (laman pengundian)
  4. Pengguna:Irfanshaharuddin (laman pengundian)
  5. Pengguna:Aurora (laman pengundian)
  6. Pengguna:Zamwan (laman pengundian)
  7. Pengguna:Yosri (laman pengundian)

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengundi. Teruskan menyumbang di Wikipedia, semoga ia terus berkembang.

Referendum fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu

sunting

Kenyataan umum

sunting

Baru-baru ini, saya baru dapat mengenal pasti secara tepat mengenai maklumat penutupan fungsi memuat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu pada 26 Ogos 2016, dan terdapat sebuah perbincangan bermula 18 Jun 2016 sehingga ke 27 Julai 2016 (selama 41 hari) berkaitan hal ini. Antara hujah yang dikemukakan adalah:

Saya mendapat tahu bahawa Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas tidak begitu diperhatikan di sini dan terdapat banyak pelanggaran hak cipta. Saya mengusulkan supaya semua muat naik fail dikirim ke commons:Special:UploadWizard, dengan cara mematikan Special:Upload untuk pengguna yang bukan penyelia dan mengemaskini pautan di bar sisi. Penyelia di sini akan memiliki lebih banyak waktu untuk hal-hal yang lebih berfaedah. Namun jika tidak memungkinkan, diperlukan suatu penyelesaian lain untuk memperbaiki dasar-dasar perlesenan. Saya fikir kita dapat menutup perbincangan (dan melaksanakan hasilnya) dalam waktu satu bulan dari sekarang.

— Nemo bis (diterjemah oleh Aldnonymous), bahagian "Wikimedia Commons" di Kedai Kopi (Arkib 2), https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Kedai_Kopi_(dasar)/Archive2#Wikimedia_Commons

Pada waktu itu mungkin disebabkan ramai yang kurang aktif di Wikipedia Bahasa Melayu (termasuklah diri saya), ataupun tidak diuar-uarkan secara meluas, hanya terdapat seorang sahaja yang mengundi untuk menutup fungsi muat naik fail (sepenuhnya) di Wikipedia Bahasa Melayu, dan sepersetujuan untuk menutup fungsi ini diandaikan telah pun dicapai. Namun, saya berpendapat yang sepersetujuan ini walaupun telah diguna pakai tetapi keutuhan sepersetujuan ini amatlah lemah disebabkan kekurangan sokongan pengguna, maka keputusan sepersetujuan ini akan menjadi mudah dipersoal pada masa hadapan. Untuk tujuan menghimpunkan pelbagai pendapat dari pelbagai pengguna serta meningkatkan kesedaran pengguna berkenaan hal ini, terdapat empat perkara yang pada pendapat saya relevan dengan penutupan fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu, maka saya berharap agar semua pengguna yang aktif di Wikipedia Bahasa Melayu dapat bersama-sama berkongsikan pandangan peribadi anda di sini. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]

Ping pengguna-pengguna aktif yang menyumbang sekurang-kurangnya 50 suntingan dalam masa 30 hari terkini: @Adamhakeemiforv, @Aiman Zaharuddin, @Alenjun03, @Amir Hamzah 2008, @Amni qistina, @AyyanD, @Ceball1923, @Cherryblossom673, @CyberTroopers, @Fandi89, @Haziq Faruqi, @Henri Aja, @Hongqilim, @Marissa Lavigna, @Mat Kiyan, @Meandkancil2020, @Mediahammer 09, @MuhdAliffHaziq, @PeaceSeekers, @Prabukencana, @Protocetus1, @Rino Alwan, @Singmata, @Surat Layang, @Syahzlan syahzlan, @Teh Ais Lemon, @Thegreatrebellion, @TryUTC8, @Udin Azmi, @Ustad abu gosok, @Wiki Farazi, @Zahirulnukman dan @Zayn al aziz محمد حكيمي (bincang) 02:58, 9 Jun 2024 (UTC)[balas]
Pengguna yang kurang daripada 50 suntingan dalam masa sebulan terdekat (rujuk Khas:Pengguna aktif) juga dialu-alukan untuk memberikan pandangan anda di sini. محمد حكيمي (bincang) 03:00, 9 Jun 2024 (UTC)[balas]
Referendum ini kekal dibuka selama 30 hari iaitu
  • 16:24, 8 Jun 2024 (UTC) sehingga ke 17:00, 8 Julai 2024 (UTC)
atau mengikut masa lokaliti:
  • UTC+8 (Malaysia, Brunei dan Singapura): bermula 00:24, 9 Jun 2024 sehingga tamat pada 1:00, 9 Julai 2024.
  • UTC+7 (Jakarta, Indonesia): bermula 23:24, 9 Jun 2024 sehingga tamat pada 0:00, 9 Julai 2024.
Selepas tamat tempoh masa ini referendum ini kesimpulan akhir akan dibuat dan dipaparkan selama 14 hari (masa akan ditentukan kemudian). Jika semua pengguna yang terlibat setuju dengan kesimpulan akhir tersebut, maka referendum ini akan diarkib dan dijadikan sebagai satu dasar untuk Wikipedia Bahasa Melayu. محمد حكيمي (bincang) 01:06, 11 Jun 2024 (UTC)[balas]

Perkara 1

sunting

Adakah anda sebagai pengguna Wikipedia Bahasa Melayu sudah tahu berkenaan penutupan fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu? Lebih kurang sejak bila anda mengetahui hal ini?

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 1) --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]

Saya mula tahu kewujudan perkara ini sejak tahun lepas, tak silapnya September 2023. Namun saya berasa sangsi perihal proses undian yang dijalankan maka saya kemukan resolusi ini di sini. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya mengetahui tentang hal ini pada 27 Julai 2016 ketika saya mahu menggunakan fungsi ini, namun saya tidak tahu adanya perbincangan tentang penutupan fungsi muat naik fail di ms.wiki. Saya juga sependapat dengan awak berkenaan hal ini. Fandi89 (bincang) 03:35, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Ya, saya tahu mengenai perkara tersebut sejak Ogos 2016, kerana kali terakhir saya boleh memuat naik fail di Wikipedia ini adalah pada bulan itu juga. 26 Ramadan (bincang) 13:58, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya rasa saya dapat tahu tentang ini pada 2018. Saya masih baru menyunting pada MSWiki pada masa itu. Adamhakeemiforv (bincang) 23:45, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Tadi saya bercadang untuk memuat naik gambar barisan ahli kumpulan Black Maria yang terbaru, tetapi saya baru sahaja tahu tentang penutupan fungsi muat naik fail hari ini, setelah hampir 8 tahun berlalu.
Huda-Hidayah (bincang) 16:48, 13 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya tidak tahu pun fungsi muat naik fail ditutup. Haziq Faruqi (bincang) 00:42, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya sudah sedia maklum mengenai hal ini. Saya rasa sejak pertengahan tahun 2023, saya mengetahui hal ini. Wiki Farazi bincang 11:50, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya juga sedia tahu bahawa fungsi muat naik fail Wikipedia Bahasa Melayu ditutup. Perkara ini saya tahu setelah mencuba mengguna fail dari Wikipedia Bahasa Inggeris, namun tidak dapat digunakan. Jelas, fail di Wikipedia Bahasa Inggeris tidak dapat digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu, apabila menelitinya, rupanya fail itu hanya untuk Wikipedia Bahasa Inggeris dan sangat berbeza dengan Wikipedia Common. Ά¡șLεṃόη ŤeĦ(Mesej) 04:46, 17 Jun 2024 (UTC)[balas]
Ya. Sudah lama. ...Aurora... (b) 05:00, 19 Jun 2024 (UTC)[balas]
Sudah tahu. Mungkin sejak 2018, ketika mula aktif semula di sini. - Zahirul Nukman 09:54, 3 Julai 2024 (UTC)[balas]

Perkara 2

sunting

Adakah anda sebagai pengguna Wikipedia Bahasa Melayu secara peribadi setuju/tidak setuju dengan penutupan fungsi memuat naik fail ke Wikipedia Bahasa Melayu?

Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang penutupan fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu.

  • Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
  • Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 2) --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]

  1.   Setuju kerana saya tahu penggunaan wajar secara umum amat tidak digalakkan di mana-mana projek-projek Wikimedia, malah dilarang sama sekali di Commons Wikimedia dan Meta-Wiki Wikimedia. Saya sendiri pun tidak nampak jika ada penggunaan perkataan "fair-use (kegunaan wajar)" dalam undang-undang hak cipta di Malaysia, sebaliknya saya hanya nampak ada istilah "fair-dealing (urusan yang wajar)" yang syaratnya lebih ketat berbanding "fair-use" di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, saya nampak seolah-olah konsep "fair-use" tidak dibincangkan secara terbuka secara umum di Malaysia, maka saya berpendapat memuat naik kandungan berhak cipta untuk kegunaan wajar di Malaysia agak berisiko sebenarnya. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]
  2.   Setuju kerana saya juga sependapat dengan @Hakimi97: berkenaan perkara ini. Sudah hampir 8 tahun fungsi muat maik di ms.wiki dimatikan dan tiada perancangan untuk menghidupkannya semula sehingga kini.–Fandi89 (bincang) 03:40, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
  3.   Setuju kerana bagi saya tiada keperluan untuk fungsi tersebut dihidupkan semula di sini, dan kita sudah ada Wikimedia Commons untuk menjalankan fungsi "penyimpanan" fail/media tersebut. 26 Ramadan (bincang) 14:17, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
  4.   Tidak setuju Hal muat naik logo syarikat Malaysia dan sebagainya itulah yang jadi masalah. Kulit depan buku komik dan novel versi Bahasa Malaysia kalau ada, boleh terima juga. Hongqilim (bincang) 14:34, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
  5.   Tidak setuju Walaupun saya tahu bahawa semua projek Wikipedia digalakkan menggunakan fail yang dimuat naik kepada Wikimedia Commons sebanyak mungkin, kadang-kadang ia tidak boleh diamalkan, kerana rencana-rencana tentang benda seperti syarikat, album, permainan video, buku dan lain-lain memang sampai bila-bila tidak akan masuk domain awam, jadi macam mana kita nak memastikan para pembaca boleh mengenal pasti benda-benda tersebut tanpa bantuan gambar? Itulah fungsi sebuah ensiklopedia, untuk senang dirujuk oleh pembaca, bukan? Adamhakeemiforv (bincang) 23:56, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
  6.   Tidak setuju kerana di Wikimedia Commons, gambar kumpulan muzik yang saya minati iaitu Black Maria langsung tidak ada di sana. Huda-Hidayah (bincang) 16:59, 13 Jun 2024 (UTC)[balas]
  7.   Tidak setuju Saya tidak bersetuju dengan disfungsi muat naik fail tempatan. Ia akan menyukarkan untuk "menggambarkan" suatu artikel, lagi-lagi jika artikel itu mengenai sebuah kumpuan muzik, sebuah lagu atau album, atau pun permainan video. Yang pastinya masing-masing rencana itu akan memerlukan gambar sebagai bahan perangsang kepada pembaca. Seperti contoh, rencana mengenai permainan video. Sepatutnya terdapat beberapa gambar petikan skrin (screenshot) mengenai tatamain/gambaran permainan tersebut untuk menjadikan rencana itu menarik. Wiki Farazi bincang 11:59, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
  8.   Tidak setuju Wikipedia sepatutnya bersifat terbuka dan boleh disumbang oleh sesiapa pun. Rencana-rencana penting asyik tidak boleh dibubuhkan gambar dan menghambat penyebaran maklumat. Dalam isu hak cipta, sama ada Wikipedia letakkan pedoman muat naik fail yang lebih mudah difahami oleh orang biasa ataupun penyelia perlu giat memantau fail-fail yang dimuat naik. Haziq Faruqi (bincang) 00:48, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
  9.   Tidak setuju kerana sukar untuk memuat naik fail Tempatan (terutamanya bagi Wikipedia Bahasa Melayu) dan hanya untuk kegunaan sumber-sumber dalam Wikipedia Bahasa Melayu sahaja. Ά¡șLεṃόη ŤeĦ(Mesej) 05:04, 17 Jun 2024 (UTC)[balas]
  10.   Setuju Sebagai orang yg pertama (dengan MGA73) berusaha melakukan sesuatu. Menangani isu hak cipta amat melelahkan. Cadangan ini pernah diutarakan dan disokong sebelum 2016 lagi. ...Aurora... (b) 05:07, 19 Jun 2024 (UTC)[balas]
  11.   Setuju Sebagai pengguna Wikipedia Melayu sejak 2014, saya sokong fungsi ini dimatikan memandangkan muatnaik imej semuanya sudah berada di Wikimedia Commons.Claude (bincang) 14:11, 28 Jun 2024 (UTC)[balas]
  12.   Setuju - Zahirul Nukman 09:57, 3 Julai 2024 (UTC)[balas]

Perkara 3

sunting

Apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna aktif Wikipedia Bahasa Melayu untuk membantu penyelia/birokrat/pengelola dll. berkenaan isu kelambakan fail-fail yang melanggar hak cipta di Wikipedia Bahasa Melayu? Hal ini diperlukan supaya kerja mengurangkan kandungan yang berlanggar hak cipta di Wikipedia Bahasa Melayu dapat diselesaikan secepat mungkin.

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 3) محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]

Pada pendapat saya, mungkin perlu diadakan projek gotong-royong sesama pengguna-pengguna aktif di Wikipedia Bahasa Melayu. Projek gotong-royong ini dapat dijalankan dengan menetapkan prinsip apa yang dimaksudkan dengan pelanggaran hak cipta (contohnya: semua karya hak cipta milik pengarang yang masih hidup atau pengarang sudah meninggal dunia tetapi belum cukup 50 tahun untuk pelupusan hak cipta boleh dijadikan sebagai calon penghapusan, kecuali karya yang telah diberikan izin secara bertulis oleh pengarang asal untuk melepaskan karyanya ke domain awam), selepas itu mungkin pengguna aktif boleh menambah templat/kategori fail yang melanggar hak cipta, selepas itu penyelia boleh terus memadam fail itu mengikut SOP biasa di Wikipedia Bahasa Melayu. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya juga setuju jika semua komuniti ms.wiki bergotong-royong sama-sama untuk mengurangkan fail yang melanggar hak cipta (terutama imej orang hidup yang dilesenkan di bawah kegunaan wajar) di ms.wiki.–Fandi89 (bincang) 03:45, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya juga bersependapat dengan @Hakimi97: dan @Fandi89: 26 Ramadan (bincang) 14:17, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan @Hakimi97, @Fandi89 dan @26 Ramadan Adamhakeemiforv (bincang) 23:57, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Di Commons, mereka cipta pengguna bot yang berfungsi untuk menyemak kesemua fail yang dimuat naik dan meletakkan teg jika perlu. Para penyelia atau birokrat atau sesiapa sahaja mungkin boleh bekerjasama dengan pengguna di sana untuk mempelajari bagaimana untuk cipta pengguna bot spesifik untuk WBM. Ini juga boleh mengurangkan masalah "terlepas" pandang kalau ada fail-fail yang dimuat naik itu melanggar hak cipta. Stress 043 (bincang) 18:05, 11 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan mengadakan gotong royong dan penggunaan bot penyemak. Haziq Faruqi (bincang) 00:50, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan pendapat @Hakimi97 Wiki Farazi bincang 12:01, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
Letakkan templat & lesen yg sesuai sekiranya layak dikekalkan. Jika tidak, cadangkan untuk penghapusan. Juga, kena ada yg rajin mencari fail di Commons untuk menggantikan fail yg tidak perlu/sekadar hiasan. ...Aurora... (b) 05:13, 19 Jun 2024 (UTC)[balas]
Sokong. Mari gerakkan bulan wikigotong-royong bersama! - Zahirul Nukman 09:59, 3 Julai 2024 (UTC)[balas]

Perkara 4

sunting

Sekiranya fungsi memuat naik fail ada kemungkinan untuk membuka kembali (walaupun peluangnya agak tipis), apakah cadangan mekanisme yang patut dijalankan untuk memastikan fungsi muat naik fail tersebut tidak disalahgunakan?

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 4) محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]

Pada pandangan saya perlu ada mekanisme yang ketat, contohnya: (1) Kandungan yang dimuat naik perlu diletakkan secara automatik teg "Kategori:Status pelanggaran hak cipta belum disemak), sekiranya bilangan item pada kategori ini melebihi contohnya 200 maka penyelia perlu minta di Meta-Wiki/Phabricator untuk tutup fungsi ini secara umum. Atau kalau nak lagi senang (2) Hanya penyelia sahaja yang boleh memuat naik fail dan jika pengguna aktif ingin memuat naik fail maka mereka perlu membuat permintaan dengan mengemukakan bukti bahawa fail yang dimuat naik ini mematuhi polisi Wikipedia:Kandungan tidak bebas kepada penyelia. --محمد حكيمي (bincang) 16:24, 8 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan @Hakimi97, @26 Ramadan dan @Fandi89. Saya boleh je kalau fail perlu disemak oleh admin sebelum dimuat naik. Nak tunggu lama pun takpe, sebab janji fungsi itu ada. Kalau perlu tunggu 3 tahun, 3 tahun lah saya tunggu. Adamhakeemiforv (bincang) 00:00, 11 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya juga setuju jika fungsi ini diaktifkan semula kelak. Jika pengguna aktif berdaftar yang memuat naik fail, tetapi tidak sempat menyertakan lesen fail tersebut, pengguna aktif lain (termasuk saya) boleh menyertakan lesen tersebut. Di sini, saya ingin menyatakan yang mana BOLEH dan yang mana TIDAK BOLEH dimuat naik di ms.wiki:
Yang boleh dimuat naik di sini ialah:
  • Poster filem/drama TV/konsert
  • Kulit album/single
  • Kulit buku/majalah
  • Sampel audio
  • Logo
  • Imej orang yang telah meninggal dunia
dan yang tidak boleh dimuat naik di sini ialah:
  • Imej orang hidup
Fandi89 (bincang) 03:59, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya juga bersependapat dengan @Hakimi97: dan @Fandi89:. Cuma untuk imej orang hidup atau meninggal dunia, adalah lebih baik imej jenis ini dimuat naik di Commons terus berbanding di sini. Ini supaya kewibawaan berkenaan orang tersebut lebih terjaga dan pelanggaran yang berkaitan dapat dielakkan. 26 Ramadan (bincang) 14:17, 10 Jun 2024 (UTC)[balas]
Mula-mula sekali kita perlu mendefinisikan apa yang boleh dimuat naik di WBM, dan apa yang tak boleh dimuat naik. Kena ingat, walaupun WBM ini untuk pembaca berbahasa Melayu, kesemua data dihoskan di Amerika Syarikat iaitu di pelayan milik Yayasan Wikimedia, jadi undang-undang hak cipta di Amerika Syarikat juga terpakai di sini. Memang agak leceh kalau nak bincang pasal perkara ini, tapi memang inilah benda yang kita kena fikirkan dahulu. Stress 043 (bincang) 18:11, 11 Jun 2024 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan pendapat @Fandi89. Namun, sekiranya tiada fail mengenai orang hidup yang bersifat bebas, maka diperbolehkan untuk dimuatnaik secara tempatan, selagi menetapi syarat-syaratnya. Wiki Farazi bincang 12:03, 14 Jun 2024 (UTC)[balas]
Kena ada orang yg hendak bertanggungjawab memeriksa fail2 itu. ...Aurora... (b) 05:15, 19 Jun 2024 (UTC)[balas]
Peraturannya mestilah sama seperti Wikimedia Commons, dengan penambahan dan penyesuaian undang-undang mengikut sekurang-kurangnya negara-negara utama pengguna Wikipedia Bahasa Melayu, jika boleh. - Zahirul Nukman 10:02, 3 Julai 2024 (UTC)[balas]

Kesimpulan

sunting
Referendum fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu
Perkara Dapatan Kesimpulan
1 Sejumlah 10 pengguna telah membalas Perkara 1. Dalam kalangan mereka 2 pengguna mengetahui hal tersebut sejak tahun 2016, 2 pengguna mengetahui hal tersebut sejak tahun 2018, 2 pengguna mengetahui hal tersebut sejak tahun 2023, manakala 2 pengguna lagi tidak tahu pun akan penutupan fungsi tersebut sehinggalah referendum ini berlangsung. Juga, terdapat 2 pengguna di sini yang sudah lama tahu akan penutupan fungsi ini tanpa memberikan anggaran masa bila mereka tahu. Proses pengumpulan konsensus berkenaan penutupan fungsi muat naik tidak dilakukan dalam skala besar sehingga kebanyakan pengguna aktif Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) kurang cakna tentangnya. Jika ada pengumuman memang dilakukan pada masa itu (tahun 2016), referendum di sini jelas menunjukkan hanya ada segelintir pengguna sahaja yang tahu pada masa itu juga. Satu undian yang dilakukan pada perbincangan itu sebenarnya tidak memadai untuk mencapai konsensus.
2 Daripada 12 pengguna yang mengundi, 50% daripada pengguna di WBM bersetuju dengan penutupan fungsi muat naik, dengan alasan tentang kesamaran dari segi undang-undang berkenaan "fair-dealing" di Malaysia, kewujudan Commons yang sudah memadai, serta kepenatan penyelia dalam menangani isu-isu kompleks berkaitan hak cipta bahan. Namun 50% daripada pengguna yang mengundi di sini tidak bersetuju dengan penutupan fungsi muat naik di WBM dengan hujah-hujah bahawa penutupan fungsi akan mengurang nilai kebolehrujukan ensiklopedia di WBM, menyukar proses penggambaran atau pembayangan tentang sesuatu rencana (terutama berkaitan kumpulan muzik, permainan video, lagu atau album dll.), menghambat penyebaran maklumat kepada khayalak ramai, serta kekurangan bahan (terutama berkaitan bahan tempatan) di Wikimedia Commons. Sekiranya undian ini berlangsung pada laman perbincangan penutupan fungsi pada tahun 2016, nescaya konsensus tidak dapat tercapai dan fungsi ini dibiarkan untuk buka. Namun pada masa sekarang dengan penutupan fungsi telah pun berlaku, agak sukar untuk membuka semula fungsi muat naik ke peringkat yang lebih tinggi kerana konsensus untuk membuka fungsi muat naik tidak tercapai.
3 Sejumlah 8 pengguna yang telah berbincang berkenaan perkara ini. Terdapat 7 pengguna bersetuju untuk mengadakan gotong-royong mengatasi fail-fail yang melanggar hak cipta yang ada di WBM. Pengguna Pengguna:Aurora menyatakan bahawa hal ini boleh dilakukan dengan meletakkan templat dan lesen bersesuaian pada fail yang layak dikekalkan, dan meletak templat penghapusan jika tidak berpendapat bahawa tidak layak dikekalkan. Pengguna Pengguna:Stress 043 mencadangkan untuk menggunakan bot untuk menyemak kesemua fail yang dimuat naik dan meletakkan teg. Sebuah carta aliran proses pengekalan/penghapusan fail-fail sedia ada di WBM akan dirangka dengan teliti dan dibentang di Kedai Kopi dalam masa terdekat.
4 Sejumlah 8 pengguna telah berbincang berkenaan perkara ini. Setiap pengguna telah menyatakan pandangan masing-masing. Sebelum fungsi muat naik diaktifkan, perlu ada wujudnya sekumpulan beberapa pengguna sukarelawan atau penyelia (bukan secara paksaan) yang bertanggungjawab dari segi penyelenggaraan fail-fail yang dimuat naik terlebih dahulu. Pengguna-pengguna tersebut seharusnya memang arif dengan peraturan-peraturan memuat naik fail di Commons serta Wikipedia:Kandungan bukan bebas, serta kes-kes penghapusan yang diarkibkan pada laman perbincangan fail di Wikipedia Bahasa Inggeris. Selepas wujudnya kumpulan pengguna tersebut barulah undian pembukaan semula fungsi muat naik boleh dilakukan.

Perbincangan ini boleh diarkibkan selepas 14 hari iaitu pada 9:00, 8 Ogos 2024 (UTC) atau mengikut masa lokaliti:

  • UTC+8 (Malaysia, Brunei dan Singapura): 17:00, 8 Ogos 2024.
  • UTC+7 (Jakarta, Indonesia): 16:00, 8 Ogos 2024.

Sekian, محمد حكيمي (bincang) 09:02, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]


Nama universiti di Indonesia

sunting

Saya ingin bertanya kepada penyelia WP BM, apakah memang nama article untuk universitas di Indonesia harus ditulis 'universitas', bukan 'universiti'? Apakah ada kebijakan di WP BM bahwa nama Indonesia apapun harus dikekalkan di sini? Terima kasih. Desertasad (bincang) 11:38, 5 Julai 2024 (UTC)[balas]

Secara peribadi, saya berpendapat rencana mengenai universiti tidak kira di negara mana sekali seharusnya ditulis sebagai "Universiti" sebagai mengikut piawaian bahasa Melayu. Contoh seperti Universiti Harvard, Universiti Hassan II Casablanca atau Universiti Göttingen. Kemudian, dalam kotak info universiti barulah diletakkan nama asal/sebenar universiti tersebut. Apapun, terpulanglah kepada penyelia WBM untuk menilai hal ini. Terima kasih. Stress 043 (bincang) 16:27, 6 Julai 2024 (UTC)[balas]
Seharusnya menggunakan tajuk Universiti, sebagaimana mengikut dasar yang telah dipersetujui di sini. Penggunaan mengikut MABBIM dengan penggunaan bahasa dari Brunei dan Malaysia, serta Singapura. Zahirul Nukman 13:13, 14 Julai 2024 (UTC)[balas]
Saya ingat ke selama ini kita memang guna "Universiti" bukannya "Universitas“? Saya sudah tambah ke Wikipedia:Senarai kesalahan umum ejaan berkenaan hal ini. Mengikut hasil carian enjin, terdapat 636 laman Wikipedia yang menggunakan "universitas" berbanding "universiti". Mungkin sempena bulan gotong royong ini kita boleh betulkan kesemua ejaan yang ada di rencana Wikipedia. محمد حكيمي (bincang) 09:09, 15 Julai 2024 (UTC)[balas]
Ah, seronoknya berwiki. Haha. - Zahirul Nukman 05:06, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
Sekadar catatan di sini, setakat ini ada 22 rencana lagi tajuk rencana yang masih berawalan Universitas. Boleh rujuk sini - Zahirul Nukman 02:03, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]

Penetapan rencana bertulisan Jawi di mswiki

sunting

Baru-baru ini, ada pengguna yang mencipta rencana dalam tulisan Jawi berdasarkan rencana sedia ada. Perkara ini umum dalam versi bahasa di Indonesia yang lain seperti Jawa dan Bali. Namun, mswiki belum ada ketetapan khusus untuk rencana Jawi.

Cara yang lebih elok sebenarnya adalah menggunakan sistem penukaran aksara secara automatik seperti yang digunakan di Wikipedia Bahasa Cina dan bahasa lain. Namun, ini mengambil masa yang sangat lama kerana kita tiada pakar untuk membuatnya.

Bagi tempoh yang pendek dan mudah, kita boleh membuat rencana Jawi dengan disunting oleh penyunting sendiri berbanding mesin.

Saya menentang penggunaan tajuk Jawi dalam URL rencana kerana ini akan dikira dalam pengiraan jumlah rencana mswiki. Jika dibiarkan, senang sahaja mswiki melonjak jumlah rencana dan mencapai sejuta rencana dan sebagainya. Tidak elok rupanya kalau jumlah rencana kita banyak tetapi ternyatanya kebanyakannya hanya rencana dedua (duplicate).

Oleh itu, saya cadang untuk menggunakan sublaman /ms-arab untuk setiap rencana Jawi. ms-arab ialah kod yang diguna di projek-projek Wikimedia yang lain. Setelah itu, kita boleh paksa paparkan tajuk rencana kepada tulisan Jawi dengan menggunakan {{DISPLAYTITLE:بروني}} Namun, kita boleh melencong tajuk Jawi ke tajuk sublaman. Contohnya, بروني dilencongkan ke Brunei/ms-arab.

Oleh itu, kita perlu membuat ketetapan terlebih dahulu untuk membuat ini. Saya mencadangkan perbincangan dan pengundian ini dijalankan selama sebulan atau selanjutnya jika perlu.

1. Setujukah anda Wikipedia Bahasa Melayu membenarkan rencana bertulisan Jawi yang tersendiri yang dicipta dan disunting oleh para penyunting?

  • ~~~~ {{Undi|Ya}}/{{Undi|Tidak}}

2. Setujukah anda isi kandungan rencana mesti sama dengan versi Ruminya?

  • ~~~~ {{Undi|Ya}}/{{Undi|Tidak}}

3. Setujukah anda tajuk rencana bertulisan Jawi menggunakan format ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab?

  • ~~~~ {{Undi|Ya}}/{{Undi|Tidak}}

Saya mempersilakan semua penyunting untuk memberi ulasan. Terima kasih. TofeikuBincang 03:22, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]

Berkaitan perbincangan ini, adakah sesuai juga kita jadikan sebagai subjudul untuk setiap persoalan diketengahkan, sebagaimana yang pernah dibuat oleh @Hakimi97 di atas? Zahirul Nukman 03:55, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
Saya boleh bantu tetapkan semula format jika perlu. Kalau @Tofeiku benarkan maka saya akan teruskan sahaja. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
Boleh sahaja. Maaf dibuat dengan kurang kemas. TofeikuBincang 04:05, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
Memanggil beberapa penyunting aktif untuk memberi pendapat. @*angys*:, @26 Ramadan:, @Adamhakeemiforv:, @Akazumi Ahasi:, @Alenjun03:, @Ameh Hammie 1997:, @Amir Hamzah 2008:, @Aqil55:, @Aurora:, @Ayamato:, @AyyanD:, @Billiena:, @Ceball1923:, @CyberTroopers:, @EmpAhmadK:, @Hayate891:, @Haziq Faruqi:, @Hongqilim:, @Jonhsonbaby:, @MuhdAliffHaziq:, @PeaceSeekers:, @Surat Layang:, @TakuYuri:, @Ultron90:, @Visnu92:, @Zahirulnukman:, @Zamwan:, @Zayn al aziz:, @Zcoollz:. TofeikuBincang 14:32, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]

Perkara 1

sunting

Secara umum, adakah anda bersetuju sekiranya Wikipedia Bahasa Melayu membenarkan penciptaan rencana yang ditulis dalam tulisan Jawi sepenuhnya?

Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang rencana bertulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu.

  • Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
  • Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 1) محمد حكيمي (bincang) 04:40, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]

  1.   Setuju - kerana tulisan Jawi juga ialah bahasa Melayu, dan ini Wikipedia bahasa Melayu. Sangat wajar untuk dibenarkan penciptaan rencana dalam tulisan Jawi sepenuhnya. Cuma, saya cenderung untuk diwujudkan sistem semakan sebelum dijadikan rencana bagi mengelakkan terjemahan rambang dan berlaku kesalahan ejaan yang nyata. - Zahirul Nukman 04:47, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  2.   Setuju Walaupun saya lebih suka dengan penukaran automatik aksara, bagi saya ini dapat membenarkan penyunting mahu menyunting dalam tulisan Jawi. TofeikuBincang 05:11, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  3.   Setuju Sudah 4 tahun kita memohon di T261507 untuk mewujudkan alat pertukaran aksara bahasa Melayu daripada tulisan Rumi ke tulisan Jawi, tetapi yang kita dapat hanya senyap sahaja. Penggunaan kod Rumi ke Jawi sebenarnya tidak memuaskan kerana seperti saiz kamus terlalu besar tidak boleh boleh ditampung oleh perisian MediaWiki. Saya sudah cuba bermacam-macam cara untuk mengemas kini kod supaya kamus boleh terus diimport dari Github, namun disebabkan saya tidak pakar IT maka semuanya tidak menjadi. Berbanding menunggu timba jatuh dari langit, saya berpendapat lebih baik kita lakukan sesuatu. Jika alat pertukaran aksara sudah tersedia nanti kita mungkin bolehlah hapuskan balik laman-laman tersebut. محمد حكيمي (bincang) 09:31, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  4.   Berkecuali Saya secara peribadinya memang sokong jika terdapat banyak rencana dalam tulisan Jawi di WBM, namun apa yang merisaukan saya ialah WBM kurangnya sukarelawan yang memantau aktiviti di sini. Gejala vandalisma sememangnya sedang berlaku di kebanyakkan rencana dan apabila kita menambah lagi rencana dalam Jawi, dengan bilangan sukarelawan yang ada tentunya menyukarkan lagi tugas pemantauan. Stress 043 (bincang) 15:02, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  5.   Setuju - Jawi memainkan peranan penting dalam persuratan bahasa Melayu suatu ketika dahulu, jadi sangat wajar untuk Wikipedia Bahasa Melayu membolehkan rencana ditulis dalam tulisan Jawi. Saya juga cenderung adanya sistem semakan sebelum dijadikan rencana. Kazuki278 (bincang) 11:14, 26 Julai 2024 (UTC)[balas]
  6.   Berkecuali Pada pandangan saya boleh saja tapi penulis yang mahir Jawi tidak begitu ramai. Bukanlah saya membangkangnya tapi mutunya hanya perlu dijaga. Haziq Faruqi (bincang) 14:57, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  7.   Setuju - Saya bersetuju sahaja kerana memang ada penulis yang memang berminat untuk menulis menggunakan Jawi. Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada, tetapi sistem penukaran aksara tentunya lebih mudah untuk diuruskan. Surat Layang (bincang) 15:20, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  8.   Setuju Saya bersetuju. Hayate891 (bincang) 15:38, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  9.   Berkecuali Saya baik-baik sahaja. Hongqilim (bincang) 16:41, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  10.   Setuju26 Ramadan (bincang) 02:04, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  11.   Tidak setuju Lebih baik tunggu penukaran aksara secara automatik. Kalau hendak juga, bukan di ruang nama utama. ...Aurora... (b) 05:15, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  12.   Setuju Adamhakeemiforv (bincang) 11:20, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  13.   Setuju namun perlukan pemantauan ketat. Kini terdapat terlalu banyak kesilapan ejaan dalam penulisan panjang. Memandangkan Wikipedia merupakan salah satu sumber utama penulisan bagi model bahasa raya, ini boleh menjadi satu masalah untuk peralatan AI termasuk Google Translate yang buat masa kini tidak dapat mengeja dengan betul. Saya cadangkan, dan akan turut berusaha untuk mempercepatkan usaha penukaran aksara secara automatik secepat mungkin.
    Melainkan jika sudah ada sistem yang serupa atau lebih bagus, saya cadangkan penggunaan sistem semakan (seakan-akan sistem terjemahan di laman-laman Wikimedia) bagi setiap istilah rumi bagi mengesahkan terjemahan automatik. Mungkin segala ejaan yang belum disemak akan dimerahkan sehingga disemak oleh pengguna terautosah. Ini bagi mengelakkan berlakunya kesalahanggapan hanya kerana Wikipedia berkata sedemikian. EmpAhmadK - (bincang) 16:06, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]

Perkara 2

sunting

Adakah anda setuju bahawa kandungan penulisan rencana pada versi tulisan Jawi mesti sama sepenuhnya dengan padanan versi tulisan Ruminya?

Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang rencana bertulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu.

  • Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
  • Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 2) محمد حكيمي (bincang) 04:40, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]

  1.   Setuju - Lebih baik ikut Rumi. Pada saya, rencana Jawi yang dihasilkan pendek disebabkan menulis pendahuluan sahaja (mengikut apa yang ada di Rumi) lebih baik daripada menulis perkara berbeza. - Zahirul Nukman 04:56, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  2.   Setuju Memandangkan menggunakan domain yang sama, isi kandungan perlu sama melainkan kita wujudkan domain yang berbeza. TofeikuBincang 05:08, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  3.   Setuju Ya, tidak kira tulisan Rumi atau tulisan Jawi, bahasanya tetap sama sahaja iaitu bahasa Melayu. Tidak patut diwujudkan dua versi yang berbeza ibarat tulisan Jawi dan tulisan Rumi ini dua bahasa berbeza. محمد حكيمي (bincang) 09:34, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  4.   Setuju Saya setuju kerana isi kandungan itu yang lebih penting di Wikipedia. Kita hanya memudahkan pengguna membaca Wikipedia sama ada dalam Rumi atau Jawi, dengan isi kandungan yang sama. Stress 043 (bincang) 15:19, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  5.   Setuju - Bahasa yang sama, hanya tulisan yang berbeza. Memudahkan pengguna yang mungkin hendak berjinak-jinak dengan tulisan Jawi. Kazuki278 (bincang) 11:16, 26 Julai 2024 (UTC)[balas]
  6.   Setuju Sebaik-baiknya begitulah kerana sistem tulisan sahaja yang berbeza. Haziq Faruqi (bincang) 14:59, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  7.   Setuju, mengekalkan konsep asalnya iaitu menukarkan sistem tulisan Rumi kepada Jawi. Tetapi mungkin agak susah untuk kita sentiasa menyelaraskan kededua kandungannya. Surat Layang (bincang) 15:29, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  8.   Setuju Saya bersetuju. Hayate891 (bincang) 15:47, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  9.   Setuju26 Ramadan (bincang) 02:04, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  10.   Setuju ...Aurora... (b) 05:18, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  11.   Setuju Adamhakeemiforv (bincang) 11:21, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  12.   Setuju. Kandungan berbeza-beza akan membawa kepada satu keadaan di mana salah satu daripada versinya ketinggalan dalam pembangunan, atau kedua-duanya kekurangan kandungan yang wujud di versi satu lagi. EmpAhmadK - (bincang) 16:10, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]

Perkara 3

sunting

Adakah anda setuju bahawa tajuk rencana bertulisan Jawi menggunakan format ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab? ("Tajuk" pada "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" itu sendiri mestilah bertulisan Rumi, maksud di sini versi tulisan Jawi merupakan sublaman di bawah versi tulisan Rumi)

Undian pada perkara ini akan direkodkan di Kedai Kopi untuk tujuan pendokumenan di masa hadapan. Sila salin kod berikut untuk menyatakan sokongan/bantahan anda tentang rencana bertulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu.

  • Kalau setuju maka salin kod ini: # {{undi|Y}}
  • Kalau tidak setuju maka salin kod ini: # {{undi|T}}

(Tekan "balas" di sini untuk Perkara 3) محمد حكيمي (bincang) 04:40, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]

  1.   Setuju - Setuju, versi Jawi menjadi sublaman kepada Rumi. - Zahirul Nukman 05:04, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  2.   Setuju Jika ramai setuju untuk membenarkan rencana bertulisan Jawi sepenuhnya di Wikipedia Bahasa Melayu, saya menyokong untuk tajuk rencana bertulisan Jawi menggunakan format sublaman seperti ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia/ms-arab dan bukannya ms.wikipedia.org/wiki/مليسيا. Ini untuk mengelakkan rencana bertulisan Jawi dihitung dalam jumlah rencana mswiki. Ini tidak adil bagi Wikipedia bahasa lain jika kita tidak menggunakan sublaman. TofeikuBincang 05:06, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  3.   Setuju serta setuju dengan pandangan @Tofeiku dan @Zahirulnukman. محمد حكيمي (bincang) 09:37, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
    @Tofeiku, sekiranya tidak boleh ditetapkan format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" disebabkan masalah teknikal, saya cadang untuk wujudkan ruang nama baharu iaitu "Jawi:", contoh jika versi Rumi ialah "Ikan" maka versi Jawi ialah "Jawi:ايکن". Namun, pilihan ini haruslah dijadikan pilihan terakhir dan kita seharusnya mengutamakan format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" terlebih dahulu. محمد حكيمي (bincang) 02:04, 1 Ogos 2024 (UTC)[balas]
    Kalau ruang nama tu terus guna aksara jawi, jadi "جاوي:ايكن" pun menarik juga. - Zahirul Nukman 03:50, 1 Ogos 2024 (UTC)[balas]
    Saya berpendapat guna "Jawi:" lebih selaras dengan format ruang nama Wikipedia berbanding ruang nama ":جاوي". Apapun berkenaan hal ini kita tunggu jika format "ms.wikipedia.org/wiki/Tajuk/ms-arab" boleh diusahakan, kalau boleh senang sikit kerja. محمد حكيمي (bincang) 04:00, 1 Ogos 2024 (UTC)[balas]
    Tidak terfikir pula pasal ruang nama tersendiri. Ini dapat membenarkan penyunting menggunakan tajuk dalam tulisan Jawi berbanding menggunakan sublaman. Jika betul-betul mahu memberikan peluang sepenuhnya dalam Jawi, lebih baik ruang namanya pun dalam ejaan Jawi jika dibenarkan. Tujuan penyunting Jawi mahu menyunting pun untuk mengelakkan ejaan Rumi sepenuhnya. Jadi, ia seperti masih berat sebelah bagi pendapat saya jika ruang namanya dalam Rumi juga. TofeikuBincang 12:31, 1 Ogos 2024 (UTC)[balas]
  4.   Setuju Saya setuju, namun kita juga perlu menggariskan panduan pengstrukturan di WBM tidak terhad kepada tajuk rencana sahaja. Kerana saya melihat ada beberapa rencana di sini meletakkan tulisan Rumi dan Jawi di bahagian tajuk kecil seperti di sini. Stress 043 (bincang) 15:19, 25 Julai 2024 (UTC)[balas]
  5.   Setuju setuju, dibuat sublaman seperti Laman ini Jossisad (bincang) 07:04, 26 Julai 2024 (UTC)[balas]
  6.   Setuju - Saya setuju versi Jawi dibuat sublaman. Kazuki278 (bincang) 11:19, 26 Julai 2024 (UTC)[balas]
  7.   Setuju Setuju. Haziq Faruqi (bincang) 15:00, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  8.   Setuju Surat Layang (bincang) 15:31, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  9.   Setuju Saya bersetuju. Hayate891 (bincang) 15:49, 27 Julai 2024 (UTC)[balas]
  10.   Setuju26 Ramadan (bincang) 02:04, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  11.   Setuju sublaman atau ruang nama sendiri. ...Aurora... (b) 05:20, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
    Menarik juga cadangan dijadikan ruang nama baharu ni. - Zahirul Nukman 22:39, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  12.   Setuju Adamhakeemiforv (bincang) 11:22, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]
  13.   Setuju. Tulisan Rumi merupakan tulisan utama. Tujuan penggunaan tulisan Jawi adalah bagi pemeliharaan dan pendidikan, bukan kemudahan dari segi carian dsb. EmpAhmadK - (bincang) 16:10, 28 Julai 2024 (UTC)[balas]

Penyeragaman piawai warna parti politik Malaysia

sunting

Salam sejahtera. Saya ingin mencadangkan agar warna tanda parti politik di Malaysia dipiawaikan agar seragam di serata Wikipedia Bahasa Melayu, dan dapat dibezakan antara satu sama lain.

Saya mempunyai beberapa cadangan sebagai garis panduan untuk penetapan warna piawai ini:

A. Pemilihan warna

sunting
  1. Warna yang digunakan hendaklah berdasarkan warna utama parti tersebut
  2. Sekiranya tiada warna utama yang jelas, warna dominan daripada lambang, bendera, atau logo akan digunakan.
  3. Sekiranya terdapat percanggahan antara penggunaan warna, parti yang mana pendaftarannya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada tarikh yang lebih awal akan diutamakan dan diberi warna yang lebih tepat.
  4. Sekiranya parti-parti bercanggah ditubuhkan pada hari yang sama, maka keutamaan pada huruf abjad Rumi akan diberi, di mana parti A akan diberi keutamaan berbanding parti Z.
  5. Pengecualian terhadap keutamaan-keutamaan ini akan diberi sekiranya parti yang wujud lebih awal tersebut tidak mempunyai kerusi di Dewan Rakyat, atau mempunyai kurang daripada 10 kerusi di Dewan Rakyat.
  6. Sekiranya warna selain warna utama atau warna dominan perlu digunakan akibat percanggahan, warna yang akan digunakan ialah warna utamanya namun dicairkan kecerahannya, dan sekiranya ia juga telah digunakan, warna dominan cair akan digunakan.
  7. Sekiranya warna tersebut terlalu cair untuk dicairkan lagi, maka warna tersebut sebaliknya akan ditingkatkan kecerahannya.
  8. Sekiranya sesebuah parti telah dibubar, ia akan kekalkan warnanya sehingga suatu parti yang lebih aktif perlu menggunakan warnanya.
  9. Sekiranya sesebuah parti mengganti parti yang lain, sama ada selepas pembubaran atau pun atas penjenamaan semula, maka kedua-dua parti ini dibenarkan mengguna warna yang sama sekiranya masih sesuai dengan kedua-dua penjenamaan.
  10. Sekiranya warna utama dua atau lebih parti politik kelihatan serupa walaupun berbeza, warna parti yang lebih baharu hendaklah diubah sedikit dengan melaraskan skala warna atau kepekatannya. Sekiranya kedua-dua pilihan tersebut mustahil dilakukan, ia akan dianggap sebagai warna sama dan perlu ubah kepada warna dominan lain atau warna cair.
  11. Sekiranya warna utama sesebuah parti komponen sama dengan warna parti gabungannya, dan parti komponen tersebut lazimnya bertanding di bawah lambang parti gabungan tersebut, maka ia dibenarkan untuk mengguna warna sama. Sekiranya parti tersebut lazim bertanding di bawah lambang sendiri, maka ia akan dikira sebagai parti berbeza dan perlu menggunakan warna dominan lain atau warna cair.

B. Penentuan warna piawai

sunting
  1. Warna yang digunakan hendaklah diambil daripada sumber rasmi, seperti laman sesawang atau sosial parti politik.
  2. Sekiranya terdapat percanggahan dalam warna pada sumber rasmi, keutamaan hendaklah diberi kepada yang berikut, disusun mengikut keutamaan:
    1. Suruhanjaya Pilihan Raya
    2. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
    3. Sumber di laman sesawang mengenai, mengikut keutamaan:
      1. lambang
      2. bendera
      3. logo
    4. Pengepala laman sesawang, iaitu warna pada, mengikut keutamaan:
      1. lambang
      2. bendera
      3. logo
    5. Gambar profil laman sosial rasmi pusat, iaitu pada, mengikut keutamaan:
      1. lambang
      2. bendera
      3. logo
    6. Pengepala laman sosial rasmi pusat, iaitu pada, mengikut keutamaan
      1. lambang
      2. bendera
      3. logo
    7. Sumber-sumber lain dengan persetujuan komuniti.
  3. Pengecualian kepada keutamaan akan diberi kepada parti yang menggunakan lambang hitam-putih apabila bendera dan/atau logonya menggunakan warna, di mana warna pada bendera atau logonya akan digunakan.
  4. Sekiranya kesemua tiga lambang, bendera, dan logonya menggunakan warna hitam-putih, perhatikan laman sesawang dan laman sosial parti tersebut sekiranya terdapat warna yang lebih utama berbanding warna hitam atau putih. Sekiranya ada, dengan persetujuan komuniti, warna tersebut akan digunakan. Sekiranya tiada, warna utama hitam/putih akan digunakan.
  5. Sekiranya sumber menggunakan gambar yang berkeleraian rendah dengan warna tidak sekata, maka warna purata akan diambil daripada bidang berwarna utama tersebut.

Selepas kepiawaian ini dipersetujui, saya cadangkan untuk sebuah senarai diwujudkan bagi mengaturkan warna-warna utama setiap parti yang ada pada senarai parti politik Malaysia, tanpa mengira percanggahan warna, di dalam sebuah jadual. Selepas itu, warna yang ingin digunakan akan ditambah pada senarai tersebut.

Senarai itu hendaklah disusun mengikut tarikh pendaftaran parti tersebut diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau keutamaan abjad (seperti Perkara A(3) & (4), dengan butiran seperti berikut:

Contoh senarai
Nama Lambang Tarikh Pendaftaran Warna Utama Warna Piawai WBM Keterangan Sumber
Parti Penternak Celah Parit (PENCAK)   20/02/2132           Warna lambang. SPR
Gabungan Pengecat Sekolah & Kilang Negara (GPSKN)   30/10/2132           Bendera parti menggunakan warna hitam berisian kuning Laman sesawang rasmi
Parti Pesara Atlet Lari Pecut Olimpik Tanah Air (LARI)   31/04/2133           Warna lambang. SPR
Parti Kampung Terbakar (PAKAT)   24/09/2133           Warna bercanggah dengan PENCAK. Baju korporat & laman sesawang menggunakan warna jingga juga. Laman sesawang rasmi
Parti Basikal Lajak Negara (BALAJ)   01/01/2176           Warna mirip dengan LARI. Warna dilaraskan agar perbezaan lebih ketara.

Mohon pendapat semua agar dapat kita perkemaskan rencana-rencana politik di WBM, dan seterusnya di WBI sekali. EmpAhmadK - (bincang) 04:35, 2 September 2024 (UTC)[balas]

Sebagai salah seorang penyunting bagi tema politik Malaysia, saya setuju cadangan ini. - Zahirul Nukman 10:17, 2 September 2024 (UTC)[balas]
  Setuju
الأستاذ أبو ݢوصوك (بينچڠ | کوتق ڤڠݢونا)
12:25, 2 September 2024 (UTC)[balas]
  Setuju dengan cadangan saudara. محمد حكيمي (bincang) 10:42, 4 September 2024 (UTC)[balas]

Larangan pautan luar jenama di AdvancedSiteNotices?

sunting

Ada yang berpendapat bahawa Berita Wiki Cina dan Bahasa Cina Wikipedia AdvancedSiteNotices tidak boleh menyebut secara lengkap nama jenama seperti Telegram, Instagram, Google Form dan menggunakan pautan luar ini, perlu segera diperbaiki di Phabricator T375253.

Saya rasa ini sangat tidak wajar, menyatakan rasa dukacita dan meminta pendapat lain. Dia berkata: "Saya sangat pasti anda tidak dibenarkan untuk menyambung atau bahkan menyebut nama jenama Telegram atau Instagram atau Google dari satu sitenotice. anda tidak boleh dari Pemberitahuan Pusat, saya tidak melihat mengapa dasar yang berbeza harus digunakan di sini. anda boleh menyambung ke halaman-halaman itu dari halaman wiki anda dan menyambung dari sitenotice ke halaman wiki itu. tetapi tidak secara langsung dari sitenotice ke laman luar. ini mendesak, mesti diperbaiki segera. (kecuali anda dapat menunjukkan kepada kami di mana seseorang mengatakan ini dibenarkan?)"

Prohibiting External Brand Links in AdvancedSiteNotices?

Some believe that the Chinese Wikinews and Chinese Wikipedia AdvancedSiteNotices should not fully mention brand names like Telegram, Instagram, Google Form, and use these external links, needing to be fixed on Phabricator T375253 immediately.

I find this very unreasonable, express regret, and seek more opinions from you all. He said: "I'm pretty sure you're not allowed to link to or even mention the brand names Telegram or Instagram or Google from a sitenotice. you can't from a CentralNotice, I don't see why a different policy should apply here. you can link to those pages from a page on your wiki and link from the sitenotice to that page on your wiki. but not directly from sitenotice to the external site. this is urgent, must be fixed immediately. (unless you can show us where someone said this is ok?)" Kitabc12345 (bincang) 19:26, 20 September 2024 (UTC)[balas]

tetapi dia berpendapat bahawa semua wiki harus mematuhi peraturan ini, tidak kira wiki apa pun. Jika memungkinkan, saya sarankan anda membuka konsensus komuniti, kemudian sampaikan pendapat anda ke Phabricator T375253. Tujuan saya adalah agar setiap komuniti dapat memperoleh pendapat yang memadai untuk mempersoalkan pendekatan seperti ini, kerana sebenarnya peraturan yang dia petik agak berbeza - dia mengutip dari Pemberitahuan Pusat, bukan konsensus komuniti tempatan. Sila lihat Phabricator untuk mengetahui perinciannya. Saya harap anda dapat bebas dalam menyuarakan pendapat anda selepas itu.

Dasar CentralNotice juga harus terpakai di sini?

Hanya untuk Wikimedia - Banner mesti berhubung ke domain yang dikawal oleh Wikimedia, yang dimiliki oleh Yayasan Wikimedia, rakan gabung Wikimedia atau sukarelawan Wikimedia yang dikenalpasti oleh Yayasan Wikimedia. Banner tidak boleh mengandungi apa-apa cap dagangan yang dimiliki secara komersial.

Kitabc12345 (bincang) 02:38, 21 September 2024 (UTC)[balas]