Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/31 Mac
31 Mac: Hari César Chávez di pelbagai negeri Amerika Syarikat; Hari Pembebasan di Malta.
- 1778 – Penjelajah Inggeris James Cook mendarat di Pulau Vancouver dan menuntutnya untuk Great Britain.
- 1854 – Laksamana Pertama Tentera Laut A.S. Matthew C. Perry memeterai Perjanjian Kanagawa, memaksa pembukaan pelabuhan Jepun untuk perdagangan Amerika Syarikat.
- 1889 – Menara Eiffel (gambar) dibuka secara rasmi di Paris.
- 1903 – Pereka New Zealand Richard Pearse dilaporkan terbang sejauh beberapa ratus meter, di dalam salah satu mesin terbang pertama.
- 1917 – Hindia Barat Denmark menjadi Kepulauan Virgin A.S. selepas Amerika Syarikat membayar Denmark sebanyak AS$25 juta untuk kepulauan Caribbean itu.
Hari-hari sebelum: 30 Mac – 29 Mac – 28 Mac