Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan

Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember

Garis panduan untuk menyunting hari ulang tahun pilihan
Hari ini: Jumaat, 15 November 2024; kini 22:48 (UTC)

Kriteria untuk penyenaraian butir dalam laman-laman ini

sunting

Kriteria untuk kemasukan dalam hari ulang tahun pilihan adalah agak subjektif kerana pada sesuatu hari dalam tahun banyak perkara bersejarah boleh berlaku. Jadi kualiti rencana serta kepelbagaian topik merupakan faktor penentu.

  1. Maksimum 5 peristiwa dan 3 sambutan/perayaan sehari. Keseimbangan Laman Utama juga diambil kira.
  2. Peristiwa haruslah mempunyai kepentingan sejarah yang agak besar.
  3. Peristiwa dan rencana tersebut (yang ditebalkan) mestilah juga disebut dalam peristiwa tahun yang berkenaan.
  4. Jika sambutan/perayaan tersebut jatuh pada tarikh yang sama setiap tahun Gregory, ia hendaklah ada dalam rencana tarikh tersebut.
  5. Rencana yang dipilih perlulah menyatakan dengan jelas tarikh ia berlaku (Takwim Gregory dan takwim lain yang berkenaan), sama ada tarikh tempatan atau UTC.
  6. Rencana yang dipilih tidak patut merupakan rencana ringkas (tunas). Ia harus mengikut gaya Wikipedia dan agak lengkap.
  7. Kurangkan pautan merah (dan pautan berlebihan) pada Laman Utama.
  8. Jika boleh, pelbagaikan topik, tahun dan kawasan geografi.
  9. Kelahiran dan kematian cuma boleh ditambahkan pada hari ulang tahun bermakna sahaja, kecuali kematian bukan sebab biasa.

Pastikan setiap masukan ditulis (secara purata) dalam satu baris sahaja. Hadkan juga kepada satu gambar sehari.

Masukan sedia ada mungkin dikeluarkan atas sebab tertentu:

  1. Bagi mengikuti kriteria kemasukan di atas.
  2. Tarikh tidak pasti atau dipertikaikan (terutamanya peristiwa lama).
  3. Dipindah ke hari lain. Misalnya sesuatu perang boleh disenaraikan pada tarikh ia bermula atau berakhir.

Subhalaman untuk hari ulang tahun pilihan

sunting