Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/30 Mei
30 Mei: Tadau Kaamatan di Sabah dan Labuan; Hari Ketibaan Orang India di Trinidad dan Tobago
- 1431 – Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc dibakar hidup-hidup di Rouen, Perancis.
- 1434 – Angkatan Taborite yang diketuai Prokop Agung ditewaskan sepenuhnya dalam Pertempuran Lipany, menamatkan Peperangan Hus di Bohemia.
- 1536 – Henry VIII dari England berkahwin dengan Jane Seymour, dang perwara kepada kedua-dua permaisurinya yang pertama.
- 1911 – Perlumbaan kereta Indianapolis 500 pertama diadakan di Indianapolis Motor Speedway, Indiana, A.S.
- 1989 – Dewi Demokrasi (gambar replika), sebuah patung 10-meter yang diperbuat daripada busa polistirena dan papier-mâché, dinaikkan pembantah pelajar di Dataran Tiananmen, Beijing.
Hari-hari sebelum: 29 Mei – 28 Mei – 27 Mei