Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/27 September
27 September: Hari Pelancongan Sedunia
- 1905 – Jurnal Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E = mc2.
- 1937 – Harimau Bali, sejenis subspesies harimau yang cuma ditemui di pulau Bali, Indonesia, diisytiharkan pupus.
- 1983 – Richard Stallman mengumumkan projek GNU (gambar logo) untuk membangunkan sistem pengendalian ala UNIX bebas.
- 1988 – Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan aktivis Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.
- 2008 – Zhai Zhigang menjadi angkasawan China pertama menjalankan aktiviti luar kenderaan, semasa misi Shenzhou 7.
Hari-hari sebelum: 26 September – 25 September – 24 September