Wikipedia:Bengkel/Malaysia/2024/12-10/Rujukan/Harimau Malaya

Harimau Malaya
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. t. malayensis
P. t. jacksoni
Nama trinomial
Panthera tigris malayensis
Panthera tigris jacksoni

Luo et al., 2004
Peta lokasi

Harimau Malaya ialah sejenis harimau daripada populasi khas bagi subspesies Panthera tigris tigris yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Populasi ini mendiami bahagian selatan dan tengah Semenanjung Melayu, dan dikelaskan sebagai spesies terancam genting. Setakat April 2014 , populasi harimau ini dianggarkan sebanyak 80–120 berusia matang, dengan trend semakin menurun.

Dalam masyarakat Melayu, ia dipanggil dengan harimau sahaja atau harimau belang, juga disingkatkan kepada rimau. Ia juga dikenali sebagai harimau Indochina selatan, untuk membezakannya dengan populasi harimau Indochina di utara (Panthera tigris corbetti) di Myanmar dan Thailand, yang mana ia berbeza secara genetik daripada populasi ini.

Taksonomi

sunting

Felis tigris ialah bekas nama saintifik yang digunakan Carl Linnaeus pada 1758 untuk harimau. Panthera tigris corbetti pernah diusulkan oleh Vratislav Mazák pada 1968 untuk subspesies harimau di Asia Tenggara. Panthera tigris jacksoni diusulkan pada 2004 sebagai satu subspesies memandangkan analisis genetik mendapati perbezaan dalam mtDNA dan jujukan mikrosatelit dengan P. t. corbetti. Sejak penilaian semula taksonomi bagi felidae pada 2017, harimau Malaya diiktiraf sebagai salah satu populasi P. t. tigris. Bagaimanapun, satu kajian genetik diterbitkan pada 2018 menyokong enam klad monofili berdasarkan analisis jujukan genom keseluruhan terhadap 32 spesimen. Harimau Malaya menunjukkan berbeza daripada spesimen harimau tanah besar Asia yang lain, yang menyokong konsep enam subspesies.

Penamaan

sunting

Apabila populasi harimau di Semenanjung Melayu diterima sebagai sebuah subspesies berbeza pada 2004, pengerusi persatuan zoo, taman dan akuarium Malaysia berhujah subspecies baharu ini perlu dinamakan sebagai Panthera tigris malayensis disebabkan kawasan geografinya. Sebagai tolak ansur, ia juga menerima nama "Harimau Malaya", dan nama saintifik jacksoni, yang memberi penghargaan kepada aktivis pemuliharaan harimau, Peter Jackson. Namun begitu, P. t. malayensis turut digunakan oleh penulis-penulis lain.

Ciri-ciri

sunting
 
Gambar kepala harimau

Penampilan harimau Malaya lebih kecil berbanding harimau benggali. Daripada ukuran 11 ekor jantan dan 8 ekor betina, purata panjang bagi jantan ialah 8 ka 6 in (259 cm), dan bagi betina ialah 7 ka 10 in (239 cm). Panjang badan 16 harimau betina di Terengganu dalam lingkungan dari 70 hingga 103 in (180 hingga 260 cm) dan purata 80.1 in (203 cm). Tingginya pula dalam lingkungan daripada 23 hingga 41 in (58 hingga 104 cm), dan berat badan mereka pula ialah daripada 52 hingga 195 lb (24 hingga 88 kg). Data daripada 21 ekor jantan menunjukkan jumlah panjang ialah dalam lingkungan 75 hingga 112 in (190 hingga 280 cm), dengan purata 94.2 in (239 cm). Tingginya pula daripada 24 hingga 45 in (61 hingga 114 cm), dan berat badan mereka ialah daripada 104 hingga 284.7 lb (47.2 hingga 129.1 kg).

Ekologi dan sikap

sunting

Harimau Malaya menjadi pemangsa kepada rusa sambar, kijang, rusa babi india, babi hutan, babi bodoh dan kambing hutan, selain beruang hitam dan beruang madu.

Dalam budaya masyarakat

sunting

Malaysia

sunting

Harimau Malaya ialah haiwan kebangsaan Malaysia. Ia menjadi lambang yang sering digunakan sebagai simbol-simbol rasmi kerajaan, termasuk pada Jata Negara, menghiasi logo kereta nasional dan menjadi nama bagi pasukan bola sepak kebangsaan.

Dalam budaya cereka pula, harimau menjadi watak dalam pelbagai cerita rakyat di Malaysia dan dijadikan sebuah permainan bernama "pukul berapa datuk harimau?".

Rujukan

sunting