Harimau Benggala, atau Harimau Benggala Diraja (Panthera tigris tigris), ialah sejenis subspesies harimau yang dijumpai terutamanya di India dan Bangladesh, di samping juga di Nepal, Bhutan, Myanmar dan Tibet selatan. Harimau Benggala ialah subspesies harimau yang paling banyak bilangannya. Menurut WWF, terdapat kira-kira 2,000 ekor harimau Benggala Diraja yang masih buas, termasuk 1,411 di India, 450 di Bangladesh, 150 di Nepal, 100 di Bhutan, dan sebilangan kecil di Myanmar dan China.[2]

Harimau Benggala Diraja
Hariamu Benggala.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. t. tigris
Nama trinomial
Panthera tigris tigris
(Linnaeus, 1758)

Subspesies Benggala P. tigris tigris merupakan haiwan kebangsaan Bangladesh, manakala di peringkat spesies, harimau Panthera tigris merupakan haiwan kebangsaan India.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ahmad Khan, J., Mallon, D.P. & Chundawat, R.J. (2008). Panthera tigris tigris. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 23 March 2009.
  2. ^ [1]
  3. ^ National Animal- Panthera tigris Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine Govt. of India website.

Pautan luar

sunting