Wikipedia:Bengkel/Malaysia/2024/10-09/Rujukan/Betik
Betik | |
---|---|
Lukisan pokok betik dari buku Köhler's Medizinal-Pflanzen (1887) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | C. papaya
|
Nama binomial | |
Carica papaya |
Betik (Carica papaya) merupakan spesies tumbuhan dalam genus Carica keluarga Caricaceae. Betik merupakan buah klimaterik daripada genus carica dan dipercayai berasal dari Mexico Selatan. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan dan Amerika Tengah, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika termasuk di Asia Tenggara.
Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk, daun muda dan bunga betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.[1]
Peristilahan
suntingPerkataan betik dijejak kepada kata bahasa Portugis pateca. Perkataan itu diberikan orang Portugis barangkali selepas mendengarkan perkataan biṭṭīkh yang asalnya bermaksud "tembikai" daripada pedagang-pedagang Arab di Malabar, India.
Perkataan pepaya dan kepaya meminjam daripada kata bahasa Arawak papaya melalui bahasa Sepanyol; ini kerana biji-biji betik dibawa ke Melaka dari Filipina yang dijajah Empayar Sepanyol pada tahun 1550.
Perkataan ketela, ketelah, dan ketalah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dijejak daripada nama "Kastela" yang diberikan kepada kawasan bersejarah Castilla di Sepanyol.
Ciri botani
suntingPokok betik renek besar setinggi 2–7 m. Batang pokok tunggal, tengah berongga, kulitnya banyak bekas parut dari batang daun. Daun-daunnya tumbuh di hujung pokok dan disusun berpilin dari tangkai daun panjang berongga. Helai daunnya berbentuk jejari dan berlekuk, tidak berbulu fengan urat yang jelas kelihatan.
Semua bahagian pokok betik mengeluarkan getah.
-
Pokok betik
-
Daun betik
Bunga
suntingBunga pokok betik terdiri dari bunga jantan, bunga betina atau dwijantina (hermafrodit) yang muncul dari celah ketiak daun. Bunga betik jantan majmuk, kecil, bertangkai panjang, dan keluar berjuntai di celah daun, kuntumnya mempunyai 5 kelopak kuning muda. Bunga betina pula besar dan tumbuh tunggal atau beberapa kuntum dalam satu jambak, setiap kuntum bunga betina mempunyai 5 kelopak kuning yang longgar di pangkalnya. Bunga-bunga ini berbau wangi, mekar pada waktu malam dan didebungakan angin atau serangga.
-
Bunga betina
-
Bunga jantan dari dekat
Buah
suntingBuah betik sejenis beri besar, bulat melonjong kira-kira 15–45 sm panjang dan berdiameter 10–30 sm. Kulit buah ini berwarna hijau ketika muda, dan bertukar kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Isi buah betik banyak biji kecil, coklat kehitaman dan berbentuk bulat melonjong.
-
Buah betik yang baru berputik dari kudup bunga.
-
Batang betik dengan buah muda
Kegunaan
suntingDalam makanan
suntingBuah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus minuman, perisa aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging, menyamak kulit dan membuat ubat gigi dan gula-gula getah. Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.
Perubatan tradisional
suntingDaun betik digunakan untuk merawat sakit malaria. Pucuk daun betik digunakan secara tradisional oleh para dukun-dukun Melayu dalam memberi rawatan sakit-sakit yang berkaitan darah yang selalunya berpunca dari nyamuk. Menurut Bomoh Mahaguru Ibrahim Md Zain secara lisan megatakan bahawa pengambilan pucuk daun betik hendaklah diambil 3 hari berturut-turut apabila muncul sahaja bintik-bintik merah.
Khasiat pada pucuk daun betik didapati secara kajian klinikal oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap jus daun betik bagi pesakit demam denggi (denggi tidak berdarah dan denggi berdarah kelas satu) menunjukkan pengambilan 30 mililiter (ml) atau dua sudu besar jus daripada dua daun betik matang setiap hari, selama tiga hari menaikkan jumlah platelet. Sehubungan dengan penemuan klinikal tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan panduan penyediaan jus betik untuk pesakit demam denggi. Walau bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat penawar daun betik sebaliknya boleh membahayakan. Seorang ahli farmasi pengamal perubatan alternatif homeopati dan ayurveda, Prof Dr. A. Krishnan mengatakan “Saya sudah membuat kajian mengenai penggunaan daun betik sebagai penawar demam denggi dan hasilnya tumbuhan itu tidak membantu, malah berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai sianida yang berperanan seperti racun. Oleh itu, penggunaan daun betik perlu dihentikan serta-merta kerana menjadikan pesakit demam denggi bertambah teruk, malah sistem imunisasi turut terganggu,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro. Di samping itu,sekiranya seseorang mengalami penyakit ginjal air yang ada pada akar betik boleh dijadikan ubat ginjal dan air tersebut boleh menghilangkan cacing keremi serta gerusan akar boleh di gunakan sebagai ubat luka akibat daripada gigitan binatang berbahaya seperti ular.
Lain-lain
suntingDaun betik boleh dijadikan bahan pemutih atau peluntur semasa mencuci kain.
Khasiat
suntingBetik kaya dengan vitamin A pada kulitnya serta juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.[2]
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.[perlu rujukan] Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.
Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.
Rujukan
sunting- ^ Ong, Hean Chooi (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Utusan Publications. ISBN 978-967-61-1560-7.
- ^ "Laman Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-10.