Wikipedia:Bengkel/Malaysia/2024/10-09/Rujukan/Azizulhasni Awang

Yang Berbahagia Dato'
Azizulhasni Awang
Azizulhasni pada tahun 2020
Maklumat peribadi
Nama peribadiMuhammad Azizulhasni bin Awang
Nama julukanThe Pocket Rocketman
Kelahiran (1988-01-05) 5 Januari 1988 (umur 36)
Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia[1]
Ketinggian1.68 m (5 ka 6 in)[2]
Maklumat Pasukan
DisiplinTrek
PerananPenunggang
Jenis penunggangPemecut
Pasukan amatur
Pasukan Berbasikal Dungun
Pasukan profesional
2009Bike Technologies Australia
Rekod pingat
Mewakili  Malaysia
Acara 1 2 3
Olympic Games 0 1 1
World Championships 1 2 4
Asian Games 2 1 1
Asian Championships 12 7 6
SEA Games 3 2 0
Commonwealth Games 0 0 2
Jumlah 18 13 14
Men's track cycling
Sukan Olimpik
Pingat perak – tempat kedua 2020 Tokyo Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 Rio de Janeiro Keirin
World Championships
Pingat emas – tempat pertama 2017 Hong Kong Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2009 Pruszków Sprint
Pingat perak – tempat kedua 2010 Ballerup Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2015 Yvelines Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 London Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2020 Berlin Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2020 Berlin Sprint
Asian Games
Pingat emas – tempat pertama 2010 Guangzhou Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2018 Jakarta-Palembang Sprint
Pingat perak – tempat kedua 2018 Jakarta-Palembang Team sprint
Pingat gangsa – tempat ketiga 2018 Jakarta-Palembang Keirin
Asian Championships
Pingat emas – tempat pertama 2007 Bangkok Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2008 Nara Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2008 Nara Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2009 Tenggarong Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2009 Tenggarong Team sprint
Pingat emas – tempat pertama 2014 Astana Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2015 Nakhon Ratchasima Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2017 New Delhi Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2019 Jakarta Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2020 Jincheon Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2023 Nilai Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2023 Nilai Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2008 Nara Team sprint
Pingat perak – tempat kedua 2012 Kuala Lumpur Sprint
Pingat perak – tempat kedua 2012 Kuala Lumpur Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2014 Astana Keirin
Pingat perak – tempat kedua 2015 Nakhon Ratchasima Sprint
Pingat perak – tempat kedua 2018 Nilai Sprint
Pingat perak – tempat kedua 2020 Jincheon Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2011 Nakhon Ratchasima Sprint
Pingat gangsa – tempat ketiga 2011 Nakhon Ratchasima Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 Izu Sprint
Pingat gangsa – tempat ketiga 2016 Izu Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2018 Nilai Keirin
Pingat gangsa – tempat ketiga 2019 Jakarta Team sprint
Commonwealth Games
Pingat gangsa – tempat ketiga 2010 New Delhi Team sprint
Pingat gangsa – tempat ketiga 2014 Glasgow Keirin
Southeast Asian Games
Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Sprint
Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Keirin
Pingat emas – tempat pertama 2007 Nakhon Ratchasima Team sprint
Pingat perak – tempat kedua 2007 Nakhon Ratchasima 1 km time trial
Pingat perak – tempat kedua 2007 Nakhon Ratchasima Sprint

Yang Berbahagia Dato' Muhammad Azizulhasni bin Awang DPMT KMN AMN (lahir 5 Januari 1988) ialah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau diberi jolokan Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.

Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20cm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga. Pada 2017, anak kelahiran Terengganu ini adalah atlet Malaysia pertama mendapat pingat emas di kejohanan dunia Hong kong dalam acara keirin dan menerima baju rainbow sebagai tanda kemenangan.

Azizul bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam kelayakan keirin Lelaki, beliau telah hilang kelayakan kerana berbasikal mendahului motosikal derny yang digunakan sebagai pacer sebelum ia meninggalkan trek. Ketua jurulatih trek kebangsaan John Beasley menyifatkan ia satu kesilapan besar, dan berkata: "Peraturannya jelas dan kami berada lebih daripada satu jarak di hadapan dan ia tidak memberi saya ruang untuk berhujah mengenainya.

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan pada 5 Januari 1988 di Dungun, Terengganu, dan merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil. Azizul melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan.

Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas beliau mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Kerjaya

sunting

Pencapaian terbesar Azizulhasni ialah memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017[3] dan pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Brazil dalam acara keirin. Antara pencapaian beliau yang lain ialah memenangi pingat perak pada dalam kategori pecut dan pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 dalam kategori keirin. Beliau dinamakan Sportsman Malaysia pada tahun 2009 dan 2010.

Pada Februari 2011, Azizul terlibat dalam kemalangan semasa perlawanan akhir acara keirin dalam Kejuaraan Dunia pertama di Manchester di mana dia mengalami kecederaan serius apabila 20 cm serpihan kayu menembusi kakinya. Dia diketepikan daripada Kejohanan Dunia tahun itu.

Pada Sukan Asia Tenggara 2017, Azizul berjaya ke tangga ke-111 untuk Malaysia kerana negara akhirnya mencapai sasaran pingat Sukan Sea keseluruhannya selepas memenangi kategori pecut lelaki di Velodrom Nasional di Nilai. Azizul juga pemain bendera untuk Malaysia pada Sukan Asia Tenggara 2017 bersama dua juara dunia juara Cheong Jun Hoong dan eksponen silat Mohd Al-Jufferi Jamari.

Isu dan kontroversi

sunting

Pada 25 Julai 2014, pelumba basikal Malaysia ini telah mengenakan sarung tangan bertulis 'Save Gaza' semasa Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, UK. Tindakan itu sebagai bersimpati dengan pembunuhan lebih 5000 rakyat Gaza di Palestin pada bulan Ramadan 2014. Dari segi sejarah, Kerajaan British menjadi punca membenarkan Yahudi dari Jerman dan Rusia membina sebuah penempatan kekal di Palestin pada 1948. Selepas diberi amaran, beliau meminta maaf.

Kehidupan peribadi

sunting

Dato' Azizul mengikuti sains sukan (Sarjana Muda Sukan Gerakan) di Universiti Victoria, Melbourne, Australia. Pada tahun 2015, beliau menjadi atlet bukan warga Australia yang pertama untuk menerima Anugerah Biru dari Universiti Victoria.

Beliau berkahwin dengan To' Puan Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010. Pasangan ini menetap di Melbourne bersama empat anak mereka, Amna Maryam dan Amna Khadeeja.

Dalam budaya masyhur

sunting

Beliau bakal dijayakan oleh pelakon Shaheizy Sam dalam filem biopik arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin bertajuk The Pocket Rocketman, yang diterbitkan oleh UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama syarikat pengurusan Azizulhasni, ThreeSixty Management.

Pencapaian

sunting

Track Cycling World Ranking

sunting
  • 2008/09 – Keirin pertama
  • 2010/11 – Keirin pertama

Kejohanan Dunia

sunting
  • 2009 –   Pecut
  • 2010 –   Keirin
  • 2015 –   Keirin
  • 2016 –   Keirin
  • 2017 –     Keirin
  • 2016 –   Keirin
  • 2020 –   Keirin

Anugerah dan pencapaian

sunting
  • Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) - Anugerah Atlet Terbaik 100Plus: 2009, 2017
  • Universiti Malaysia Terengganu - Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial

Penghargaan

sunting

Penghargaan Malaysia

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Mohd Azizulhasni Awang Diarkibkan 2 Oktober 2016 di Wayback Machine. sports-reference.com
  2. ^ "Athlete Biography – AWANG Mohd Azizulhasni". Beijing Olympics official website. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2008.
  3. ^ "Awang Azizulhasni revels in Malaysia's first world track gold". Eurosport. 13 April 2017. Dicapai pada 13 April 2017.