Wheely Willy
Wheely Willy (lahir kira-kira tahun 1991) ialah seekor anjing chihuahua paraplegik dari Long Beach, California yang menjadi seekor selebriti sebagai watak utama dua buah buku kanak-kanak yang jualan terlaris. Anjing ini sering muncul di khalayak awam mempromosikan perasaan saling memahami antara mereka yang mengalami kecacatan fizikal dengan mereka yang tidak. Selepas kemunculannya di network televisyen Animal Planet, anjing ini dikenali sebagai Wheely Willy.
Latar belakang
suntingWilly didapati terbiar di dalam sebuah kotak kadbod, mengalami cedera spina dan kerongkong yang dipotong. Willy dimasukkan ke sebuah hospital haiwan untuk dirawat, dan tinggal di sana selama setahun tanpa diangkat. Seorang pencinta haiwan, Deborah Turner, mengambil keputusan untuk membawa anjing ini balik, kerana jika anjing ini terus dibiarkan diri, anjing ini akan mengalami euthanasia, iaitu dibunuh.
Mula-mulanya Willy yang berat sebanyak 2 lbs (1 kg) ini perlu dibawa dengan tangan, tetapi Turner cuba beberapa kali untuk membenarkan anjing ini bergerak sendiri. Dia cuba mengikat belon helium pada sukuan belakang anjing ini dengan kejayaan sedikit.
Akhirnya, Turner tertarik dengan sebuah iklan kart K-9, sejenis kerusi roda yang direka untuk digunakan dengan gigi. Willy menyesuaikan diri dengan cara pergerakan ini dengan cepat; perasaan ingin tahu pada para pelanggan dan rakan-rakan Turner mengakibatkan liputan berita tempatan dan selepas itu menjadi terkenal antarabangsa.
Willy telah membuat lawatan antarabangsa, kebanyakannya ke hospital. Willy juga mengambil bahagian di acara-acara seperti Cystic Fibrosis Fun Walk dan Maraton Los Angeles.
Ketabahan dan perwatakan baik anjing ini sering disebut sebagai suatu inspirasi oleh orang yang menemuinya.
Bibliografi
sunting- Deborah Turner, Diana Mohler, authors; Rhonda McHugh, illustrator (1998). How Willy got his Wheels. ISBN 0-944875-54-8
- Deborah Turner, Diana Mohler, authors; Sue Ehrends, illustrator (2003). How Willy Got His Wings: The Further Adventures of Wheely Willy. ISBN 0-944875-88-2
- Colleen Needles, Kit Carlson, Kim Levin (2000). Working Dogs: Tales from Animal Planet's K-9 to 5 World. ISBN 1-56331-843-1
Pautan luar
sunting- Wheely Willy and Friends Diarkibkan 2009-02-16 di Wayback Machine laman web rasmi
- Creature Feature: Wheely Willy Diarkibkan 2005-04-11 di Wayback Machine rencana tentang Willy dan kemunculannya pada televisyen
- US chihuahua wows Japanese crowds Rencana Berita BBC tentang lawatan Willy ke Jepun