Kerusi roda
Kerusi roda ialah sejenis kerusi dengan roda yang digunakan bagi tujuan pergerakan seseorang yang tidak atau kurang berupaya berjalan akibat penyakit, kecederaan, umur tua serta kecacatan. Ini termasuk kecederaan pada saraf tunjang (paraplegia, hemiplegia dan quadriplegia), palsi serebrum, kecederaan otak, distrofi otot dan spina bifida.
Kerusi roda wujud dalam pelbagai jenis bergantung kepada keperluan pengguna. Ini termasuk pengubahsuaian pada tempat duduk, pengawalan serta penyesuaian bagi tujuan khas seperti dalam persekitaran sukan serta pantai. Pengelasan paling jelas ialah kerusi roda bermotor yang menggunakan bateri dan motor elektrik, dan jenis manual yang digerakkan oleh pengguna sendiri atau pembantu.[1]
Pautan luar
sunting- Takrifan kamus kerusi roda di Wikikamus
- Kategori berkenaan Kerusi roda di Wikimedia Commons
- ^ Butt, Muhammad Bilal (2020-01-22). "Disabled Sports: Sports wheelchairs a hope for disabled sportsman". Youth Press Pakistan. Youth Publishers (Which owns Pakistan Times). Dicapai pada 2022-02-19.