Wan Salim Wan Mohd Noor
Wan Salim bin Wan Mohd Noor ialah seorang agamawan Islam Malaysia. Beliau ialah Mufti Negeri Pulau Pinang sejak 2014[1].
Dato' Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor D.G.P.N., Ph.D | |
---|---|
Mufti Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 7 Jun 2014 – 30 Jun 2024 (10 tahun dan 23 hari) | |
Didahului oleh | Hassan Ahmad |
Digantikan oleh | Mohd Sukki Othman |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wan Salim bin Wan Mohd Noor 21 Januari 1944 Kampung Siputeh, Jitra, Kedah |
Anak | Wan Wardatul Amani Wan Salim, penyelidik angkasa. |
Latar belakang
suntingWan Salim dilahirkan di Kampung Siputeh, Jitra, Kedah pada 21 Januari 1944. Beliau memulakan pembelajaran rasmi di Sekolah Melayu Siputeh, Madrasah Nahdhah Hasanah, Melele dan Maktab Mahmud.[1] Kemudian beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti al-Azhar dan memperoleh ijazah sarjana muda Usuluddin pada 1965. Beliau turut memperoleh diploma pendidikan dari Universiti Ain Syams pada 1971. Di peringkat lebih tinggi, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti al-Azhar dan memperoleh Sarjana Usuluddin dalam Dakwah dan Kebudayaan Islam pada 1973. Kemudian beliau memperoleh ijazah kedoktoran Ph.D dari Universiti Edinburgh di United Kingdom pada 1988.[2]
Kerjaya
suntingWan Salim telah memulakan kerjaya sebagai guru sambilan di Maktab Mahmud Alor Setar pada 1962–1964. Beliau juga pernah menjadi khatib dan imam di Dewan Malaysia, London. Sekembalinya dari Universiti al-Azhar, beliau menjadi pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri pada 1975–1980 sebelum menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau berkhidmat di USM sehingga dilantik sebagai profesor madya dan bersara pada 2001. Beliau seterusnya berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, serta Universiti Muhammadiyah Malang, Indonesia.
Dalam pada itu, beliau juga dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dari 2004 dan dilantik sebagai Mufti Negeri Pulau Pinang pada 7 Jun 2014.[3]
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Pulau Pinang
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) - Dato' (2014)
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Dato' Seri (2018)[4]
Rujukan
sunting- ^ a b "Biodata Dato Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor". Dicapai pada 2024-03-07.
- ^ "Profil Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang". Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Dicapai pada 8 Mac 2024.
- ^ "P.Pinang Tidak Halang Tazkirah Antara Solat Tarawih - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2014-06-23. Dicapai pada 2024-03-08.
- ^ "Laman Web Rasmi Jabatan Mufti - Sekalung Tahniah kepada Dato' Seri Dr. Wan Salim bin Wan Mohd. Noor". mufti.penang.gov.my. Dicapai pada 2024-03-08.