Mohd Sukki Othman

ahli akademik Malaysia

Sahibus Samahah Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman ialah seorang ahli akademik dan agamawan Malaysia. Beliau terlibat dalam pentadbiran agama Islam di Malaysia terutama di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah melibatkan bidang tafsir dan akidah Islam. Beliau dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang bermula 1 Julai 2024.[1]

Sahibus Samahah Profesor Madya Dato' Dr.

Mohd Sukki Othman

DSPN (Pulau Pinang); PhD (Malaya)
Mufti Pulau Pinang ke-9
Memegang jawatan
1 Julai 2024
Didahului olehWan Salim Wan Mohd Noor
Butiran peribadi
Lahir1974 (umur 49–50)
Kampung Jarak Atas, Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanAhli akademik, pakar syariah Islam

Kehidupan awal

sunting

Mohd Sukki dilahirkan pada 1974 di Kampung Jarak Atas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Kepala Batas hingga 1991. Usai sekolah menengah, beliau menyambung pengajian di Universiti Yarmuk, Jordan sehingga 1996 dalam pengajian sarjana muda bahasa Arab dan Syariah. Kemudian beliau menyambung pengajian dalam sarjana pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi hingga 2001, sebelum mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang i'jaz al-Quran dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 2011. Beliau juga memperoleh Diploma Penterjemahan Profesional dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 2006.

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Threads". www.threads.net. Dicapai pada 2024-06-30.
  2. ^ "Kit Siang dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat PP". Berita Harian. 26 Julai 2024. Dicapai pada 26 Julai 2024.