Wan Roslan Wan Hamat

Wan Roslan bin Wan Hamat (lahir 20 Jun 1966) merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) di bawah bekas Menteri Besar, Ahmad Yakob dan Menteri Besar kini, Mohd Nassuruddin Daud. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Pengkalan Kubor sejak Mei 2018. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen parti pemerintah Perikatan Nasional (PN).

Wan Roslan Wan Hamat
وان رسلان وان حامد
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Menyandang jawatan
2023
(Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi)
RajaSultan Muhammad V
Menteri BesarMohd Nassuruddin Daud
Kawasan pilihan rayaPengkalan Kubor
Dalam jawatan
2018 – 2023
(Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan)
RajaSultan Muhammad V
Menteri BesarAhmad Yakob
Kawasan pilihan rayaPengkalan Kubor
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Pengkalan Kubor
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehMat Razi Mat Ail
(BN-UMNO)
Majoriti1,579 (2018)
6,040 (2023)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan
2018–2020Parti Islam Se-Malaysia
2020–Perikatan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir (1966-06-20) 20 Jun 1966 (umur 58)
MalaysiaKelantan Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
Muafakat Nasional (MN)
Gagasan Sejahtera (GS)
PasanganWan Norihan Wan Abdul Rahman
(k. ?; meninggal dunia 2022)
Nurfariza Mhd Hassan (k. 2023)
PekerjaanAhli politik

Kehidupan peribadi

sunting

Pada 16 Julai 2022 jam 6.55pm, isteri Wan Roslan, Wan Norihan Wan Abdul Rahman meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian dengan usia 54 tahun. Anas Karimi Ahmad, pegawai khas kepada Wan Roslan mengesahkan dan menjelaskan perkara itu pada hari yang sama. Menurut Anas Karimi, Wan Norihan menghidap penyakit jantung dan hanya menjalani pintasan koronari di sebuah hospital swasta tidak lama dahulu. Sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu, Wan Norihan mengalami masalah cecair dalam paru-paru dan berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta selama 26 hari sebelum dipindahkan ke HUSM. Beliau turut memaklumkan Wan Norihan akan dikebumikan di Kampung Kutan pada waktu malam pada hari yang sama.[1]

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Kelantan[2][3]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 N01 Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat (PAS) 10,142 49.99% Mat Razi Mat Ali (UMNO) 8,563 42.21% 20,649 1,579 75.9%
Wan Rosdi Mat Rasik (PKR) 1,583 7.8%
2023 Wan Roslan Wan Hamat (PAS) 14,043 63.7% Zulkifli Abdullah (UMNO) 8,003 36.3% 22,241 6,040 61.01%

Anugerah dan pengiktirafan

sunting
  •   Kelantan
    •   Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK) - (2022)
    •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) – Dato' (2024)[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Wife of Pengkalan Kubor assemblyman passes away". The Star. 16 Julai 2022. Dicapai pada 16 Julai 2022.
  2. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  3. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  4. ^ "Anwar heads Kelantan sultan's birthday honours list". www.freemalaysiatoday.com. 29 September 2024.