Wan Azizah Wan Ismail
Dato' Seri Dr. Hajah Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail (Jawi: وان عزيزه بنت وان اسماعيل; lahir 3 Disember 1952) merupakan ahli politik dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.[1] Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020 dan kini merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak , selepas senarai Kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan politik tertinggi di Malaysia. Di peringkat parti, beliau ialah Presiden Pakatan Harapan.
Wan Azizah Wan Ismail | |
---|---|
وان عزيزه بنت وان اسماعيل | |
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-10 | |
Menyandang jawatan 24 November 2022 | |
Didahului oleh | Datin Seri Muhaini Zainal Abidin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P124 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Kamarudin Jaffar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P100 Pandan, Selangor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Rafizi Ramli |
Digantikan oleh | Rafizi Ramli |
Majoriti | 52,543 (2018) |
Presiden Pakatan Harapan | |
Menyandang jawatan 22 September 2015 | |
Timbalan |
|
Pengerusi | Anwar Ibrahim (2020-) Mahathir Mohamad (2017-2020) |
Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat | |
Menyandang jawatan 17 November 2018 | |
Timbalan | Belum dilantik |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Majoriti | Menang tanpa bertanding |
Timbalan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Didahului oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 24 Februari 2020 | |
Timbalan | Hannah Yeoh Tseow Suan |
Didahului oleh | Rohani Abdul Karim |
Digantikan oleh | Rina Mohd Harun |
Presiden Parti Keadilan Rakyat | |
Dalam jawatan 4 April 1999 – 2008 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim |
Dalam jawatan 2015 – 16 November 2018 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim |
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mei 2015 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Mohd Najib bin Abdul Razak |
Didahului oleh | Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Ahmad Zahid Hamidi |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 31 Julai 2008 | |
Raja | Tuanku Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | Abdullah bin Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Lim Kit Siang |
Digantikan oleh | Anwar Ibrahim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 8 Mei 2015 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Nurul Izzah Anwar |
Majoriti | 8,841 (2015) |
Dalam jawatan 29 November 1999 – 28 Ogos 2008 | |
Didahului oleh | Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Anwar Ibrahim |
Majoriti | 9,077 (1999) 590 (2004) 13,388 (2008) |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk N25 Kajang | |
Dalam jawatan 7 April 2014 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Lee Chin Cheh |
Digantikan oleh | Hee Loy Sian |
Majoriti | 5,379 (2014) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau,Tanah Jajahan Singapura (kini Republik Singapura) | 3 Disember 1952
Parti politik | Parti Keadilan Nasional (1999-2003) PKR (2003-kini) |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2008) Pakatan Rakyat (2008-2016) Pakatan Hadapan (2016-kini) |
Pasangan | Dato Seri Anwar Ibrahim (k. 1980) |
Anak | Nurul Izzah Anwar Nurul Hana Anwar Nurul Nuha Anwar Mohd Ihsan Anwar Nurul Iman Anwar Nurul Ilham Anwar |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Royal College of Surgeon, Ireland |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor Perubatan |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah awam | Senarai |
Wan Azizah sebelum ini juga pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008, dan kemudiannya dari Mei 2015 hingga Mei 2018, sebelum beliau mengosongkan kedua-dua jawatan tersebut mempercepatkan kepulangan suaminya Anwar Ibrahim ke pejabat politik.
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura,[2] yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaya (kini Semenanjung Malaysia). Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Datin Seri DiRaja) Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Nicholas Convent, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban.[3] Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang doktor perubatan. Di universiti, beliau menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones.
Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjayanya pada 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.[4][5]
Keluarga
suntingBeliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.[6] Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 26 Februari 1980. Mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.[7]
Bapanya, Dato’ Dr. Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.
Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya ialah profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur. Ketika ibu bapanya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.
Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir semasa Anwar masih meringkuk di Penjara Sungai Buloh. Ketika itu, Anwar memakai nombor baju bernombor 28/98. Selepas merayu, Anwar dbenarkan keluar daripada penjara untuk menjadi wali anaknya. Perkara yang sama berlaku apabila Ihsan berkahwin dengan Syaheedah. Anwar telah dibebaskan pada 2 September 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kerjaya politik
suntingParti Keadilan Nasional
suntingSelepas suaminya, Datuk Seri Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Datin Seri Wan Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999 dan memegang jawatan sebagai presidennya.[8]
Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015.
Ahli Parlimen
suntingBeliau menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.
Pada 8 Mac 2008, Wan Azizah sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga ialah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.
Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.[9][10]
Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan telah dihukum penjara selama 5 tahun. Ini memyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. Pada 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari BN, Shabudin Yahya dan dua orang calon bebas (kedua-duanya hilang deposit).
Pilihan raya Mac 2008
suntingWan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dengan majoriti 13,388.[11] Beliau disokong oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengetuai pembangkang di rumah parlimen, Dewan Rakyat.
Dengan pengumuman awam oleh Anwar Ibrahim berhubung hasratnya untuk kembali ke politik aktif walaupun di sisi undang-undang dihalang daripada berbuat demikian,[12] Wan Azizah menunjukkan kesediaannya untuk mengosongkan kedudukan presiden parti jika beliau dipilih.[13] Bagaimanapun, beliau juga telah menyatakan bahawa dia bercadang untuk mempertahankan kerusi Parlimennya untuk Permatang Pauh.[14] Beliau meletak jawatan kerusi parlimennya untuk Permatang Pauh pada 31 Julai 2008, untuk memberi laluan kepada suaminya, yang memenangi pilihan raya kecilnya pada 26 Ogos 2008 dengan majoriti besar.
Gelaran kehormat
suntingWan Azizah diberi penghormatan sempena hari ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 12 Julai 2008 apabila beliau dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri, suatu perintah pangkat kedua di negeri ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk Seri.[15][16]
Ijazah Kehormat
suntingWan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISELkali ke-17 2023 pada 9 September 2023 yang disampaikan oleh Canselor UNISEL, Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj di UNISEL Kampus Bestari Jaya.[1]
Krisis politik Selangor 2014
suntingPada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang.[17] Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut.[18] Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.[19]
Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015
suntingPilihan raya kecil telah diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh pada 7 Mei 2015,[20] selepas suami Wan Azizah Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan daripada memegang kerusi tersebut setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat dalam perbicaraan kontroversi.[21] Wan Azizah bertanding bagi kerusi itu menentang tiga calon lain,[22] mengekalkannya untuk PR dengan majoriti 8,841 undian.[23]
Pilihan raya 2018
suntingPada pilihan raya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[24] Ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Mahathir untuk berkhidmat sebagai interim jika dipilih, meminta pengampunan untuk Anwar dan membuka jalan baginya untuk mengambil alih.[25] Ada pula yang membuat spekulasi bahawa Wan Azizah yang akan memberi laluan kepada suaminya.[26]
Pengguguran sebagai Timbalan Perdana Menteri
suntingPada 24 Februari 2020, Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menerima peletakan jawatan tersebut tetapi melantik semula beliau sebagai Perdana Menteri Interim. Baginda telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Tun Dr Mahathir. Perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri. Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh peletakan jawatan.[27]
Galeri
sunting-
Bersalaman dengan Shri Narenda Modi
-
Menerima kunjungan hormat daripada Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Permatang Pauh | Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan) | 23,820 | 61.77% | Ibrahim Saad (UMNO) | 14,743 | 38.23% | 39,210 | 9,077 | 78.95% | ||
2004 | Wan Azizah Wan Ismail (PKR) | 21,737 | 50.47% | Pirdaus Ismail (UMNO) | 21,147 | 49.1% | 43,734 | 590 | 80.93% | |||
2008 | Wan Azizah Wan Ismail (PKR) | 30,338 | 64.1% | Pirdaus Ismail (UMNO) | 16,950 | 35.81% | 47,442 | 13,388 | 81.17% | |||
2015 | Wan Azizah Wan Ismail (PKR) | 30,316 | 57.09% | Suhaimi Sabudin (UMNO) | 21,475 | 40.44% | 53,102 | 8,841 | 74.53% | |||
2018 | Pandan | Wan Azizah Wan Ismail (PKR) | 64,733 | 75.47 % | Leong Kok Wee (MCA) | 12,190 | 14.21% | 85,774 | 52,543 | % | ||
Mohamed Sukri Omar (PAS) | 8,336 | 9.72% | ||||||||||
Jenice Lee Ying Ha (PRM) | 442 | 0.52% | ||||||||||
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz (BEBAS) | 73 | 0.08% |
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2014 | Kajang | Wan Azizah Wan Ismail (PKR) | 16,741 | 59.6% | Chew Mei Fun (MCA) | 11,362 | 40.4% | 28,314 | 5,379 | 72% |
Anugerah
sunting- Pulau Pinang :
- Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) - Dato' Seri (2008) [28]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Malaysia PM Mahathir Mohamad appointed education minister in new cabinet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-17. Dicapai pada 2018-10-28.
- ^ Habibu, Sira; Rahim, Rahimy (3 September 2014). "Party lists PKR president and deputy for Selangor MB post". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. Dicapai pada 3 September 2014.
- ^ P Ramakrishnan (8 May 1999). "In Desperate Straits". Aliran.com.
- ^ Parti Keadilan Rakyat: Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Diarkibkan 2007-02-26 di Wayback Machine
- ^ Asiaweek : A Woman of Grace
- ^ Habibu, Sira; Rahim, Rahimy (3 September 2014). "Party lists PKR president and deputy for Selangor MB post". The Star. Petaling Jaya, Malaysia. Dicapai pada 3 September 2014.
- ^ P Ramakrishnan (8 May 1999). "In Desperate Straits". Aliran.com.
- ^ Parti Keadilan Rakyat: Background & History Diarkibkan 2007-02-24 di Wayback Machine
- ^ Permatang Pauh: Presiden letak jawatan, Anwar tanding Diarkibkan 2016-03-09 di Wayback Machine, Suara KeADILan online
- ^ Wan Azizah Kosongkan Kerusi Permatang Pauh Untuk Beri Laluan Kepada Anwar, Bernama
- ^ Malaysian General Election 2008: Results for Permatang Pauh Diarkibkan 19 September 2009 di Wayback Machine
- ^ Radio Australia: MALAYSIA: Anwar Ibrahim to make political comeback
- ^ Daily Express: Wan Azizah agrees to make way for Anwar Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine
- ^ Malaysiakini : She's ready to make way for hubby
- ^ "CJ and Dr Wan Azizah top Penang awards list". The Star. Star Publications (M) Bhd. 10 July 2008. Dicapai pada 12 July 2008.
- ^ "Darjah Panglima Pangkuan Negeri". Penang State Government Portal. Government of the State of Penang, Malaysia. Dicapai pada 12 July 2008.
- ^ Wan Azizah to replace Anwar in Kajang
- ^ Anwar Ibrahim sentenced to five years' prison after Malaysia's court of appeal overturns sodomy acquittal - Australia Network News (Australian Broadcasting Corporation) 9 Mac 2014
- ^ http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/khalid-ibrahim-dipecat-1.306231
- ^ "Four cornered fight in Permatang Pauh by-election". The Star (Malaysia). 25 April 2015.
- ^ "Anwar no longer Permatang Pauh MP". The Malaysian Insider. 1 April 2015.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2018-04-16.
- ^ "Official: PKR retains Pmtg Pauh, smaller majority". Malaysiakini. 7 May 2015.
- ^ Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pagi ini.
- ^ Kee Beng, Ooi (8 January 2018). "Commentary: Why the opposition has a shot at toppling the Barisan Nasional with Mahathir at the helm". Channel News Asia. Dicapai pada 12 January 2018.
- ^ Kamarudin, Raja Petra (9 January 2018). "RPK asks: Is Dr Mahathir the interim PM or is Wan Azizah the interim DPM?". New Straits Times. Dicapai pada 12 January 2018.
- ^ "Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan". Astro Awani. 24 Februari 2020.
- ^ Wan Azizah terima gelaran Dato' Seri
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wan Azizah Wan Ismail |
- Asia Week: A Woman of Grace
- Majlis Pimpinan Pusat @ Parti Keadilan Rakyat
- Wan Azizah Wan Ismail di Facebook
Jawatan parti politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jawatan digugurkan |
Presiden Parti Keadilan Rakyat 1999–kini |
Pemegang jawatan kini |
Pemimpin Pakatan Rakyat 2008 |
Diikuti oleh: Anwar Ibrahim | |
Kerusi dewan | ||
Didahului oleh Anwar Ibrahim |
Ahli Dewan Rakyat untuk Permatang Pauh 1999–2008 |
Diikuti oleh: Anwar Ibrahim |
Ahli Dewan Rakyat untuk Permatang Pauh 2015–2018 |
Diikuti oleh: Nurul Izzah Anwar | |
Didahului oleh Rafizi Ramli |
Ahli Dewan Rakyat untuk Pandan 2018–kini |
Diikuti oleh: Penyandang |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Lim Kit Siang |
Ketua Pembangkang 2008 |
Diikuti oleh: Anwar Ibrahim |
Didahului oleh Anwar Ibrahim |
Ketua Pembangkang 2015–2018 |
Diikuti oleh: Ahmad Zahid Hamidi |