Walid bin Yazid
Walid bin Yazid atau al-Walid II ialah khalifah kesembilan Kerajaan Bani Umaiyah yang memerintah antara tahun 743 hingga tahun 744. Beliau mewarisi takhta daripada bapa saudaranya, Hisham bin Abdul Malik. Al-Walid hanya memerintah dalam masa setahun dua bulan sahaja kerana telah dibunuh dalam rampasan kuasa yang dipimpin sepupunya, Yazid.
Al-Walid bin Yazid الْوَلِيد بْنِ يَزِيد | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah kesebelas Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | 6 Februari 743 – 17 April 744 | ||||
Didahului oleh | Hisham | ||||
Diikuti oleh | Yazid III | ||||
Keputeraan | s. 709 al-Syam, Kerajaan Bani Umaiyah | ||||
Kemangkatan | 17 April 744 (umur 35) al-Syam | ||||
Pasangan | Atikah binti Uthman bin Muhammad | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Wangsa | Dinasti Umaiyah | ||||
Ayahanda | Yazid II | ||||
Bonda | Ummu al-Hajjaj binit Muhammad | ||||
Agama | Islam |
Pemerintahan
suntingSemasa pemerintahannya, al-Walid telah menambah gaji angkatan tentera kerana banyaknya harta baitul mal yang ditinggalkan khalifah sebelumnya, Hisyam. Beliau juga banyak membelanjakan harta baitul mal ke arah kemajuan masyarakat. Namun ketika pemerintahannyalah tercetus perpecahan dalam keluarga Abdul Malik. Beliau juga merosakkan hubungan dengan pihak Yaman yang merupakan perajurit terkuat di Khurasan. Hal ini telah mendorong berlakunya rampasan kuasa yang diketuai sepupunya, Yazid bin al-Walid pada awal tahun 744.
Al-Walid meninggal dunia akibat dibunuh dalam rampasan kuasa itu dan digantikan dengan Yazid. Kematiannya telah memecah belahkan lagi keluarga Bani Umaiyah dan seluruh kerajaannya.
Rujukan
sunting- Abdul Latif, Abdussyafi Muhammad. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Bani Umayyah. Pustaka Al-Kautsar. ISBN 9789795926689.
Walid bin Yazid Tarikh keputeraan: 709 Tarikh kemangkatan: 17 April 744
| ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh Hisham bin Abdul Malik |
Khalifah Islam Kerajaan Bani Umaiyah 6 Februari 743 – 17 April 744 |
Diikuti oleh: Yazid bin al-Walid |