Vaksin demam kuning

Vaksin demam kuning merupakan vaksin yang melindungi daripada demam kuning.[1] Demam kuning merupakan jangkitan virus yang berlaku di Afrika dan Amerika Selatan. Kira-kira 99% individu mendapat imuniti dalam tempoh satu bulan selepas pemvaksinan dan imuniti ini nampaknya kekal sepanjang hayat. Vaksin ini boleh digunakan untuk mengawal wabak penyakit demam kuning. Ia diberikan sama ada dengan suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.[1]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengimunisasi rutin di semua negara tempat penyakit ini biasa ditemui. Pengimunisasi biasanya perlu dilakukan semasa umur antara sembilan hingga dua belas bulan. Mereka yang berkunjung ke kawasan tempat penyakit ini berlaku juga perlu diimunkan.[1] Dos tambahan selepas dos pertama biasanya tidak diperlukan.[2]

Secara amnya, vaksin demam kuning adalah selamat. Ini termasuk bagi mereka yang menghidap jangkitan HIV tetapi tanpa simptom. Kesan sampingan yang sederhana mungkin melibatkan sakit kepala, sakit otot, sakit pada tempat suntikan, demam, dan ruam. Alergi yang teruk berlaku dalam kira-kira lapan sejuta dos, masalah neurologi yang serius berlaku dalam kira-kira empat sejuta dos, dan kegagalan organ berlaku dalam kira-kira tiga sejuta dos. Vaksin ini kemungkinan selamat digunakan semasa hamil dan oleh itu, ia disyorkan kepada mereka yang mungkin terdedah kepada penyakit ini.[1] Ia tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai fungsi imun yang sangat lemah.[3]

Vaksin demam kuning mula-mula digunakan pada tahun 1938.[4] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[5] Harga borong vaksin ini setakat tahun 2014 ialah antara 4.30 hingga 21.30 dolar Amerika sedos.[6] Di Amerika Syarikat, harganya ialah antara 50 hingga 100 dolar Amerika.[7] Vaksin ini diperbuat daripada virus demam kuning yang dilemahkan.[1]

References

sunting
  1. ^ a b c d e "Vaccines and vaccination against yellow fever. WHO position paper -- June 2013" (PDF). Releve epidemiologique hebdomadaire / Section d'hygiene du Secretariat de la Societe des Nations = Weekly epidemiological record / Health Section of the Secretariat of the League of Nations. 88 (27): 269–83. 5 July 2013. PMID 23909008.
  2. ^ Staples, JE; Bocchini JA, Jr; Rubin, L; Fischer, M; Centers for Disease Control and Prevention, (CDC) (19 June 2015). "Yellow Fever Vaccine Booster Doses: Recommendations of the Advisory Committee on Immunization Practices, 2015". MMWR. Morbidity and mortality weekly report. 64 (23): 647–50. PMID 26086636.
  3. ^ "Yellow Fever Vaccine". CDC. December 13, 2011. Dicapai pada 15 December 2015.
  4. ^ Norrby E (November 2007). "Yellow fever and Max Theiler: the only Nobel Prize for a virus vaccine". J. Exp. Med. 204 (12): 2779–84. doi:10.1084/jem.20072290. PMC 2118520. PMID 18039952.
  5. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF). World Health Organization. October 2013. Dicapai pada 22 April 2014.
  6. ^ "Vaccine, Yellow Fever". International Drug Price Indicator Guide. Dicapai pada 6 December 2015.
  7. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 318. ISBN 9781284057560.