Undang-undang ejen asing Rusia

Undang-undang ejen asing Rusia adalah suatu undang-undang di Rusia yang memerlukan pihak pertubuhan bukan untung, pertubuhan media, serta individu yang menerima dana asing, terlibat dalam "kegiatan siasah", kajian dan laporan mengenai jenayah, rasuah dan masalah-masalah lain dalam industri-industri ketenteraan, angkasa dan keselamatan untuk mendaftar dan mengisytiharkan diri mereka sebagai "ejen asing".[1][2]

Rang undang-undang (RUU) tersebut diperkenalkan pada Julai 2012 oleh pembuat dasar dari parti pemerintah Rusia Bersatu dan ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Vladimir Putin pada 20 Julai 2012.[3] Perundangan baharu itu merupakan siri pindaan terhadap undang-undang sedia ada seperti kanun jenayah dan undang-undang mengenai persatuan-persatuan awam, pertubuhan-pertubuhan bukan komersial dan memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.[4] Undang-undang tersebut berkuat kuasa pada November 2012 tetapi tidak dijalankan secara aktif sehinggalah Vladimir Putin mengarahkan pihak berkuasa untuk berbuat demikian semasa ucapan kepada Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan pada hari Valentine 2013, menukilkan:

"Sebarang campur tangan langsung dan tidak langsung dalam hal ehwal dalaman kita, sebarang bentuk tekanan terhadap Rusia, rakan sekutu dan rakan kongsi kita adalah tidak boleh diterima".[5][6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Roth, Andrew (1 Oktober 2021). "Russia extends 'foreign agents' law to critics of military and security". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Disember 2021.
  2. ^ "Russia Makes Covering Military Corruption News Grounds for 'Foreign Agent' Status". The Moscow Times (dalam bahasa Inggeris). 1 Oktober 2021. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  3. ^ "Автоматизированная система обеспечения законодательной деятельности (Legislation online archive)". Законопроект № 102766-6 (Rang undang-undang No. 102766-6). Dicapai pada 1 Jun 2013.
  4. ^ "Fact Sheet: Russian NGO Laws" (PDF). Freedom House (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Sonne, Paul (25 Mac 2013). "Russia Raids Amnesty International". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 1 Jun 2013.
  6. ^ Elder, Miriam (27 Mac 2013). "Russia raids human rights groups in crackdown on 'foreign agents'". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). London. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 1 Jun 2013.
  7. ^ "Putin Warns Against Foreign 'Interference' at FSB Meeting". The Moscow Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Jun 2013.