Ular Tedung

(Dilencongkan daripada Ular tedung)


Ular Tedung (Jawi: اولر تدوڠ) adalah ular berbisa beberapa genus dari keluarga Elapidae. Ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di Asia dan Afrika. Ular tedung membunuh mangsa mereka, biasanya burung dan tikus kecil, dengan menyuntik neurotoksin melalui taring berliang mereka. Ular Tedung Selar terkenal kerana makan ular yang lain; ia makan hampir sepenuhnya ular yang lain, walaupun ular berbisa (ofiofagi). Ular tedung sembur juga mampu melemahkan mangsa dengan menyembur bisa pada mata mangsa. Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan. Ular tedung hitam terdapat di India Utara dan dianggap sub-spesies ular tedung.

Ular Tedung
frames
Pengelasan saintifik

Sifat ular tedung yang paling dikenali adalah hud, kepingan kulit dan otot di belakang kepala yang boleh dikembangkan, kemungkinannya bertujuan menjadikan dirinya kelihatan lebih besar dan mengerunkan kepada pemangsa. Pemangsa ular tedung termasuk cerpelai dan sesetengah burung pemangsa.

"Cobra" adalah is istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari perkataan Latin akhir *colobra (bagi klasik coluber, colubra). Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan pada abad ke 16, mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" = "ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh bahasa Sepanyol, Perancis, Inggeris, dan bahasa Eropah lain.

Ular tedung merupakan simbol Hindu yang penting.

Ular digelar "tedung"

sunting

Cobra yang bukan tedung

sunting

Sungguhpun digelar Cobra (dalam bahasa Inggeris), ular berikut tidak dikelaskan sebagai cobra dan tidak termasuk genus Naja.

Pautan luar

sunting