Ular sawa batik
Ular sawa batik (Malayopython reticulatus sin. Python reticulatus)[3], juga dikenali sebagai ular sawa rendam,[4] ialah satu spesies ular sawa yang ditemui di Asia Tenggara. Yang dewasa boleh tumbuh mencecah 6.95 m (22.8 ka) panjangnya[5] tetapi lazimnya tumbuh hingga purata 3–6 m (10–20 kaki). Inilah spesies ular dan reptilia yang terpanjang di dunia, tetapi bukanlah yang paling besar badan. Seperti semua ular sawa, ular sawa rendam merupakan penjerut dan biasanya tidak dianggap berbahaya kepada manusia. Walaupun spesimen besar cukup kuat untuk membunuh manusia dewasa, namun serangan terhadap manusia agak jarang.
Ular sawa batik | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. reticulatus
|
Nama binomial | |
Python reticulatus | |
Sinonim | |
Nama spesifiknya, reticulatus, dalam bahasa Latin bermaksud "seakan jaring", atau berselirat, dan memaksudkan corak warnanya yang kompleks.[6]
Keterangan
suntingSpesies ini merupakan ular terbesar yang asli di Asia. Secara amnya, ular sawa rendam dengan kepanjangan melebihi 6 m (20 ka) agak jarang, namun menurut Guinness Book of World Records, inilah satu-satunya ular masih wujud yang sering mencecah kepanjangan itu.[7] Salah seekor spesimen yang paling panjang ukuran saintifiknya, iaitu dari Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia, diukur dalam keadaan anestesia pada 6.95 m (22.8 ka) dan ditimbang pada 59 kg (130 lb) setelah tiga bulan tanpa makan.[5] Widely
Corak warnanya merupakan corak geometri kompleks yang menerapkan berbagai-bagai warna. Bahagian belakangnya lazimnya mempunyai serantaian bentuk-bentuk daiman yang tidak sekata, diapit oleh tanda-tanda kecil yang berpusat terang. Oleh sebab spesies ini luas tertabur, maka sudah tentu terdapat banyak kelainan dari segi saiz, warna dan corak.
Ular sawa yang dipamerkan dalam zoo biarpun kelihatan menyilau warna kulitnya, tetapi dalam persekitaran hutan yang berbayang-bayang di tengah-tengah daun gugur dan puing, corak kulitnya membolehkan ular ini menjadi seakan-akan halimunan. Inilah yang dinamakan pewarnaan disruptif yang melindungi ular ini daripada pemangsa sambil membantunya menangkap mangsa.[8]
Taburan geografi
suntingUlar sawa rendam ditemui di Asia Tenggara mulai Kepulauan Nicobar, India timur laut, Bangladesh, Burma, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Malaysia dan Singapura, timur melalui Indonesia dan Kepulauan Indo-Australia (Sumatra, Kepulauan Mentawa, Kepulauan Natuna, Borneo, Sulawesi,Jawa, Lombok, Sumbawa, Sumba, Flores, Timor, Maluku, Tanimbar) dan Filipina (Basilan, Bohol, Cebu, Leyte, Luzon, Mindanao, Mindoro, Negros, Palawan, Panay, Polillo, Samar, Tawi-Tawi). [2]
Tiga subspesies telah diusulkan,[9] tetapi tidak diiktiraf dalam Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu (ITIS). Warna dan saiznya mungkin banyak bezanya antara subspesies-subspesies yang diperikan. Lokasi geografi ialah petua yang baik dalam memantapkan subspesies kerana setiap satunya ada taburan geografi yang berbeza.
Habitat
suntingUlar sawa rendam tinggal di hutan hujan, hutan jarang, dan padang rumput yang berdekatan. Ular ini juga dikaitkan dengan sungai dan dijumpai di kawasan-kawasan yang dekat dengan anak sungai dan tasik. Sebagai perenang yang mahir, ular sawa ini turut dilaporkan wujud di tengah-tengah laut dan oleh itu menduduki banyak pulau kecil dalam julatnya.[8] Pada awal abad ke-20, adalah dikatakan bahawa ular sawa turut dijumpai di kawasan-kawasan yang sibuk di Bangkok, kadang-kadang memakan haiwan peliharaan.[10]
Pemakanan
suntingMakanan semula jadi ular ini termasuk mamalia dan adakalanya burung. Spesimen-spesimen kecil sepanjang 3–4 m (10–14 kaki) makan terutamanya rodensia seperti tikus, manakala individu yang lebih tinggi beralih kepada mangsa-mangsa besar seperti musang, binturung, mawas dan babi. Dekat petempatan manusia, ular ini diketahui adakalanya merampas ayam, kucing dan anjing yang merayau-rayau. Antara mangsa terbesar yang didokumenkan dengan lengkap ialah seekor beruang madu separa lapar yang seberat 23 kilogram yang dimakan oleh spesimen berukuran 6.95 m (23 kaki) dan memakan sepuluh minggu untuk habis dihadam, di samping babi-babi yang beratnya melebihi 60 kg (132 lb).[11] Kebiasaannya, ular-ular ini kelihatan mampu menelan mangsa sebanyak ¼ panjangnya, dan sehingga sama beratnya.[12] Seperti ular-ular sawa yang lain, ular sawa rendam lazimnya merupakan pemburu hendap yang menunggu hingga mangsa muncul di dalam julat serangan sebelum menangkapnya dengan lingkaran lalu menjerutnya hingga mati. Bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya satu kes yang dilaporkan tentang seekor ular sawa yang memasuki pondok hutan dan merampas seorang kanak-kanak.[13]
Pembiakan
suntingUlar betina mengeluarkan 15 hingga 80 biji telur dalam sekali. Pada suhu eraman terbaik sekitar 31–32 °C (88–90 °F), telur-telur ini memakan masa 88 hari untuk menetas.[14] Anak yang baru menetas tidak kurang 2 kaki (61 cm) panjangnya.[10]
Taksonomi
suntingTiga subspesies mungkin ditemui, termasuk yang baru:
- P. r. reticulatus, Schneider (1801) – Dipanggil "retik" dalam bidang penternakan ular.
- P. r. jampeanus, Auliya et al. (2002) – Ular sawa kerdil Kayaudi atau retik Jampea, sekitar separuh panjangnya,[14] atau menurut Auliya et al. (2002), tidak menjangkau kepanjangan 2 m.[9] Ditemui di Tanahjampea di Kepulauan Selayar di selatan Sulawesi. Bersaudara rapat dengan P. r. reticulatus di Kepulauan Nusa Tenggara.[9]
- P. r. saputrai, Auliya et al. (2002) – ular sawa Selayer atau retik Selayer. Ditemui di Pulau Selayar di Kepulauan Selayar dan juga Sulawesi yang berdekatan. Subspesies ini mewakili keturunan beradik kepada semua populasi ular sawa rendam lain yang diuji.[9] Menurut Auliya et al. (2002) ia tidak mencecah kepanjangan 4 m.[9]
Rujukan
sunting- ^ ITIS (Integrated Taxonomic Information System). www.itis.gov.
- ^ a b McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, vol. 1. Herpetologists' League. 511 pp. ISBN 1-893777-00-6 (series). ISBN 1-893777-01-4 (volume).
- ^ Journal of Bioscience, Volumes 15-16, Universiti Sains Malaysia, 2004 - Life sciences
- ^ "Python reticulatus". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 12 September 2007.
- ^ a b Fredriksson, G. M. (2005). "Predation on Sun Bears by Reticulated Python in East Kalimantan, Indonesian Borneo". Raffles Bulletin of Zoology. 53 (1): 165–168.
- ^ Gotch AF. 1986. Reptiles – Their Latin Names Explained. Poole, UK: Blandford Press. ISBN 0-7137-1704-1.
- ^ Wood, Gerald (1983). The Guinness Book of Animal Facts and Feats. ISBN 978-0-85112-235-9.
- ^ a b Mehrtens JM. 1987. Living Snakes of the World in Color. New York: Sterling Publishers. 480 pp. ISBN 0-8069-6460-X.
- ^ a b c d e Auliya, M. (2002-04-09). "Review of the reticulated python (Python reticulatus Schneider, 1801) with the description of new subspecies from Indonesia". Naturwissenschaften. 89 (5): 201–213. doi:10.1007/s00114-002-0320-4. Dicapai pada 2012-04-08. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)[pautan mati kekal] - ^ a b Stidworthy J. 1974. Snakes of the World. Grosset & Dunlap Inc. 160 pp. ISBN 0-448-11856-4.
- ^ Shine R, Harlow PS, Keogh JS, Boeadi NI. (1998). The influence of sex and body size on food habits of a giant tropical snake, Python reticulatus. Functional Ecology12:248–258.
- ^ Fredriksson, Gabriella M. (2005). "Predation on Sun Bears by Reticulated Python in East Kalimantan, Indonesian Borneo" (PDF). Raffles Bulletin of Zoology. 53 (1): 165–168. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-08-11. Dicapai pada 2012-12-22.
- ^ Headland, T. N.; Greene, H. W. (2011). "Hunter–gatherers and other primates as prey, predators, and competitors of snakes". Proceedings of the National Academy of Sciences. 108 (52): E1470. doi:10.1073/pnas.1115116108.
- ^ a b Mattison, Christopher (1999): Snake. DK Publishing. ISBN 0-7894-4660-X.
Bacaan lanjut
sunting- Auliya, M.A. (2003): Taxonomy, Life History and Conservation of Giant Reptiles in West Kalimantan. Ph.D. thesis, University of Bonn.
- Auliya, M.A.; Mausfeld, P.; Schmitz, A. & Böhme, W. (2002): Review of the reticulated python (Python reticulatus Schneider, 1801 [sic]) with the description of new subspecies from Indonesia. Naturwissenschaften 89(5): 201–213.doi:10.1007/s00114-002-0320-4 (HTML abstract, electronic supplement available to subscribers)
- Raven, H.C. (1946): Adventures in python country. Natural History 55: 38–41.
- Shine R, Ambariyanto, Harlow PS, Mumpuni. Reticulated pythons in Sumatra: biology, harvesting and sustainability. Biol. conserv. ISSN 0006-3207. Abstract at CAT.INIST. Accessed 12 September 2007.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Ular sawa batik. |
- Reticulated python life history Diarkibkan 2019-08-27 di Wayback Machine atReticulatedpython.info . Accessed 7 November 2009
- Python reticulatus at ReptileExpert.org. Accessed 22 August 2011.
- Reticulated python atAnswers.com. Accessed 12 September 2007.
- Study of man-eating snakes: Snakes are predators on, prey of, and competitors with primates Cornell Chronicle Online. Accessed 22 December 2011.