Fahrenheit
Penukaran dari | kepada | Formula |
---|---|---|
Fahrenheit | Celsius | °C = (°F – 32) / 1.8 |
Celsius | Fahrenheit | °F = °C × 1.8 + 32 |
Fahrenheit | Kelvin | K = (°F – 32) / 1.8 + 273.15 |
Kelvin | Fahrenheit | °F = (K – 273.15) × 1.8 + 32 |
Fahrenheit | Rankine | °R = °F + 459.67 |
Formula penukaran lain Kalkulator penukaran untuk unit suhu * Thermometer technology & sensor Neoncis |
Fahrenheit ([fah.rĕn.hait], Jawi: فهرنهاءيت ) ialah skala suhu yang dinamakan sempena ahli fizik Jerman Daniel Gabriel Fahrenheit (1686–1736) yang mencadangkan penggunannya pada 1724.

Negara yang menggunakan Fahrenheit.
Negara yang menggunakan Fahrenheit dan Celsius.
Negara yang menggunakan Celsius.
Menurut skala ini, takat beku air ialah 32 darjah Fahrenheit (yang ditulis "32 °F"), dan takat didih ialah 212 darjah. Ini memberi 180 darjah di antara dua takat tersebut. Maka unit skala ini, 1 darjah Fahrenheit ialah 5/9 dari 1 darjah Kelvin (yang juga bersamaan 1 darjah Celsius), dan 32 darjah Fahrenheit bersamaan 0 darjah Celsius (atau juga -40 darjah Fahrenheit bersamaan -40 darjah Celsius). Skala ini biasa digunakan di Amerika Syarikat. )