Ukraine

negara berdaulat di Eropah timur
(Dilencongkan daripada Ukraina)

Ukraine[3] (Jawi: اوكراينا; Bahasa Ukraine: Україна /ukraina/) merupakan sebuah negara di Eropah Timur. Ia bersempadan dengan Rusia di belah timur, Belarus di belah utara, Poland, Slovakia dan Hungary di belah barat, Romania dan Moldova di belah tenggara, dan Laut Hitam dan Laut Azov di sebelah selatannya. Bandar Kyiv merupakan ibukota negara ini.

Ukraine
اوكراينـى
Україна
Ukraina
Bendera Ukraine
Jata Ukraine
Bendera Jata
Lagu kebangsaanЩе не вмерла України ні слава, ні воля  (Bahasa Ukraine)
Shche ne vmerla Ukrayiny ni slava, ni volya  (transliterasi)
Takkan mati kegemilangan dan kebebasan Ukraine
Kedudukan Ukraine (jingga) di Eropah (putih)
Kedudukan Ukraine (jingga) di Eropah (putih)
Ibu negaraKyiv
Bandar terbesarKyiv, Kharkiv, Odesa
Bahasa rasmiBahasa Ukraine
KerajaanSistem separa-presiden
• Presiden
Volodymyr Zelensky (Володимир Зеленський)
Denys Shmyhal (Денис Шмигаль)
Kemerdekaan 
24 Ogos 1991
1 Disember 1991
• Keputusan akhir
25 Disember 1991
Keluasan
• Jumlah
603,628 km2 (233,062 bt2) (44)
• Perairan (%)
7%
Populasi
• Perkiraan 2019
44,912,520 (29)
• Bancian Penduduk 2001
48,457,102
78/km2 (202.0/sq mi) (115)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$497.751 bilion (48)
$11,082 (77)
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$186.71 bilion (62)
$4,157 (111)
Gini (2018)negative increase 26.1[1]
rendah · ke-18
HDI (2018) 0.750[2]
tinggi
Mata wangHryvnia
(UAH)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan+380
Kod ISO 3166UA
DPT internet.ua

Sejarah negara ini bermula dengan kedatangan puak Slav Timur. Semenjak sekurang-kurangnya abad ke-9, jajahan Ukraine merupakan pusat medieval tamadun Slav Timur membentuk negara Kievan Rus, yang berpecah pada abad ke-12. Dari abad ke-14 seterusnya, jajahan Ukraine di bahagi kepada beberapa kuasa region dan menjelang abad ke-19 bahagian Ukraine terbesar dimasukkan kedalam Empayar Rusia dangan bakinya di bawah pengawalan Empayar Austro-Hungary. Selepas tempoh kacau bilau perperangan yang berterusan dan beberapa percubaan mendapatkan kemerdekaan (1917–1921) selepas Revolusi Rusia 1917 dan Perang Dunia Pertama, Ukraine muncul pada tahun 1922 sebagai salah satu negara yang mengasaskan republik Soviet Union. Kawasan Republik Ukrainian Socialist Soviet diperbesarkan ke arah barat tidak lama sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, dan sekali lagi pada 1954 dengan penaklukan Krimea. Pada tahun 1945, Ukrainian SSR menjadi salah satu ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[4] Ukraine mencapai kemerdekaan sekali lagi selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Ini memulakan tempoh peralihan ke ekonomi pasaran, di mana Ukraine mengalami lapan tahun berturut kejatuhan ekonomi.[5] Tetapi semenjak awal abad ini, ekonominya mengalami peningkatan stabil, dengan kadar pertumbuhan GDP sebenar purata sekitar tujuh peratus setahun.[5]

Ukraine merupakan negara gabungan terdiri dari 24 oblast (jajahan), satu republik memerintah sendiri (Crimea), dan dua bandar dengan status khas: ibu negaranya Kyiv, dan Sevastopol yang menempatkan Armada Laut Hitam Rusia di bawah suatu perjanjian sewaan.[6] Ukraine merupakan republik di bawah sistem separuh-president dengan badan legislatif, badan exekutif, dan perhakiman yang berasingan. Menjelang akhir 2004, negara ini mengalami perubahan semula perlembagaan yang besar yang menukar imbangan kuasa dikalangan parlimen, perdana menteri, kabinet, juga hubungan mereka dengan Presiden Ukraine.

Penamaan

sunting

Beberapa hipotesis yang berlainan pernah dikemukakan mengenai asal-usul perkataan Ukraine. Menurut hipotesis yang lebih lama dan paling tersebar luas, Ukraine bererti "tanah perbatasan",[7] sementara itu kajian-kajian kebahasaan yang lebih baharu mengemukakan makna yang berbeza: "pertiwi" atau "wilayah, negara".[8]

Sejarah

sunting

Zaman pascakemerdekaan

sunting

Pihak parlimen Ukraine mengguna pakai Pengisytiharan Kedaulatan Ukraine pada 16 Julai 1990. Akta Kemerdekaan Ukraine pula ditubuhkan pada 24 Ogos 1991. Referendum penerimaan kemerdekaan dan pilihan raya presiden dilaksanakan pada 1 Disember dengan lebih 90% menyokong Akta Kemerdekaan, dan Leonid Kravchuk dipilih sebagai Presiden Ukraine pertama. Pada 1994, Leonid Kuchma pula memegang jawatan presiden selepas memenangi pilihan raya presiden pada tahun itu.

Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, ekonomi Ukraine mengalami kemerosotan sepanjang 1990-an; keluaran dalam negara kasar (KDNK) Ukraine jatuh sebanyak 60% dari 1991 hingga 1999. Namun begitu, keadaan ekonomi mula bertambah baik menjelang akhir dekad, dan keadaan ekonomi negara bertambah baik pada 2000-an.

Revolusi Oren dan Euromaidan

sunting

Pada 2004, Perdana Menteri pada masa itu, Viktor Yanukovych memenangi pilihan raya presiden, tetapi pilihan raya tersebut dianggap bermasalah oleh Mahkamah Agung.[9] Hal ini membawa kepada kebangkitan rakyat di bawah calon pembangkang Viktor Yushchenko yang kemudian didapati diracun.[10] Perkara-perkara ini menyebabkan berlakunya Revolusi Oren yang membawa kepada pelantikan Yushcenko sebagai presiden dan Yanukovych menjadi ketua pembangkang.[11] Yanukovych menjadi Perdana Menteri semula pada 2006, dan menjadi Presiden Ukraine pada 2010.[12]

Mulai akhir 2013, protes Euromaidan ("dataran Eropah") mula muncul disebabkan oleh tindakan Yanukovych yang dilihat mula lebih memihak kepada Rusia berbanding Kesatuan Eropah,[13] menyebabkan pihak pro-Eropah mula mengadakan tunjuk perasaan.[14] Namun begitu, pihak pro-Rusia di timur Ukraine pula membantah Euromaidan dan menunjukkan sokongan kepada Yanukovych.[15] Siri protes memuncak pada Januari 2015, dan pihak parlimen negara bertindak mengusir Yanukovych pada bulan seterusnya.[16] Sebuah pilihan raya diadakan pada 25 Mac dan dimenangi oleh calon pro-Eropah, Petro Poroshenko.[17][18] Poroshenko dilantik secara rasmi pada 7 Jun.[19]

Konfrontasi dengan Rusia

sunting

Pengusiran Yanukovych juga menyebabkan Presiden Rusia Vladimir Putin mula melakukan langkah-langkah untuk memasukkan Crimea ke dalam Rusia. Putin menggunakan kuasa tenteranya di Sevastopol untuk mengawal Crimea dan mengadakan sebuah pungutan suara berkenaan sokongan rakyat Crimea untuk memasuki Rusia. 97% pengundi dikatakan menyokong kemasukan tersebut dan sebuah perjanjian kemasukan ke dalam Persekutuan Rusia telah diadakan pada 18 Mac 2014. Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan sebuah resolusi yang menolak referendum tersebut dan mengisytiharkan kedudukan Crimea di bawah Ukraine.

Pada musim bunga 2021, Rusia mula membina kekuatan tentera di sepanjang sempadannya dengan Ukraine. Pada 22 Februari 2022, Vladimir Putin mengarahkan pasukan tentera Rusia memasuki republik Ukraine yang memisahkan diri iaitu Donetsk dan Luhansk, menggelar akta itu sebagai "misi menjaga keamanan". Putin juga secara rasmi mengiktiraf Donetsk dan Luhansk sebagai negara berdaulat, bebas sepenuhnya daripada pemerintah Ukraine.[20][21]

Pada awal pagi 24 Februari 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan "operasi ketenteraan khas" untuk memusnahkan Ukraine. Kemudian pada hari itu, kerajaan Ukraine mengumumkan bahawa Rusia telah menguasai Chernobyl.[22]

Geografi

sunting
 
Sungai Dnieper di Oblast Dnipropetrovsk.

Dengan keluasan 603,628 kilometer persegi dan garis pantai sepanjang 2,782 kilometer, Ukraine adalah negara ke-46 terbesar dunia. Ukraine ialah negara Eropah terluas, dan wilayah kedua terbesar Eropah selepas Rusia Eropah. Ukraine terletak di antara latitud 44° dengan 53° U, dan longitud 22° dengan 41° T.

Kebanyakan wilayah Ukraine merupakan daerah aliran sungai Dnieper, sungai ketiga terpanjang di Eropah setelah sungai Volga dan Danube. Daerah aliran sungai Dnieper mencakupi wilayah seluas 518,000 km2. Lebih daripada 20,000 tasik kecil wujud di Ukraine dengan jumlah keluasan mencapai 18,139 km2. Tasik terbesar di Ukraine ialah bendungan sungai Dnieper, manakala tasik alamiah terbesar adalah Tasik Yalpuh.

Sebahagian besar Ukraine termasuk zon iklim sederhana, dengan pengecualian pada pesisir selatan Crimea yang tergolong dalam iklim subtropika.[23] Iklim ini dipengaruhi oleh udara yang lembap dan agak panas yang berasal dari Lautan Atlantik.[24] Suhu tahunan rata-rata berkisar antara 5.5° - 7.0 °C di utara, dan 11.0 - 13.0 °C di selatan.[24] Taburan hujan tidak tersebar secara sekata; taburan tertinggi berada di barat dan utara, sedangkan taburan adalah rendah di timur dan tenggara.[24] Kawasan barat Ukraine, khususnya di Pergunungan Karpatos, menerima kira-kira 1,200 milimeter taburan hujan setahun, sedangkan Crimea dan kawasan pesisir Laut Hitam menerima kira-kira 400 milimeter.[24]

Politik

sunting

Ukraine ialah sebuah republik di bawah sistem separa-presiden campuran separa parlimen dengan cawangan perundangan, eksekutif dan kehakiman yang berasingan.

Perlembagaan Ukraine

sunting

Ukraine ialah sebuah republik campuran semiparlimen dan oleh itu, bersistem semipresiden dengan bidang legislatif, eksekutif, dan kehakiman yang terpisah. Presiden Ukraine bertindak sebagai ketua negara dan dipilih setiap lima tahun melalui pilihan raya.[25] Verkhovna Rada ialah parlimen negara, yakni badan perundangan ekadewan negara dengan 450 kerusi yang diketuai Perdana Menteri dan bertanggungjawab membentuk kabinet menteri,[26][27] meskipun Presiden masih berkuasa dalam melantik menteri luar negeri dan pertahanan dengan persetujuan ahli parlimen.

Pada 21 Februari 2014 perjanjian antara Presiden Viktor Yanukovych dan pemimpin pembangkang menyaksikan negara itu kembali kepada Perlembagaan 2004. Perjanjian bersejarah itu, yang diuruskan oleh Kesatuan Eropah, mengikuti bantahan Euromaidan yang bermula pada penghujung November 2013 dan memuncak dalam pertempuran ganas selama seminggu yang mengakibatkan puluhan penunjuk perasaan terbunuh. Selain mengembalikan negara kepada Perlembagaan 2004, perjanjian itu memperuntukkan pembentukan pemerintah campuran, pemanggilan pilihan raya awal, dan pembebasan bekas Perdana Menteri Yulia Tymoshenko dari penjara.[28] Sehari selepas persetujuan itu dicapai, parlimen Ukraine memecat Yanukovych dan melantik yang di-pertuanya Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara[29] dan Arseniy Yatsenyuk sebagai Perdana Menteri Ukraine.[30]

Presiden, parlimen dan pemerintah

sunting
   
Volodymyr Zelensky
Presiden
Denys Shmyhal
Perdana Menteri

Presiden dipilih melalui undi popular untuk tempoh lima tahun dan merupakan ketua negara rasmi.[31] Cawangan perundangan Ukraine termasuk parlimen unicameral dengan 450 kerusi, Verkhovna Rada.[32] Parlimen bertanggungjawab terutamanya untuk pembentukan cawangan eksekutif dan Kabinet Menteri, yang diketuai oleh Perdana Menteri.[33] Presiden mengekalkan kuasa untuk mencalonkan menteri hal ehwal luar negeri dan pertahanan untuk kelulusan parlimen, serta kuasa untuk melantik Ketua Pendakwa Raya dan ketua Perkhidmatan Keselamatan.

Pembahagian pentadbiran

sunting

Sistem pembahagian pentadbiran Ukraine adalah berdasarkan taraf Ukraine sebagai negara kesatuan. Ukraine memiliki 27 buah kawasan (termasuk Sevastopol dan Crimea), iaitu 24 buah oblast, satu wilayah berautonomi (Crimea) dan dua bandar bertaraf khas, ibu negara, Kyiv/Kiev dan Sevastopol. Senarai oblast di Ukraine adalah seperti di bawah:

Oblast
Republik berautonomi Bandar-bandar dengan status istimewa

Ekonomi

sunting

Nilai KDNK negara ialah $150.401 bilion (nominal, anggaran 2019) dan $380.545 bilion (pariti kuasa beli, anggaran 2020).[34][35] Hryvnia ialah mata wang rasmi negara sejak 1996, tetapi kini tidak digunakan di Crimea. Pada 2017, kira-kira 60% KDNK negara datang daripada sumber perkhidmatan, 28.6% pula daripada sektor perindustrian dan selebihnya daripada sektor pertanian.[36] Pada zaman Soviet, Ukraine memiliki ekonomi kedua terbesar dalam kalangan negara tanggungan Soviet dan menjadi pusat perindustrian dan pertanian utama dalam ekonomi terancang Soviet.

Ukraine ialah pengeluar minyak bunga matahari terbesar dunia[37] serta penghasil gula dan gandum utama global. Sektor perlombongan galian ialah salah satu sektor-sektor utama negara.

Demografi

sunting

Jumlah populasi negara (tidak termasuk Sevastopol dan Crimea) setakat 1 Disember 2019 ialah 41,922,670 orang.[38] Ukraine kini mengalami masalah penurunan penduduk sejak pembubaran Kesatuan Soviet; puncak jumlah penduduk Ukraine ialah lebih kurang 51.9 juta orang pada 1993. Punca-punca lazim penurunan jumlah penduduk termasuk kadar kelahiran yang menurun serta kadar emigrasi yang tinggi, biasanya disebabkan oleh taraf kehidupan dan kesihatan kesihatan di Ukraine yang rendah.[39][40] Kira-kira 67.2% penduduk Ukraine tinggal di kawasan bandar.[41]

Bahasa

sunting

Bahasa rasmi negara ialah bahasa Ukraine berdasarkan perlembagaan.[42] Bahasa Rusia pula sering ditutur di kawasan timur dan selatan Ukraine, dan mendapat pengiktirafan khas di Crimea.[42] Selain itu, bahasa Tatar Crimea juga ditutur serta mendapat pengiktirafan di kawasan itu.[43]

Laporan pada 2018 menyatakan kira-kira 67.3% masyarakat Ukraine menganuti Gereja Ortodoks Timur manakala Kristian Katolik Yunani merupakan agama kedua terbesar dalam masyarakat negara (9.4% penduduk).[44] 1.9% penduduk Ukraine menuruti Protestan. 1.1% penduduk Ukraine adalah beragama Islam, dan lazimnya menetap di Donbass. 0.4% penduduk negara adalah beragama Yahudi manakala 0.2% lagi beragama Hindu.[45]

Prasarana

sunting

Pendidikan

sunting
 
Bangunan Universiti Kiev.

Perlembagaan negara menjanjikan pendidikan percuma kepada semua rakyat negara, dan pendidikan wajib adalah dijamin hingga tahap menengah.[46] Kadar celik huruf negara ialah 99.4% dengan punca utama ialah penekanan pihak Soviet terhadap capaian pendidikan yang menyeluruh.[36] Murid-murid Ukraine akan diberi pendidikan selama 12 tahun di sekolah, yakni empat tahun di peringkat rendah, lima tahun di peringkat menengah bawah dan tiga tahun di peringkat menengah atas. Ukraine kini memiliki lebih 800 buah institut pengajian tinggi.[47]

Pengangkutan

sunting

Panjang jalan raya berturap di Ukraine ialah 164,732 km.[36] Panjang landasan kereta api di seluruh negara pula ialah 22,473 km. Ukraine ialah salah satu negara-negara pengguna pengangkutan rel terbanyak di dunia.[48] Pelabuhan Odessa ialah pelabuhan laut utama negara yang menguruskan perkhidmatan feri ke negara-negara jiran seperti Turki dan Bulgaria.

Kebudayaan

sunting

Kebudayaan Ukraine banyak dipengaruhi oleh Gereja Ortodoks yang menjadi agama utama negara ini.[49] Peranan jantina juga lebih bersifat tradisional, dan datuk nenek memainkan peranan lebih besar dalam membesarkan anak-anak jika dibandingkan dengan Barat.[50] Budaya Ukraine juga dipengaruhi oleh masyarakat negara jiran di barat dan timur, dan tercermin dalam bidang seni bina, musik, dan seni.[51]

Rujukan

sunting
  1. ^ "GINI index (World Bank estimate) - Ukraine". data.worldbank.org. Bank Dunia. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  2. ^ "Ukraine: Human Development Indicators 2019". United Nations Development Programme. 2019. Dicapai pada 25 December 2019.
  3. ^ [yu.krai.na] (Jawi: اوكراينا), digunakan terutamanya di Indonesia
  4. ^ "List of Member States". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 2007-12-16.
  5. ^ a b [1]"Macroeconomic Indicators". Bank Kebangsaan Ukraine. Dicapai pada 2007-12-16.
  6. ^ Subtelny, Orest (2000). Ukraine: A History. University of Toronto Press. m/s. p. 600. ISBN 0-8020-8390-0. |pages= has extra text (bantuan)
  7. ^ Stay informed today and every day (5 Februari 2014). "Linguistic divides: Johnson: Is there a single Ukraine?". The Economist. Dicapai pada 12 Mei 2014. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  8. ^ Hryhoriy Pivtorak. Походження українців, росіян, білорусів та їхніх мов [The origin of Ukrainians, Russians, Belarusians and their languages] (dalam bahasa Ukraine). Dicapai pada 21 Oktober 2015.
  9. ^ "The Supreme Court findings" (dalam bahasa Ukraine). Supreme Court of Ukraine. 3 Disember 2004. Dicapai pada 7 Julai 2008.
  10. ^ "Associated Press: Study: Dioxin that poisoned Yushchenko made in lab".
  11. ^ "Ukraine-Independent Ukraine". Encyclopædia Britannica (fee required) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  12. ^ Ukraine election: Yanukovych urges Tymoshenko to quit, BBC News (10 Februari 2010)
  13. ^ "Q&A: Stand-off in Ukraine over EU agreement". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2013. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ "Ukraine Radicals Steer Violence as Nationalist Zeal Grows" (dalam bahasa Inggeris). Bloomberg News. 11 February 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  15. ^ Lina Kushch (3 Disember 2013). "Donetsk view: Ukraine 'other half' resents Kiev protests". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  16. ^ Keating, Dave (25 Februari 2014). "Ukraine sets date for presidential election" (dalam bahasa Inggeris). Europeanvoice.com. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  17. ^ Keating, Dave (25 Februari 2014). "Ukraine sets date for presidential election" (dalam bahasa Inggeris). Europeanvoice.com. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  18. ^ David M. Herszenhorn (24 Mei 2014). "Election of President Seen as a Beginning to Repairing Ukraine" (dalam bahasa Inggeris). NYT. Dicapai pada 12 Januari 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  19. ^ Adam Taylor (28 Januari 2014). "Why Ukraine Is So Important". Business Insider (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2014. Dicapai pada 29 Mei 2014.
  20. ^ Simmons, Ann; Trofimov, Yaroslav; Luxmoore, Matthew (22 Februari 2022). "Putin Orders Deployment of Troops to Breakaway Regions in Ukraine". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Moscow, Kyiv, dan London. ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2022-02-24.
  21. ^ Nichols, Michelle; Pamuk, Humeyra (2022-02-22). "U.S. slams Russian 'peacekeepers' in Ukraine as 'nonsense'". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-24.
  22. ^ "Ukraine reclaims key military airport; Russian troops seize Chernobyl". UPI. Dicapai pada 2022-02-25.
  23. ^ "Ukraine". Country Pasture/Forage Resource Profiles. Food and Agriculture Organization. Dicapai pada 8 August 2016.
  24. ^ a b c d "Ukraine – Climate". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Oktober 2015.
  25. ^ "General Articles about Ukraine". Government Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2008. Dicapai pada 24 Disember 2007.
  26. ^ "Verkhovna Rada of Ukraine". Verkhovna Rada of Ukraine Official Web-site. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2007. Dicapai pada 24 Disember 2007.
  27. ^ "Constitution of Ukraine". Wikisource. Dicapai pada 24 Disember 2007.
  28. ^ "President Yanukovych and Ukraine opposition sign early poll deal". europesun.com (dalam bahasa Inggeris). 21 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2014.
  29. ^ "Ukraine: Speaker Oleksandr Turchynov named interim president". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Kyiv. 23 Februari 2014. Dicapai pada 6 April 2016.
  30. ^ Salem, Harriet (4 Mac 2014). "Who exactly is governing Ukraine?". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 April 2016.
  31. ^ "General Articles about Ukraine". Government Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2008. Dicapai pada 24 Disember 2007.
  32. ^ "Verkhovna Rada of Ukraine". Laman Sesawang Rasmi Verkhovna Rada Ukraine. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2007. Dicapai pada 24 Disember 2007.
  33. ^ "Constitution of Ukraine". Wikisource. Dicapai pada 24 Disember 2007. Unknown parameter |langiage= ignored (bantuan)
  34. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 16 Oktober 2019.
  35. ^ "World Economic Outlook Database, April 2020". IMF.org (dalam bahasa Inggeris). Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 18 April 2020.
  36. ^ a b c "The World Factbook". CIA.gov. Agensi Perisikan Pusat. Dicapai pada 23 Mac 2019.
  37. ^ German expert: Sunflower oil grows in price in Ukraine due to its low world reserves Diarkibkan 23 Julai 2011 di Wayback Machine [UkrAgroConsult - BlackSeaGrain]
  38. ^ "Population (by estimate) as of December 1, 2019. Average annual populations January-November 2019: Excluding the temporarily occupied territories of the Autonomous Republic of Crimea, and the city of Sevastopol". State Statistics Service of Ukraine. December 2019. Dicapai pada February 16, 2020.
  39. ^ Peterson, Nolan (26 February 2017). "Why Is Ukraine's Population Shrinking?". Newsweek. Dicapai pada 9 July 2019.
  40. ^ "Population". State Statistics Service of Ukraine. Dicapai pada 9 July 2019.
  41. ^ "Ukraine – Statistics". United Nations Children's Fund (UNICEF). Dicapai pada 7 January 2008.
  42. ^ a b Serhy Yekelchyk Ukraine: Birth of a Modern Nation, Oxford University Press (2007), ISBN 978-0-19-530546-3
  43. ^ "National structure of the population of Autonomous Republic of Crimea". Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2007. Dicapai pada 4 December 2007., 2001 Ukrainian Census. Retrieved 27 January 2008.
  44. ^ Особливості Релігійного І Церковно-Релігійного Самовизначення Українських Громадян: Тенденції 2010-2018 [Features of Religious and Church - Religious Self-Determination of Ukrainian Citizens: Trends 2010-2018] (pdf) (dalam bahasa Ukraine), Kiev: Razumkov Center dengan All-Ukrainian Council of Churches, 22 April 2018, m/s. 12, 13, 16, 31, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2018-04-26 - Tidak termasuk Crimea, Donetsk dan Luhansk.
  45. ^ Релігія, Церква, суспільство і держава: два роки після Майдану [Religion, Church, Society and State: Two Years after Maidan] (PDF) (dalam bahasa Ukraine), Kiev: Razumkov Center dengan All-Ukrainian Council of Churches, 26 Mei 2016, m/s. 22, 27, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 April 2017, dicapai pada 7 Januari 2019
  46. ^ "Constitution of Ukraine, Chapter 2, Article 53. Adopted at the Fifth Session of the Verkhovna Rada of Ukraine on 28 June 1996". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 1997.
  47. ^ "Educational system in Ukraine". Outsourcing-ukraine.org. 14 October 2011. Dicapai pada 26 January 2014.
  48. ^ "Transportation in Ukraine". U.S. Government Printing Office. Dicapai pada 22 December 2007.
  49. ^ "State Department of Ukraine on Religious". 2003 Statistical report (dalam bahasa Ukraine). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2004. Dicapai pada 27 Januari 2008.
  50. ^ Lysenko, Tatiana (2014). The Price of Freedom. Lulu Publishing Services. m/s. 4. ISBN 978-1483405759.
  51. ^ "Culture in Ukraine | By Ukraine Channel". ukraine.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mac 2018.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting