Tutup bumi, tapak sulaiman atau tapak liman (nama saintifik: Elephantopus scaber[1][2]) spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae; ia terdapat di hutan-hutan montane lembap subtropika dan tropika Afrika, tenggara dan selatan Asia termasuk anak benua India serta utara benua Australia.[3][4][5][6][7][8][9]

Tutup bumi
Daun-daun tapak liman menjambak
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. scaber
Nama binomial
Elephantopus scaber
Sinonim
  • Asterocephalus cochinchinensis Soreng
  • Scabiosa cochinchinensis Lour.

Penamaan

sunting

Nama "tapak sulaiman" serta "tapak liman" datang dari kepercayaan orang Melayu dahulu bahawa tumbuhan ini bekas tapak nabi Sulaiman yang memerangkap jin dalam tanah.[10] Nama tersebut turut diberikan kepada suatu haiwan tepi laut banyak lengan[11] kerana penampilan yang agak sama.

Tumbuhan ini turut diberi nama tapak babi di Singapura.[11][12]

Botani

sunting

Pokok tutup bumi sejenis herba mampu tumbuh setinggi 30 hingga 60 sentimeter Daun-daunnya menjambak di muka tanah apabila matang setiap satunya berbentuk kebujuran dengan ukuran 5-10 sm panjang 1.2-3 sm lebar.[2]

Bunga yang dihasilkan halus kecil berwarna putih kejambuan.[2]

Kegunaan

sunting
 
Pokok tutup bumi di suatu taman

Dalam perubatan tradisional, ia digunakan bagi merawat penyakit demam kepialu. Ia digunakan sebagai ubat melawas kencing serta dibalut pada luka mengurangkan rasa sakit.[10]

Air rebusan akar atau daun boleh diminum membunuh cacing serta merawat batuk dan penyakit kelamin seperti keluarnya kekuningan dalam faraj.[10][2] Air rebusan akar segar dicampur sirih untuk melegakan tekak mengelakkan rasa mahu muntah, daunnya digunakan untuk merawat busung.[10]

Akar pokok boleh digunakan untuk merawat luka pada lembu.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Muhamad Zakaria; Mustafa Ali Mohd. Traditional Malay Medicinal Plants. Institut Terjemahan Negara Malaysia. m/s. 172. ISBN 978-983-068-385-0.
  2. ^ a b c d e Hwee Ling Koh; Tung Kian Chua; Chay Hoon Tan (2009). A Guide to Medicinal Plants: An Illustrated, Scientific and Medicinal Approach. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 61–62, 168. ISBN 978-981-283-709-7.
  3. ^ Flora of China, 地胆草 di dan cao Elephantopus scaber Linnaeus, Sp. Pl. 2: 814. 1753.
  4. ^ Atlas of Living Australia, Elephantopus scaber L.
  5. ^ Breedlove, D.E. 1986. Flora de Chiapas. Listados Florísticos de México 4: i–v, 1–246.
  6. ^ Humbert, H. 1960. Composées. Fl. Madagasc. 189: 198-199 description in French
  7. ^ Humbert, H. 1960. Composées. Fl. Madagasc. 189: plate I (1), figures 10-12 at right line drawings of Elephantopus scaber
  8. ^ Jeffrey, C. 1988. Notes on Compositae: V. The Vernonieae in East Tropical Africa. Kew Bulletin 43(2): 195–277.
  9. ^ Nelson, C. H. 2008. Catálogo de las Plantas Vasculares de Honduras 1–1576. Secretaria de Recursos Naturales y Ambiente, Tegucigalpa.
  10. ^ a b c d "Tumbuhan Ubatan: Tutup bumi". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 2021. Dicapai pada 8 September 2021.
  11. ^ a b Wilkinson, Richard James (1901). "tapak". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 150.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  12. ^ "babi", Wilkinson (1901), m/s. 73.

Pautan luar

sunting