Tuntung laut (nama saintifik: Batagur borneoensis; Inggeris: painted terrapin, saw-jawed terrapin)[4] ialah spesies kura-kura dalam keluarga Geoemydidae. Ia awalnya berada dalam genusnya tersendiri Callagur namun diulangkelaskan ke dalam. sejenis haiwan afimbia yang bercengkerang ke dalam genus Batagur.

Tuntung laut
Di Newport Aquarium, Newport, Kentucky
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Testudines
Suborder: Cryptodira
Superkeluarga: Testudinoidea
Keluarga: Geoemydidae
Genus: Batagur
Spesies:
B. borneoensis
Nama binomial
Batagur borneoensis
(Schlegel & Muller, 1844)
Sinonim[3]
  • Emys borneoensis Schlegel & Müller, 1845
  • Tetraonyx affinis Cantor, 1847
  • Batagur picta Gray, 1862
  • Clemmys borneoensis Strauch, 1862
  • Clemmys grayi Strauch, 1865
  • Callagur picta Gray, 1870
  • Cantorella affinis Gray, 1870
  • Kachuga major Gray, 1873
  • Tetraonyx pictus Theobald, 1876
  • Batagur borneensis Hubrecht, 1881 (ex errore)
  • Kachuga brookei Bartlett, 1895
  • Callagur borneoensis Smith, 1930
  • Callagur pictus Pritchard, 1967

Pembiakan

sunting

Tuntung laut biasanya bertelur di pantai berpasir berdekatan muara sungai. Tuntung jantan dewasa akan bertukar warna di sepanjang musim membiak. Bahagian atas kepalanya bertukar menjadi keputih-putihan dan tanda jalur merah menyala menjadi semakin jelas di antara mata.

Permukaan karapasnya pula pula akan mempunyai banyak tompok-tompok hitam besar.

Ciri-ciri fizikal

sunting

Saiz tuntung betina dewasa lebih besar daripada tuntung jantan. Ia mempunyai lima kuku pencakar di kaki renang hadapan. Panjang karapas tuntung betina boleh mencapai 50 sm manakala karapas tuntung jantan biasanya tidak mencapai lebih daripada 40 sm.

Pemeliharaan

sunting

Tuntung laut merupakan haiwan terpelihara di Malaysia dan pusat pemuliharaan tutung ditubuhkan di tempat yang dikenal pasti terdapat tutung bertelur seperti di sungai Perak.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ Shepherd, C.; Horne, B.D.; Guntoro, J.; Cota, M. (2021). "Batagur borneoensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T163458A1009824. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T163458A1009824.en. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 213–214. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012.
  4. ^ Batagur borneoensis. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/48617. [Didapat kembali 03 July 2023]
  5. ^ * (Inggeris) Bota Kanan Tuntung Centre.

Pautan luar

sunting