CITES
CITES (bahasa Inggeris: Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora , Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar, juga dikenali sebagai Konvensyen Washington) ialah perjanjian antara kerajaan-kerajaan antarabangsa yang dirangkakan hasil resolusi yang diterima di mesyuarat Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN) pada tahun 1973, bertujuan memastikan perdagangan spesimen-spesimen haiwan dan tumbuhan liar di peringkat antarabangsa tidak mengancam kemandirian hidupan-hidupan berkenaan. CITES mengurniakan perlindungan kepada 33,000 spesies haiwan dan tumbuhan. Untuk memastikan Perjanjian Am mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) tidak dilanggar, Setiausaha GATT telah dijemput untuk merundingkan proses perangkaan CITES.
Hanya satu spesies lindungan CITES, iaitu Burung Kakaktua Spix, sudah pupus di alam luar[1] akibat kegiatan perdagangan sejak Konvensyen ini dikuatkuasakan pada tahun 1975.