Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman

kerabat diraja Negeri Sembilan

Tunku Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman (lahir 2 Mei 1925 – meninggal 20 Ogos 2008 pada umur 83 tahun) ialah seorang ahli perniagaan dan politik di Malaysia yang merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Rawang pada 1964 hingga 1974. Beliau juga pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia pada 1966 hingga 1972. Beliau mengasaskan syarikat perniagaan Kumpulan Melewar pada 1963.[1]

Tan Sri
Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman
P.S.M., P.P.M.
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Rawang
Dalam jawatan
1964–1974
Didahului olehLiu Yoong Peng
Digantikan olehkawasan dibubarkan
Kumpulan parlimenParti Perikatan
Presiden Majlis Belia Malaysia
Dalam jawatan
1966–1972
Didahului olehSyed Kamaruddin Syed Bahaldin
Digantikan olehAnwar Ibrahim
Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan
Tempoh7 Julai 1961 - 20 Ogos 2008
Diikuti olehTunku Nadzaruddin
KeputeraanTunku Abdullah ibni Tuanku Abdul Rahman
(1925-05-02)2 Mei 1925
Kemangkatan20 Ogos 2008(2008-08-20) (umur 83)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor
Pemakaman20 Ogos 2008
Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan
Isteri
  • Tunku Zahara binti Tunku Zakaria (k. 1946–1958)
  • Cik Yah Zain binti Abdullah (k. 1959–1966)
  • Khadija binti Abdullah (k. 1966–1970)
  • Cik Engku Chesterina binti Abdullah (k. 1977–1991)
  • Cik Engku Maimuna binti Abdullah (k. 1991–1996)
  • Che Engku Rozita binti Ahmad Badaruddin (k. 1997–2008)
Anakanda
  • Tunku Iskandar
  • Tunku Marina Ashraf
  • Tunku Kamil Ikram
  • Tunku Ya'acob
  • Tunku Yahaya
  • Tunku Halim
  • Tunku Soraya Dakhlah
  • Tunku Muhammad Shah
  • Tunku Intan Kurshiah

Kehidupan

sunting

Tunku Abdullah diputerakan pada 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau ialah putera kedua Tuanku Abdul Rahman bersama permaisurinya, Che Engku Maimunah. Beliau ialah putera ketiga Tuanku Abdul Rahman selepas Tuanku Munawir dan Tuanku Jaafar.

Tunku Abdullah mengahwini Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin pada tahun 1959, Che Engku Khatijah pada tahun 1966, Che Engku Chesterina pada tahun 1973, Che Engku Maimunah pada tahun 1991 dan Che Engku Rozeeta pada tahun 1997. Perkahwinan baginda dikatakan perkahwinan muhibbah kerana mengahwini dua orang Melayu, seorang Cina, seorang Kaukasia, seorang Jepun dan seorang Eurasia. Ho Yuzin merupakan orang Cina manakala nama asal Che Khatijah ialah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha pula orang Eurasia dan nama Jepun Maimunah ialah Yuko Shima. Baginda mempunyai sembilan orang anak.

Tunku Abdullah menamatkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Glasgow dan mempunyai diploma dalam agrikultur dari Universiti Miyazaki di Jepun. Baginda pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun

Politik dan pilihan raya

sunting

Selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1964 di Parlimen Rawang dari 1964 hingga 1974. Beliau berusaha membawa balik Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke dalam UMNO melalui UMNO Rawang pimpinannya.Jika tidak kerana Tunku Abdullah, tidak mungkin Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Pada 1969, Dr Mahathir Mohamad dipecat dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman kerana mengedarkan surat-surat yang memburuk-burukkan Tunku.

Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.

Isu dan tengkarah

sunting

Melawat Israel

sunting

Selaku ahli perniagaan terkenal dan bertaraf antarabangsa, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah melawat negara Israel pada bulan Jun 1994. Berita lawatan ini disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak kerana pasport Malaysia melarang rakyatnya melawat Israel. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957.

Kemangkatan

sunting

Tunku Abdullah telah mangkat pada 20 Ogos 2008 di sebuah klinik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari London dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.[2]

Jenazah Tunku Abdullah tiba di bandar diraja Seri Menanti pada 4.45 petang dari kediamannya di Kuala Lumpur, kemudian disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti .Jenazah disemadikan bersebelahan makam kekandanya, Tuanku Munawir di Makam Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah pada pukul 6.45 petang.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Three buy big TDM stake". The Straits Times. 13 September 1985.
  2. ^ "Negri Sembilan's Tunku Abdullah passes away". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-21.