7 (nombor)

nombor asli
(Dilencongkan daripada Tujuh)

Tujuh (7, Jawi: توجوه) ialah nombor, angka atau glif bilangan keenam selepas satu (1). Ia merupakan nombor asli selepas 6 dan sebelum 8.

← 6 7 8 →
−1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Kardinaltujuh
Ordinalke-7
(ketujuh)
Sistem angkapertujuhan/septenari
Pemfaktoranperdana
Perdanake-4
Pembahagi1, 7
Angka RumiVII, vii
Awalan Sanskritasta-
Awalan Yunanihepta-/hept-
Awalan Latinseptua-
Perduaan1112
Pertigaan213
Kuarterner134
Perlimaan125
Perenaman116
Perlapanan78
Perduabelasan712
Perenambelasan716
Perduapuluhan720
Asas 36736
YunaniZ, ζ
bahasa Amhara
Arab, Kurdi, Parsi٧
Sindhi, Urdu۷
Bengali
Cina七, 柒
Devanāgarī
Telugu
Tamil
Ibraniז
Khmer
Thai
Kannada
Malayalam

Peristilahan

sunting

Perkataan tujuh dipercayai berkaitan dengan jari telunjuk yang sering dinampakkan bersama menambah dua dengan ibu jari "tertonjol secara tabii" pada satu tangan selain "sebelah tangan (lima) tergenggam" dalam mengira angka ini.[1]

Dalam matematik

sunting

Dalam sistem angka

sunting
Asas Sistem angka
2 Perduaan/binari 111
3 ternari 21
4 quaternari 13
5 quinari 12
6 senari 11
7 septenari 10
lebih 7 (perlapanan, perpuluhan, etc) 7

Dalam sistem perempatan, 7 ialah nombor perdana terkecil dengan jumlah komposit digit.

Senarai pengiraan asas

sunting
Penggandaan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 50 100 1000
  7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77 84 91 98 105 112 119 126 133 140 147 154 161 168 175 350 700 7000
Pembahagian 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15
  7 3.5   1.75 1.4   1 0.875   0.7
      0.5  
              1      
      2  
Eksponen 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
  7 49 343 2401 16807 117649 823543 5764801 40353607 282475249 1977326743 13841287201 96889010407
  1 128 2187 16384 78125 279936 823543 2097152 4782969 10000000 19487171 35831808 62748517
Radiks 1 5 10 15 20 25 30 40 50 60 70 80 90 100
110 120 130 140 150 200 250 500 1000 10000 100000 1000000
  1 5                        
                       

Dalam kepercayaan

sunting

Sesetengah agama samawi mempercayai tujuh hari sebagai tempoh dianggarkan Tuhan menciptakan segala alam semesta di mana Tuhan dipercayai "berehat" pada hari terakhir menurut Kitab Kejadian diimankan agama Yahudi dan agama Kristian;[2] hal ini dibandingkan dengan agama Islam yang menetapkan tempoh tersebut selama enam hari menurut al-Quran.[3]

  • Agama Yahudi paling mengutamakan perlambangan disebutkan dalam penceritaan kitab itu menjadikan Sabtu, hari ketujuh dalam seminggu sebagai hari khusus untuk beribadah yang diberi nama Shabbat. Suatu cagak lilin khas yang dipasangkan di sinagog iaitu menorah turut berkongsi perlambangan sama menepatkan tujuh batang lilin mengikut suatu penceritaan dalam Kitab Keluaran mengenai perbualan antara Musa dengan Tuhan.[4]
  • agama Islam menyatakan tujuh sebagai angka bilangan tujuh petala langit dan bumi diciptakan Allah serta bilangan fasa penciptaan manusia;[5] ia merupakan bilangan ditetapkan dalam amalan ibadat tertentu seperti tawaf mengelilingi Kaabah dan sa'i umrah haji serta pelontaran batu jamrah.[5]
  • agama Kristian mempercayai adanya tujuh maha dosa besar yang dicela dalam kitab mereka; barangan kudus yang dikenali dalam aliran Katolik turut diketahui berbilang tujuh. Cerita orang-orang yang tidur dalam gua selama berkurun-kurun (dikenali dalam Islam dengan nama Ashabul Kahfi) dari sudut pandang agama ini turut dikirakan tetap sebanyak tujuh orang.

Dalam agama Hindu, terdapat tujuh jenis titik tumpu dalam badan atau chakra yang dipercayai.[6]

Dalam agama Buddha, tujuh merupakan bilangan ciri yang dipercayai membawa kepada pencerahan atau "nirwana"[7]

Budaya

sunting

Nombor ini dianggap membawa tuah dalam masyarakat-masyarakat Barat.

Rujukan

sunting
  1. ^ Shaharir Mohamad Zain; Abdul Razak Salleh (2001). "Sistem Nombor dan Angka Melayu Berdasarkan Kajian Etimologi dan Penyukatan". Jurnal Bahasa. Universti Kebangsaan Malaysia. 1 (3): 423–443 – melalui MyJurnal.
  2. ^ Genesis 1:1–2:4, Oremus Bible Browser
  3. ^ Nashih Nashrullah (16 Julai 2020). "Penciptaan Alam Semesta dalam 6 Hari dan Isyarat Alquran". Republika. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  4. ^ Exodus 25:31-40, New International Version.
  5. ^ a b Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri (24 Mei 2016). "114: Rahsia Angka '7'". Irsyad Fatwa. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia.
  6. ^ Chakra: Religion, Encyclopaedia Britannica
  7. ^ O'Brien, Barbara (26 Ogos 2020). "The Seven Factors of Enlightenment". Learn Religions. Dicapai pada 1 Jun 2021.