Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah merupakan sebuah binaan bagi memperingat peristiwa pertempuran tentera Australia dan tentera penjajah Jepun yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua di sebuah jambatan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia diperbuat daripada marmar setinggi 8 kaki.
Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Monumen awam |
Lokasi | Sungai Kelamah, Negeri Sembilan, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 2°35′43.601″N 102°31′8.385″E |
Maklumat ketinggian | |
Tinggi | 8 kaki (2.4 m) |
Butiran teknikal | |
Bahan | Marmar |
Reka bentuk dan seni bina | |
Dikenali kerana | memperingati tentera dalam Pertempuran Jambatan Gemencheh semasa Perang Dunia Kedua |
sunting · sunting di Wikidata |
Lokasi
suntingTugu ini terletak di pinggir Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, bersebelahan jalan utama Gemas-Tampin. Kedudukannya terletak kira-kira 600 meter daripada jalan masuk ke FELDA Sungai Kelamah, dan 11 km daripada Pekan Gemas.
Peristiwa
suntingPertempuran Jambatan Gemencheh adalah satu pertempuran di antara askar-askar Australia dengan askar Jepun semasa Perang Dunia II. Semasa Pertempuran Malaya, satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari Batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan Gemencheh berhampiran Gemas. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar Australia bertembung dengan askar-askar Jepun. Kini jambatan tersebut dinamakan sebagai Jambatan Sungai Kelamah.
Galeri
sunting-
Pemandangan di Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah
-
Jambatan Sungai Kelamah yang baharu menghubungkan Tampin-Gemas menggantikan jambatan kayu yang telah musnah.