Pertempuran Muar adalah satu pertempuran yang berlaku di Muar semasa perang Dunia II di antara pasukan Tentera Australia dengan pasukan Tentera Jepun. Pertempuran ini adalah sebahagian daripada siri pertempuran-pertempuran semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Pertempuran Muar juga merupakan pertempuran besar terakhir semasa Kempen Malaya. Ia berlangsung antara 14 Januari hingga 22 Januari 1942 sekitar Jambatan Gemensah dan di Sungai Muar. Tentera pasukan Berikat, di bawah pemerintahan Mejar Jeneral Gordon Bennett, menyebabkan kehilangan jiwa yang teruk kepada pasukan Empayar Jepun. Pasukan Division Australia ke-8 membunuh lebih dari 700 tentera dari Division Pengawal Imperial Jepun dalam serangan hendap di jambatan ini.

Ini merupakan pertempuran pertama antara pasukan Jepun dan Australia dalam Pertempuran Malaya. Brigade Infantri ke-53 juga merupakan unit Britain pertama dan yang tunggal dari Division ke-18 yang bertempur dengan Jepun di Malaya.

Persediaan

sunting

Serangan hendap ini diperintah oleh ketua Komander Malaya, arahan Leftenan Jeneral Arthur Percival sendiri; dia merasakan bahawa serangan hendap merupakan cara bagi memerangi Jepun.[1] Pasukan pelbagai negara di bawah pimpinan Bennett, nama kod Westforce, ditetapkan bagi mempertahankan Muar.

Westforce mengambil kedudukan, melindungi sempadan dari gunung ke persisiran Selat melaka. Terdapat dua kawasan utama, dan keduanya dipecahkan lagi kepada sektor, yang jauh terpisah dan kebanyakannya disambung antaranya dengan komunikasi yang kurang baik.

Kawasan pertama adalah sekitar jalan utama dan landasan kereta api berhampiran Segamat. Tiga subsektor adalah:

  • (a) Kedua belah jalan dan landasan berhampiran Gemas. Disini, Brigade India ke-8 mempuat kubu pertahanan.
  • (b) Lebih di hadapan pada jalan yang sama, Brigade Australia ke-27. Mereka bertanggung jawab bagi peranan menyerang balas, dan telah bersedia serangan hendap beberapa batu di hadapan.
  • (c) Di sebelah kiri Brigad India ke-22 ditugaskan bagi mengawal laluan ke Segamat dari Melaka, yang mengelilingi kedua sisi Gunung Ledang.
 
Sarjen Charles Parsons dan kaki tangan meriamnya dengan meriam 2 paun (Ordnance QF 2 pounder). Mereka berjaya memusnahkan enam kereta kebal Jepun dari kedudukan ini.

Kawasan kedua adalah yang menyelitupi Persisiran Timur dan jalan selari dengannya sehingga Selat Johor. Ini mempunyai dua sektor, sebenernya selaras dengan tempat pertama tetapi mempunyai perhubungan kurang baik. Pertahanan kawasan ini diberikan kepada Brigade India ke-45, disokong oleh satu bateri artileri lapangan. Ia termasuk pelabuhan Muar, dan menjulur 30 batu ke hutan kearah Segamat, sepanjang sungai Muar yang berliku-liku, yang tebingnya dipenuhi tumbuhan tebal. Di atas perintah Jeneral Benett, dua dari batalion itu diletakkan sepanjang baris sungai, yang memisahkan mereka, sementara yang ketiga bertindak sebagai simpanan aktif di persisiran pantai.

Sekumpulan dari Batalion Australia 2/30 berkubu dan menyembunyikan diri mereka di sebelah Jambatan Gemensah, yang menyemberangi sungai, sebagai sebahagian serangan hendap.Jambatan itu sendiri telah dipasang letupan, dan satu bateri artileri lapangan menduduki kawasan tanah tinggi dibelakang infantry dari mana ia dapat mengawal kemaraan musuh mendekati jambatan. Batalion ini, yang paling banyak berjaya membunuh musuh di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel Frederick Galleghan, digelar Black Jack.

Pertempuran Jambatan Gemencheh

sunting
 
Jambatan Gemensah (kedudukan tengah) pada 1945.

Serangan hendap itu berlaku sekitar 4 petang pada 11 Januari, ketika pegawal hadapan musuh mara dengan menunggang basikal. Mereka mendayung menyeberangi jambatan, melepasi kawasan serangan hendap, dan melepasinya. Kemudian lalu perbarisan Jepun utama, beratus orang, juga berbasikal dan diikuti dengan kereta kebal dan lori jurutera. Pada ketika ini, jambatan itu diletupkan, dan kayu, basikal dan mayat berterbangan ke udara, sementara dari denai serangan hendap dan perangkap anti-kereta kebal lebih di hadapan melepaskan tembakan yang sengit, menumbangkan musuh disepanjang tepi jalan.

Kehilangan jiwa terus berlaku dikalangan barisan Jepun yang diserang hendap. Bagaimanapun, sebahagian musuh yang melalui kawasan serangan hendap menjumpai kabel telepon lapangan tersembunyi dalam semak samun di tepi hutan yang menyusur sampai ke kedudukan meriam, dan terus memotongnya. Oleh itu artileri sahabat tidak menerima isyarat dan tidak terbabit dalam pertempuran sama sekali.

Pengawal Imperial kemudian menerima sokongan artileri. Bagaimanapun, kebanyakan peluru meriam sebaliknya menghujani jambatan, di mana orang mereka sendiri sedang dibunuh oleh pihak Australia, yang menambahkan bilangan kematian (Sebarang tentera Jepun yang tidak mampu berbaris atau berjuang tidak dapat mengharap dipeduli oleh Tentera Imperial lebih dari apa yang diberikan kepada mereka kepada musuh yang tercedera atau tahanan perang). Pasukan penyerang hendap Australia telah mengenakan kemalangan jiwa yang besar terhadap tentera Jepun, dan dengan itu berundur dalam beberapa kumpulan pada petang yang sama dan menjelang hari berikutnya menyertai batalion mereka dikedudukan berhampiran Gemas. Mereka kehilangan 8 orang dan mengalami 80 tercedera.

Pertempuran di bandar Muar

sunting
 
Jeti menyeberang feri Muar, di mana Brogade India ke-45 ditempatkan sepanjang 24 batu sepanjang sungai dengan pecahan (‘’detachments’’) di hadapan sungai, bagi melindungi jalan persisiran utama di Muar dari kemaraan Division Pengawal Imperial.

Pada pagi 15 Januari, kapal terbang Jepun mula tiba dan mula mengebom junam tentera Australia, dan juga Bandar Gemas itu sendiri. Menjelang 10 pagi infantry musuh telah bertembung dengan barisan bertahan, dan sepanjang hari mereka disokong oleh jumlah kereta kebal yang meningkat. (‘’Sapper’’) Jepun tidak membuang masa, dengan membaiki Jambatan Gemensah yang telah dimusnahkan.

Tentera Australia terus mematahkan serangan, menjadikan salah satu darinya menjadi kelam kabut dengan serangan balas yang kental. Tetapi pasukan tambahan Jepun kini bergerak masuk dengan berterusan. Menjelang ketibaan malam, Lt. Kol. Galleghan mengundurkan batalionnya sepanjang jalan Gemas-Segamat. Mereka telahpun menyebabkan kemalangan jiwa yang besar berbanding yang dialami mereka. Pengunduran tidak dalam keadaan mampu menganggu musuh, dan bagi hari berikutnya kesunyian melanda kawasan Segamat.

Pada malam yang sama, tentera Jepun menawan beberapa tongkang yang berlabuh di sebelah tebing selatan sungai Muar dan menundanya kehilir untuk mengepung Bandar Muar dan satu-satunya batalion simpanan. Tongkang rata dan tongkang belayar menyeberangi kuala tanpa menerima tentangan kecuali pertempuran dengan peronda India yang berundur selepas pertempuran ringkas. Pasukan peronda tidak pernah memberitahu Ibu Pejabat bahawa tentera Jepun berada di tebing Selatan. Apabila pagi menjelang, pasukan pintasan Jepun mengejutkan kompeni Rifle Rajputana ke-7/6, dan mengundurkan mereka. Menjelang tengah hari, mereka menyerang dari arah hilir bandar Muar dan memutuskan talian komunikasi garison dengan batalion simpanannya, yang terletak berhampiran Bakri, di jalan utama selatan bandar Muar.

Pada 15 Januari 1942, Briged ke-45 India yang bertahan di garis pertahanan di Sungai Muar telah bertempur dengan pasukan elit Jepun dari Divisyen Pengawal Imperial (Imperial Guards Division) . Oleh kerana Briged ke-45 India dilihat lemah, Gordon Bennett, pemerintah Divisyen ke-8 Australia menugaskan dua batalion infantri askar Australia (Batalion 2/29 dan Batalion 2/19) dari Divisyen tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pertahanan Briged ke-45 India.

Briged ke-45 India dipaksa berundur ke arah Bakri, di mana anggota dari batalion 2/29 infantri Australia dan anggota dari Rejimen ke-4 Anti-Kereta Kebal ditempatkan sebagai pasukan penghalang di Bakri. Pasukan tentera Jepun lolos benteng pertahanan di antara Batalion 2/29 dan Batalion 2/19 di Bakri. Batalion 2/29 terpaksa berjuang untuk mengundurkan diri kembali ke Bakri.

Pasukan Australia itu bertahan untuk membolehkan askar-askar India melarikan diri dari kepungan askar Jepun, tetapi askar-askar India itu diserang hebat oleh pasukan darat dan pasukan udara Jepun. Hampir kesemua pegawai turus Briged ke-45 India terbunuh ataupun cedera apabila markas mereka terkena bedilan bom.

Di Bandar Muar itu sendiri, cubaan tentera Jepun bagi mendarat dan merampas pelabuhan dipatahkan oleh artileri Australia, yang menembak kearah tongkang rata dan tongkang ketika mereka cuba menyeberang kuala. Menjelang lewat petang tentera Jepun yang telahpun menyeberang di hulu, menyerbu Bandar Muar dan menawan ibu pejabat garison, membunuh semua pegawai di dalamnya.

Menjelang senja 16 Januari, Bandar dan pelabuhan Muar jatuh ketangan musuh. Baki garison berundur beberapa batu kepersisiran sejauh Parit Jawa. Pasukan serangan hendap musuh kemudian ditempatkan bagi mematahkan sebarang seranganbalas pihak berikat, pada masa yang sama meneruskan kemaraan mereka kearah Bakri, Parit Sulong dan Batu Pahat.

Pengepungan Bakri

sunting
 
Kereta kebal Jepun Ha-Go dimusnahkan oleh Sarjan Charles Parsons dan anggota meriam anti-kereta kebalnya berhampiran Bakri.

Pada 17 Januari, Briged India ke- 45 yang masih mentah, bersama Division Australia ke-8, Batalion ke-2/19 dan 2/29 berkhidmat sebagai sokongan, di hantar bagi menawan semula Muar. Mereka berkumpul sekitar Bakri dan mengatur baris pertahanan sempadan kasar mengelilinginya. Komander mereka, Herbert Duncan, merancang kemaraan serampang mata tiga dari situ ke Muar; melalui jalan utama antara bandar, hutan, dan sepanjang jalan persisiran. Serangan tersebut menjadi salah sebelum ia dilancarkan. Brigade tersebut terserempak dengan pasukan serang hendap Jepun, dan serangan balas itu dibatalkan. Pada hari berikutnya, Jeneral Nishimura memerintah serang tiga penjurunya sendiri terhadap Bakri, dan menjelang waktu petang pihak Jepun telah berada di jalan utama, hampir mengepung brigade tersebut.

Batalion Norfolk ke-6 dari Brigade British ke-53, yang ditugaskan untuk mempertahankan rabung sekitar 5 batu ke Barat Yong Peng, bimbang mereka akan ditawan atau dihapuskan dalam kawasan yang hampir dikepung. Pada awal petang 19 Januari, pasukan penjarah Jepun menyerang dan mengundurkan mereka dari rabung tersebut. Pihak British berundur melalui hutan tebal ke puncak rabung utara. Pasukan Norfolks gagal memaklumkan ibu pejabat kedudukan mereka kerana ketiadaan wireless.

 
Satu dari kereta kebal Jepun Ha-Go yang dimusnahkan oleh tembakan anti-kereta kebal di jalan Muar-Parit Sulong.

Pada subuh keesokan harinya, pasukan Punjabi 3/16 diperintahkan bagi menawan rabung itu kembali. Ketika mereka tiba ke sana, mereka ditembak oleh pasukan Norfolks, yang menyangka mereka adalah musuh. Setelah mengalami korban di kedua belah, ia dapat diselesaikan. Tetapi sebelum pertahanan sempurna dapat diuruskan, tentera Jepun telah mara dan mengundurkan kedua tentera British dan India turun dari bukit

Rekruit tentera India muda lemah. Mereka tidak tahu walaupun untuk berlindung, dan tidak terdapat cukup pegawai bagi mengawal mereka. Saya katakana ini bukannya berniat menghina. Ia adalah hukuman bertahun lewa untuk perperangan yang tiba mengejut. — Lieutenant General Arthur Percival[2]

Sementara, General Duncan terbunuh ketika memimpin serangan balas bayonet, dan dengan kematiannya, Kolonel Charles Anderson mengambil alih pimpinan Brigade ke- 45. Awal pagi 20 Januari, mereka mula berbaris keluar dari Bakri kearah Yong Peng. Dalam jarak sebatu sahaja, mereka tertahan oleh halangan jalan. Beberapa usaha melepasinya gagal, sehingga serbuan bayonet dipimpin oleh Kolonel Anderson berjaya.

Lebih banyak sekatan jalan diharungi oleh brigade India. Menjelang senja, selepas bertungkus-lumus setiap jam siang, barisan itu hanya melepasi jarak sekitar tiga batu. Lt. Col. Anderson memberi amaran bahawa tidak ada masa untuk berehat malam itu dan memerintah perbarisan diteruskan. Brigade itu bagaimanapun telah sampai ketepi kawasan terbuka dan laluan lebih mudah, sungguhpun barisan itu dipenuhi dengan mereka yang tercedera.

Pertempuran di Parit Sulong

sunting
 
Jambatan di Parit Sulong dalam tahun 1963

Pegawai Pemerintah batalion 2/19 Infantri Australia, Leftenan Kolonel Charles Anderson mengambil alih tampuk pimpinan dan mengarahkan semua askar berundur secra teratur ke Parit Sulong. Di sana, Pertempuran Parit Sulong berlaku, melibatkan pertempuran hebat di antara pasukan askar Australia dan askar Jepun.

Sementara Leftenan Kolonel Charles Anderson menunggu kemunculan sebuah unit Tentera India yang hilang, pasukan askar Australia bertembung dengan askar Jepun dari arah depan dan dari arah belakang. Kedudukan mereka terkepung, dan Leftenan Kolonel Charles Anderson mengarahkan pasukan Australia itu bertempur untuk melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun. Usaha mereka berjaya, dan satu laluan diperolehi untuk membolehkan pasukan Australia itu melepaskan diri daripada kepungan.

Pada pagi 22 Januari 1942, pasukan askar Australia itu sampai di Parit Sulong, tetapi mendapati jalan mereka dihalang oleh satu pasukan askar Jepun. Pada ketika itu, ramai askar Australia dan India yang mendapat cedera ataupun terbunuh. Pasukan British (Bn 2 Loyals) yang dihantar untuk membantu mereka pula tidak muncul. Leftenan Kolonel Charles Anderson memberikan arahan supaya mereka yang masih berdaya untuk melarikan diri dalam kumpulan-kumpulan kecil melalui jalan-jalan kampung. Mereka yang cedera terpaksa ditinggalkan.

Hanya 271 orang askar daripada Batalion 2/19 dan 120 orang anggota Batalion 2/29 dapat melepaskan diri daripada kepungan askar Jepun tersebut – kurang dari satu perempat daripada bilangan yang ada semasa pertempuran di Muar. Untuk keberanian dan kepimpinannya, Leftenan Kolonel Charles Anderson diberikan anugerah Victoria Cross.

Pada 23 Januari 1942 berlaku Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong yang dilakukan oleh anggota-anggota Division Pengawal Imperial Jepun (Imperial Guards Division) ke atas anggota-anggota Tentera Australia dan Tentera India yang telah cedera dan terpaksa ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka apabila pasukan Tentera Berikat terpaksa berundur.

Oleh kerana perasaan marah ke atas kejadian serang hendap di Gemas masih membara, anggota-anggota tentera Jepun mengambil peluang untuk membalas dendam ke atas askar-askar Australia dan India di Parit Sulong. Leftenan Jeneral Takuma Nishimura disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tentera Australia (Australian Military Court) atas kesalahan yang membawa Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong dan dikenakan hukuman digantung hingga mati pada 11 Jun 1951.

Pautan Luar

sunting
  1. ^ Frank Owen, The Fall of Singapore, Penguin Books, 2001, ISBN 0-14-139133-2
  2. ^ Lihat bukunya.
  • Frank Owen, The Fall of Singapore, Penguin Books, 2001, ISBN 0-14-139133-2
  • Colin Smith (2006). Singapore Burning. England: Penguin Books. ISBN 978-0-14-101036-6.