Tualang Tiga
Tualang tiga (juga digelar "Tari Tualang Tiga") merupakan lagu rakyat tradisional Melayu yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita Melayu. Tarian dan nyayian ini biasanya akan dilakukan dengan gerakan tangkas dan dan cergas oleh para wanita yang biasanya mempunyai kebolehan bersilat dan seni bela diri yang baik. Ia ditarikan biasanya dalam acara besar, majlis keraian dan di dewan balairong istana pada zaman dahulu.
Lagu Tari Tualang Tiga ini mula dikomersialkan menerusi filem wayang gambar Sumpah Orang Minyak pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Manakala lagu Tari Tualang Tiga ini telah dinyanyikan oleh Saloma dalam sebuah klip tarian juga dalam filem tersebut.
Seniwati Singapura Sanisah Huri juga pernah menyanyikan lagu ini. Ia diikuti oleh penyanyi Wan Aishah binti Wan Ariffin. Penyanyi popular Malaysia juga iaitu Siti Nurhaliza juga pernah mendendangkan lagu ini di Anugerah Skrin 2005.
Lirik
suntingMenyusun tari ala tari, sembah di beri..Sayup-sayup..
Cergas tangkas ala sayang, gerak dan geri..Hai sayup-sayup..
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni sejati..ha..ha..ha..ha..
Pusaka asli ala asli, hai ibu pertiwi..iya..iya..eh
Melenggang gaya ala gaya, gerak wanita..Sayup-sayup..
Dengan tari ala sayang, tualang tiga..Hai sayup-sayup..
Menjunjung tinggi amboi tinggi, seni budaya..ha..ha..ha..ha..
Dikenang bangsa ala bangsa, hai sepanjang masa..iya..iya..eh
Langkah serentak ala sajak, sama bergerak..Sayup-sayup..
Sigak gaya ala sayang, pendekar puteri..Hai sayup-sayup..
Bertepuk tangan amboi tangan, tanda berani..ha..ha..ha..ha..
Tiada gentar ala sayang, hai membela diri..iya..iya..eh