Trias Tengah
Dalam skala masa geologi, Trias Tengah merupakan nama untuk epok kedua daripada tiga epok yang ada pada tempoh Trias, atau pertengahan kepada tiga siri di bawah sistem Trias jika dibahagikan secara kronostratigrafi. Epok Trias Tengah menjangkau masa antara 247.2 jtd (juta tahun dahulu) dan 237 jtd. Ia didahului oleh Epok Trias Awal dan diikuti oleh Epoch Trias Akhir. Epok Trias Tengah terbahagi kepada usia/peringkat Anisian dan Ladinian.
Trias Tengah | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Tidak ditakrifkan secara formal |
Calon takrif sempadan bawah |
|
Calon keratan GSSP sempadan bawah | |
Takrif sempadan atas | DKP amonit Daxatina canadensis |
Sempadan atas GSSP | Prati di Stuores, Dolomites, Titali 46°31′37″N 11°55′49″E / 46.5269°N 11.9303°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2008[1] |
Dahulu, siri tengah pada sistem Trias ini juga dikenali sebagai Muschelkalk. Nama ini kini hanya digunakan untuk unit tertentu stratum batuan dari Eropah barat yang menjangkau tempoh masa yang seakan dengan epok Trias Tengah.
Kehidupan pada epok Trias Tengah
suntingSelepas berlakunya peristiwa kepupusan Perm–Trias, yakni peristiwa kepupusan yang paling dahsyat antara semua peristiwa kepupusan yang tercatat, kehidupan di Bumi pulih secara beransur-ansur. Sewaktu epok Trias Tengah, banyak kumpulan organisma yang kembali mencapai kepelbagaian yang lebih tinggi, seperti reptilia marin (contoh seperti iktiosaur, sauropterigia, talatosaur), ikan bersirip ruji serta banyak kumpulan invertebrata lain seperti moluska (seperti amonoid, bivalvia, gastropoda).
Epok Trias Tengah masih tidak kelihatan sebarang bukti fosil berkenaan tumbuhan berbunga, sebaliknya hanya terdapat paku-pakis dan lumut. Bentuk dinosaur kecil mula muncul, seperti Nyasasaurus dan iknogenus Iranosauripus.
-
Rekonstruksi mixosaurus cornalianus, iktiosaur pada epok Trias Tengah
Rujukan
sunting- ^ Mietto, Paolo; Manfrin, Stefano; Preto, Nereo; Rigo, Manuel; Roghi, Guido; Furin, Stefano; Gianolla, Piero; Posenato, Renato; Muttoni, Giovanni; Nicora, Alda; Buratti, Nicoletta; Cirilli, Simonetta; Spötl, Christoph; Ramezani, Jahandar; Bowring, Samuel (September 2012). "The Global Boundary Stratotype Section and Point (GSSP) of the Carnian Stage (Late Triassic) at Prati Di Stuores/Stuores Wiesen Section (Southern Alps, NE Italy)" (PDF). Episodes. 35 (3): 414–430. doi:10.18814/epiiugs/2012/v35i3/003. Dicapai pada 13 December 2020.