Tré Cool
Tré Cool (nama kelahiran Frank Edwin Wright III), 9 Disember 1972, di Frankfurt, Jerman, merupakan seorang ahli kumpulan rock Green Day. Dia menggantikan pemain dram Green Day, Al Sobrante.
Tré Cool | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Frank Edwin Wright III |
Juga dikenali sebagai | Tré Cool |
Genre | Punk Pop punk rock Alternative |
Pekerjaan | Ahli muzik, penulis lagu |
Instrumen | Genderang, Gitar, Akordian |
Tahun aktif | 1989 - kini |
Syarikat rakaman | Reprise Records Lookout! Records |
Pengkarya berkait | Green Day The Lookouts |
Biografi
suntingFrank Edwin Wright merupakan ahli kumpulan Green Day yang paling muda. Dia tinggal di Laytonville, California bersama ayah dan ibunya serta dua orang saudara kandungnya. Ayahnya, merupakan jurupandu helikopter semasa Perang Vietnam. Jiran rapat Tré merupakan pemilik Lookout! Records, Lawrence Livermore, merupakan penyanyi kumpulan punk The Lookouts. Semasa umur 12 tahun, Livermore ambil Tré' untuk menyertai The Lookouts, dan memberi nama samaran Tré' Cool, yang membawa maksud "very cool" dalam Perancis. (Sebutan yang betul ialah "Trés Cool").
Bila pemain dram Green Day, Al Sobrante, meninggalkan kumpulan, mereka mengambil Tré untuk bermain dram. Tré' mengambil keputusan untuk berhenti sekolah pada tahun keduanya. Walaupun tindakan sebegitu diambil, Tré telah berjaya lulus dalam ujian pembangunan pendidikan am GED, dan mengambil kursus di kolej komuniti berhampiran. Namun, dia terpaksa berhenti, apabila pemintaan tinggi terhadap konsert jelajah Green Day.
Ayah Tré, pemilik perniagaan trak logistik, merekasemula satu trak kecil (trak perpustakaan kecil), dan menjadi pemandu kepada kumpulan pada tiga konsert jelajah berasingan.
Saya lihat mereka dari budak-budak hingga kepada satu kumpulan ahli muzik yang mempunyai satu etika kerja. Pada jelajah pertama mereka, lebih kepada satu bentuk parti dari yang lain. Saya masih menggaru-garu kepala dan bertanya 'Bagaimana mereka dapat lakukan?' Mereka sering berlatih bersama, dan tak sangka yang orang akan pergi dan beli, dan bila ia berlaku, anda akan berkata 'Wow, ia sungguh hebat'
jelas ayah Tré. "[1]
Tré mempunyai anak perempuan yang dinamakan Ramona, dilahirkan pada Januari 1995, dan berkahwin dengan teman wanitanya Lisea Lyons dalam bulan Mac, kemudianya mereka bercerai. Tré bekahwin dengan Calaudia pada bulan Mei, 2000, dan mempunyai anak lelaki, Frankito, membawa maksud "Frank kecil", kemudian mereka bercerai pada tahun 2003. Akhir-akhir ini, Tré dikaitkan dengan Donna.C, pemain dram ahli kumpulan The Donnas, namun, mereka tidak bersama lagi.
Perkakasan dram
suntingPada awal bersama Green Day, Tré menggunakan peralatan DW . Sejak album Warning. Tré mendapat kontrak bersama peralatan Slingerland, dengan menamakan peralatan tersebut sebagai "Spitfire". Kemudian, semasa konsert jelajah American Idiot, Tré tidak menggunakan lagi peralatan Slingerland, dan bertukar kepada Ludwig-Musser, peralatan Classic Maple dengan kerja mengecat, Shadow Purple. Dia menggunakan simbal Zildjian dan Danmar. Mengikut temubual dengan sebuah majalah Drum Magazine, snare yang paling mahal dan masa suka Noble & Cooley, yang dibeli olehnya sebelum pembikinan album Dookie, dengan harga $ 600.
Peralatan dram sekarang, Tré menggunakan [2]:
Genderang:
- 22"x18" dram bass
- 14"x6.5" Ludwig Black Beauty Brass Super Sensitive snare
- 14"x11" rack tom
- 16"x16" tom lantai
- 18"x16" tom lantai atau bawah
- satu tamborin
Simbal (Dari kiri ke kanan):
- Zildjian K/Z 14" Special Hi-hat (K Hi-hat diatas, Z Custom Dyno Beat dibawah)
- Zildjian K 19" Dark Medium Thin Crash
- Zildjian A 19" Medium Thin Crash
- Zildjian A 22" Ping Ride
- Zildjian K 20" Crash/Ride (tengah kanan)
- Zildjian FX 20" Oriental Classic China
Kepala Drum:
- Snare: REMO Coated Emperor X (Batter), REMO Ambassador Snare Side Hazy (Resonant)
- Tom: REMO Coated Emperors (Batter), REMO Clear Ambassadors (Resonant)
- Dram bass: REMO Powerstroke 3 dengan satu REMO Falam Slam Pad (belakang), Ebony Powerstroke 3 kepala drum dengan logo American Idiot (dihadapan)
Kayu dram: Zildjian Tré Cool Artist Series
Perkakasan: DW
Nyanyian
suntingTré menyanyi dan memain gitar pada runut "Dominated Love Slave" dan "All by Myself", dari Kerplunk! dan Dookie. Dia tulis satu sub-runut "Rock and Roll Girlfriend" dari medley, "Homecoming," yang dimuatkan dalam album American Idiot. Dia juga menyanyi dan mengubah runut "DUI" ("Driving Under the Influence"), dimana direkod semasa sesi Nimrod, dan tertangguh untuk Shenanigans (kompilasi belah-B).
Semasa, temubual di stesen radio alternatif di Washington DC's , DC 101, Tré menyanyi lagu pendek berjudul "Like a Rat does Cheese", sambil bermain gitar, lagu mengenai fellatio.
Ada setengah runut secara langsung wujud, di permulaan tarikh disekitar tahun 1993, seperti "Food Around the Corner", lagu dari tahun 1943, kartun Elmer Fudd, "An Itch in Time".
Baru-baru ini, di Youtube, Tré Cool telah menghantar video didalam studio dengan menyanyi lagu "Chocolate Rain", iaitu penyanyi dan pengubah asalnya Tay Zonday. Cool memuatnaikkan video terbabit pada 2 Ogos, 2007. Pembikinan video ini telah direncanakan dalam akhbar-akhbar.[3]
Rujukan
sunting- ^ Rolling Stone, 26 Januari, 1995
- ^ Tré Cool at DrummerWorld.com
- ^ Joal Ryan (9 Ogos, 2007). "The "Chocolate" Reign of Tay Zonday". Dicapai pada 2007-08-10. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Tré Cool |
- Laman web rasmi Green Day Diarkibkan 2007-07-03 di Wayback Machine (Inggeris)
- Tré Cool di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) (Inggeris)
- Laman rasmi peminat Green Day (Inggeris)
- Tré Cool di DrummerWorld.com (Inggeris)
- Tré Cool di Zildjian.com (Inggeris)