Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya adalah kementerian yang berada di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini ialah Dato Sri Tiong King Sing.
خىمىنتىريان ڤىلانچونعان، صىني دان بودايا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1964 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Precinct 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya |
Kakitangan | 3,161 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 999,165,300 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Sejarah
suntingKementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia merupakan warisan dari Bahagian Kebudayaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953. Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan pula di bawah naungan Kementerian Penerangan.
Menyedari akan betapa pentingnya kebudayaan diberi pemerhatian khususnya untuk perpaduan setelah mengalami pengalaman pahit peristiwa 13 Mei 1969 dan ekoran penggubalan Dasar Kebudayaan pada tahun 1971,maka pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Pada 20 Mei 1987, komponen 'kebudayaan' dipisahkan dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan digandingkan pula dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia. Seterusnya sebuah Kementerian baru diwujudkan bergelar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Lima tahun kemudian pada 22 Oktober 1992 struktur Kementerian ini diperkemaskan lagi dan diberi nama baru Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Ekoran dari penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004, kedua-dua komponen utama iaitu 'kebudayaan' dan 'pelancongan' telah dipisahkan dan diletakkan di bawah Kementerian berasingan iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Bermula dari penyusunan semula Kabinet pada 18 Mac 2008, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diserap ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Sebelum ini Kementerian ini hanyalah salah satu cabang daripada Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menjadikannya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Namun semenjak Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Seri Najib mengambil alih, ia dijadikan satu kementerian yang khusus iaitu Kementerian Pelancongan. Sebelum ini tugas ini digalas oleh Dato Seri Ng Yen Yen dan Dato Seri Azalina Othman Said. Selepas pengumuman Kabinet Menteri 2013-2018 oleh Dato' Seri Najib, kementerian ini kembali digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan menjadi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Jabatan/Agensi
sunting- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
- Jabatan Warisan Negara
- Jabatan Muzium Malaysia (JMM)
- Tourism Malaysia
- Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Pusat Pelancongan Islam
- Arkib Negara Malaysia
- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
- Istana Budaya (IB)
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia