Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee (lahir 1 Ogos 1972) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Cina yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pua adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif, CEO bagi Cyber Village Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tersenarai di papan kedua bursa saham SESDAQ. Pada awal 2007, beliau menjual semua kepentingannya di dalam syarikat berkenaan dan meletakkan jawatan CEO beliau untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Yang Berhormat Tuan
Tony Pua Kiam Wee
AP
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Damansara, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehGobind Singh Deo
Ahli Parlimen Malaysia
bagi P106 Petaling Jaya Utara, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2018
Didahului olehDatin Paduka Chew Mei Fun (BN)
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti19,972
Maklumat peribadi
Lahir (1972-08-01) 1 Ogos 1972 (umur 52)
Batu Pahat, Johor[1]
Parti politik DAP
PekerjaanAhli Parlimen, Pelabur
Laman webBlog Tony

Pua mendapat ijazah daripada Keble College, Universiti Oxford di dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di bawah Yayasan MTC pada tahun 1994. Sebelum itu beliau menerima biasiswa Yayasan Shaw dan Asean untuk melanjutkan pelajaran beliau di peringkat "O" dan "A"-Level di Raffles Institution dan Raffles Junior College.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Masyarakat dengan majoriti sebanyak 19,972 undi. Beliau memperolehi 37,851 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi.[2]

Latar belakang keluarga

sunting

Pua adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau membesar di pinggiran bandar Batu Pahat. Bapanya menjalankan ladang ternakan yang kecil semasa beliau membesar. [3]

Pendidikan

sunting

Pua meninggalkan rumah semasa beliau berumur 13 tahun untuk mendapat pendidikan menengah di Singapura dengan bantuan biasiswa Asean daripada kerajaan SIngapura. Beliau melanjutkan pelajaran di Raffles Institution dan Raffles Junior College. Kemudian beliau pergi melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford di mana beliau belajar PPE (Falsafah, Politik dan Ekonomi) di Keble College di atas biasiswa MTC. [4]

Mansuhkan diskaun Bumiputera

sunting

Tony Pua mencadangkan dimansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.Keyakinan dan kedatangan pelabur asing akan meningkat hanya jika polisi berkenaan diubah. Beliau tidak menentang pelan tindakan afirmatif tetapi bukannya menyediakan insentif bagi rumah yang berharga antara RM1 juta dan RM2 juta. Insentif 7 % yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera harus dikekalkan bagi hartanah berharga bawah RM500,000.[5]

Terima ancaman bunuh

sunting

Pada 12 Ogos 2010, beliau menerima surat ugutan untuk membunuhnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan. Bungkusan itu dialamatkan ke pejabatnya di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu pejabatnya pada jam 4.30 petang.

Beliau kemudian terus membuat laporan polis di pejabat polis Damansara Utama dengan diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut.

Polis telah menghesahkan peluru itu adalah buatan tempatan untuk kegunaan senapang M16.[6]

Kurangkan penjawat awam

sunting

Pada 1 November 2011, Tony Pua selaku Ketua Publisiti DAP mencadangkan kerajaan pusat mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia. Perhidmatan mereka akan ditamatkan jika tidak efisien sebagaimana negara China. Tapi disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun.MCA mencabar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan.Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menafikan cadangan itu pernah dibincangkan.[7] Tony Pua menyerang kerajaan Persekutuan yang menaikkan gaji dan elaun penjawat awam.Tetapi apabila kerajaan Selangor turut menaikkan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awamnya serta menyerahkan projek kepada juruperunding luar dan tidak menggunakan sumber dalaman negeri, mereka tidak bersuara langsung.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berpendapat bahawa cadangan Tony Pua untuk 'menjimatkan' wang kerajaan itu tidak realistik.[8] Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah menjelaskan bahawa jumlah penjawat awam di Malaysia sangat ideal dengan nisbah penduduk negara ini.[9] Perkasa berpendapat DAP mahu mengurangkan pengaruh orang Melayu dalam sektor kerajaan.[10]

Saman SYABAS

sunting

Pada 28 Januari 2011, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah menfailkan satu saman terhadap Tony Pua yang mendakwa bahawa beliau telah memberikan kebenaran edisi Metro Nanyang Siang Pau bagi menerbitkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya. Artikel tersebut memetik kata-kata beliau sebagai berkata bahawa jika pemegang-pemengang konsesi tidak menyelesaikan hutang-hutang beliau , kerajaaan negeri seharusnya mengambil alih hak-hak pengurusan bekalan air di Selangor. Syabas mendakwa bahawa penyiaran laporan di dalam surat khabar, syarikat itu juga telah dibawa ke satu skandal awam dengan penerbitan artikel berkenaan di dalam akhbar, syarikat itu telah dibawa kepada skandal politik dan imejnya telah tercalar. Disamping mencari sebuah injuksi untuk menghalang Pua atau agen-agen beliau daripada menerbitkan perkataan-perkataan fitnah terhadap syarikatnya, Syabas juga mencari kos dan kerosakan awam. [11]

Pua mempertikaikan Syabas, sebagai satu penguatkuasa awam yang melaksanakan perkhidmatan awam. Beliau juga berkata bahawa beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang moral dan sosial sebagai seorang MP dan seorang ahli daripada kerajaan negeri Selangor, sebuah panel kajian semula untuk menerbitkan perkataan-perkataan tersebut di sebabkan masyarakt mempunyai hak untuk tahu. Pua juga memfailkan satu saman balas, mendakwa bahawa saman Syabas mengada-mengada, menyakitkan hati dan dikira sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah, yang menyebabkan beliau menderita malu, kekalahan dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.[12]

Pada 6 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar gantirugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor ekoran satu kenyataan yang didapati memfitnah syarikat tersebut.[13]

Rujukan

sunting
  1. ^ (Cina) 從政理念簡單踏實‧潘儉偉要幫助更多人, 1 Jun 2008, Sinchew Jitpoh
  2. ^ Pua, Tony (2008-02-23). "Tony Pua for Parliament". Dicapai pada 2008-02-25.
  3. ^ Tan, Joceline (2007-02-18). "From cyber world to arena of politics". Dicapai pada 2012-01-31.
  4. ^ Tan, Joceline (2007-02-18). "From cyber world to arena of politics". Dicapai pada 2012-01-31.
  5. ^ Diskaun Bumiputera: PAS Selangor tidak selesa syor Tony Pua
  6. ^ "MP PJ Utara terima ancaman bunuh", Malaysiakini.com. 12 Ogos 2010.
  7. ^ Kurangkan jumlah penjawat awam di negeri pembangkang
  8. ^ Adakah DAP mahu biar rakyat menganggur?
  9. ^ JPA persoal motif DAP
  10. ^ DAP mahu kurangkan penguasaan Melayu
  11. ^ Surach, G (2011-02-11). "Syabas chided over suit". Dicapai pada 2012-02-02.
  12. ^ "PJ Utara MP Tony Pua withdraws bid to dismiss Syabas defamation suit". 2011-05-19. Dicapai pada 2012-02-02.
  13. ^ "Pua diperintah bayar RM200,000 kepada SYABAS", Malaysiakini.com, 6 Jun 2012.

Pautan luar

sunting