Abu Bakar Abdullah
Tan Sri Abu Bakar Abdullah (lahir 1955) ialah seorang pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam selama dua tahun setengah pada 2010-2013. Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun dari 1977 sehingga beliau bersara wajib secara pilihan apabila mencapai usia 58 tahun.
Yang Berbahagia Tan Sri Abu Bakar Abdullah | |
---|---|
أبو بكر عبد الله | |
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Julai 2010 – 14 Mac 2013 | |
Didahului oleh | Tan Sri Ismail Adam |
Digantikan oleh | Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1955 (umur 68–69) |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pendidikan
suntingAbu Bakar berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya.
Berkhidmat dalam perkhidmatan awam Malaysia
suntingBeliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.[1] Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia. Lalu beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010 menggantikan Tan Sri Ismail Adam (lahir 1950) yang telah bersara wajib apabila mencapai usia 60 tahun[2] dan berkhidmat selama dua tahun setengah hingga 14 Mac 2013.
Rujukan
sunting- ^ "Khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tamat 1 Julai". Jun 2012. Dicapai pada 6 September 2021.
- ^ Abu Bakar Dilantik Ketua Pengarah JPA[pautan mati kekal]