Tony Leung Chiu-wai

(Dilencongkan daripada Tony Leung)

Tony Leung Chiu-wai (lahir 27 Jun 1962) ialah pelakon dan penyanyi Hong Kong. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon Asia yang paling berjaya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dinobatkan sebagai "Harimau Kecil" di antara Lima Jeneral Harimau TVB. Beliau telah memenangi banyak hadiah lakonan antarabangsa, termasuk anugerah Festival Filem Cannes untuk Pelakon Lelaki Terbaik bagi persembahannya dalam filem Wong Kar-wai In the Mood for Love. Leung secara meluas dianggap sebagai pelakon asli Hong Kong terbaik dari generasinya. Beliau dinobatkan oleh CNN sebagai salah seorang daripada "25 Pelakon Terhebat di Asia Sepanjang Zaman".[2]

Tony Leung Chiu-wai
梁朝偉
Tony Leung di Festival Filem Berlin 2013
Kelahiran (1962-06-27) 27 Jun 1962 (umur 62)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1982–kini
Kampung asalHong Kong
PasanganCarina Lau (k. 2008)
Kerjaya muzik
Syarikat rakaman
Capital Artists Music Limited (1985–1992)
Music Impact Entertainment Ltd (1994–1997)
Universal Music (Hong Kong) Limited (2000–2002)
Jet Tone Film Production[1]
Pengkarya berkait
Five Tiger Generals
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional
Tulisan Cina Ringkas

Leung terkenal dengan kolaborasinya dengan pengarah Wong Kar-wai, dengan bekerja dalam tujuh filem termasuk Chungking Express (1994), Happy Together (1997), In the Mood for Love (2000), dan The Grandmaster (2013). Beliau juga muncul dalam tiga filem pemenang Singa Emas Festival Filem Venice, termasuk A City of Sadness (1989), Cyclo (1995) dan Lust, Caution (2007), arahan Ang Lee. Leung juga membintangi Hero, filem pencalon Anugerah Akademi, dan pecah panggung Hard Boiled (1992) dan Infernal Affairs (2002). Leung memegang watak sebagai Mandarin dalam Marvel Cinematic Universe yang muncul di Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021).[3][4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "梁朝伟_百度百科 (Baidu Profile)". baike.baidu.com. Dicapai pada 17 September 2017.
  2. ^ "Asia's 25 greatest actors of all time". CNN.
  3. ^ "HK Mr Charming Tony Leung born to be an actor". China Daily. 20 November 2003. Dicapai pada 20 June 2015.
  4. ^ Wise, Damon (18 October 2007). "Why Tony Leung is in the mood for lust". The Times. London. Dicapai pada 25 May 2010.

Pautan luar

sunting