Kereta Api Tobu
Kereta Api Tobu atau Tobu Railway Co., Ltd. (東武鉄道株式会社 , Tōbu Tetsudō Kabushiki-gaisha) adalah sebuah syarikat keretapi komuter Jepun di kawasan Tokyo Raya dan juga pengendali wilayah dan serantau di rantau Kantō. Tidak termasuk syarikat-syarikat Japan Railways Group, sistem landasan sepanjang 463.3 km; Tobu adalah yang terpanjang kedua di Jepun selepas Kintetsu. Ia menyediakan servis ke sebahagian besar Wilayah Saitama, Wilayah Gunma dan Wilayah Tochigi, serta Tokyo dan Wilayah Chiba di barat.
Nama asli | 東武鉄道株式会社 |
---|---|
Dinamakan sempena | timur, Musashi Province |
Jenis/bentuk sah | Kabushiki kaisha |
Didagangkan sebagai | TYO: 9001 |
ISIN | JP3597800006 |
Industri | Pengangkutan awam, pengangkutan rel |
Genre | Kereta api |
Ditubuhkan | November 1897 |
Pengasas | Michinari Suenobu Rokuro Hara |
Ibu pejabat | 2-18-12 Oshiage, Sumida-ku, Tokyo, Jepun |
Kawasan perkhidmatan | Tokyo, Saitama, Chiba, Gunma, Tochigi |
Tokoh penting | Nezu Kaichirō |
Perkhidmatan | kereta api penumpang |
Jumlah aset | ¥1.3 trilion (RM4.75 bilion) |
Pemilik | Yoshizumi Nezu (sejak 1999) |
Bilangan kakitangan | 4,659 (Setakat Mac 2010[kemas kini]) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Kumpulan korporat Tobu juga terlibat dalam pengangkutan jalan (bas dan teksi), hartanah, dan runcit. Ia adalah pelabur terbesar di Tokyo Skytree, struktur tertinggi di Jepun. Syarikat itu adalah ahli dari Mizuho keiretsu.[perlu rujukan]
Nama "Tobu" dibentuk dari kanji untuk timur (東) dan Musashi (武蔵), kawasan permulaan berkhidmat.
Pautan luar
sunting- Laman rasmi Kumpulan Tobu (Jepun)