Sulaiman Md Ali

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan daripada Tok Leman)

Y.B Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali atau Tok Leman (lahir 20 Disember 1965)[1] Ketua Menteri Melaka ke-12 (Mac 2020 hingga November 2021) dan ke-13 (21 November 2021 hingga 29 Mac 2023), Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi kawasan Lendu, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir) 2018-2021, Setiausaha UMNO Negeri Melaka dan Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah.[2]

Yang Berhormat Datuk Seri Utama
Sulaiman Md Ali
DUNM, DMSM (Melaka); KMN, PPN
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Lendu
Menyandang jawatan
6 Mei 2013
Didahului olehIdderis Kassim
Ketua Menteri Melaka
Dalam jawatan
21 November 2021 – 31 Mac 2023
Didahului olehDirinya Sendiri
Digantikan olehAbdul Rauf Yusoh
Dalam jawatan
9 Mac 2020 – 4 Oktober 2021
Didahului olehAdly Zahari
Setiausaha UMNO Negeri Melaka
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Timbalan PresidenMohamad Hassan
Setiausaha AgungAnnuar Musa
Ahmad Maslan
Pengerusi NegeriAb Rauf Yusoh
Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Timbalan PresidenMohamad Hassan
Setiausaha AgungAnnuar Musa
Ahmad Maslan
Pengerusi NegeriAb Rauf Yusoh
Ketua BahagianAb Rauf Yusoh
Maklumat peribadi
Lahir (1965-12-20) 20 Disember 1965 (umur 58)
Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Utama Datuk Wira Munira M Yusop
Anak3
KediamanSeri Bendahara
PekerjaanAhli politik

Kehidupan

sunting

Sulaiman lahir di Jalan Bangsal Rebah, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, daerah Alor Gajah, Melaka.

Selain mempunyai kelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom, beliau juga memiliki kelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas.

Beliau mengahwini Munira M Yusop dan mempunyai 3 anak-anak.[2][3]

Kejayaan

sunting

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 2014-2018 bawah pimpinam Idris Haron.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Negeri Melaka dan Setiausaha UMNO Bahagian Masjid Tanah pada tahun 2018.

Ketua Menteri Melaka

sunting

Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 9 Mac 2020.[3]


Sulaiman Md Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 pada 29 Mac 2023. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/951478/desakan-hati-meronta-supaya-saya-letak-jawatan-sulaiman-md-ali

Rujukan

sunting
  1. ^ "ADUN Lendu Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Baharu Melaka". 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  2. ^ a b "ADUN Lendu calon Ketua Menteri Melaka ke-12?". 8 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  3. ^ a b "Datuk Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka baharu". 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.