Darjah Utama Negeri Melaka
Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka (DUNM) adalah darjah kebesaran tertinggi yang dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sehingga 2019.[1] Ianya dizahirkan pada 1978 dan dipinda pada 2016 lalu. Ia menjadi darjah kedua tertinggi pada 2020 apabila Darjah Seri Paduka Setia Melaka diperkenalkan.[2] Darjah kebesaran ini mempunyai hanya satu pangkat.
Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka | |
Jenis | Perintah |
Dizahirkan | 1978 |
Negara | Malaysia |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertua Negeri Melaka | Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam |
Gred | Darjah Utama Negeri Melaka |
Singkatan darjah | DUNM |
Perangkaan | |
Pelantikan terakhir | 2022 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Seri Paduka Setia Melaka |
Lebih rendah | Darjah Gemilang Seri Melaka |
Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengurniaan
suntingPara penerima akan dikurniakan kalung, selempang dan lencana darjah.
Pengkhususan
suntingDarjah kebesaran ini dikhususkan pengurniaannya kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun ia juga dianugerahkan kepada Ketua Menteri Melaka dan isteri Perdana Menteri antaranya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali[3] dan Datin Seri Utama Rosmah Mansor.[4]
Panggilan kehormat
suntingPenerima akan bergelar Datuk Seri Utama bagi lelaki dan wanita, manakala bagi isteri penerima pula bergelar Datin Seri Utama. Tiada gelaran bagi suami penerima darjah kebesaran tersebut.
Senarai penerima
sunting- Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob - 2022
- Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam - 2020
- Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali - 2020
- Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Haji Muhyiddin Yassin - 2019
- Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Haron - 2016
- Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi - 2015
- Toh Puan Datin Seri Utama Zurina Kassim - 2007
- Tun Datuk Patinggi Abang Haji Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng - 2005
- Tun Datuk Seri Utama Haji Abdullah Ahmad Badawi - 2004
- Tun Datuk Seri Utama Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali - 2003
- Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail - 1988
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - 1985