Ting Chew Peh
Tan Sri Dr. Ting Chew Peh merupakan ahli politik Malaysia dari parti MCA, sebuah parti komponen gabungan dalam Barisan Nasional. Di peringkat akar umbi, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung MCA.
YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh PSM; SPMP (Prk); DPMS (Sel); DPMP (Prk); PhD | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Gopeng, Perak | |
Dalam jawatan 1987–2008 | |
Didahului oleh | Dr. Tan Koon Swan |
Digantikan oleh | Dr. Lee Boon Chye |
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 1990–1999 | |
Didahului oleh | Lee Kim Sai |
Digantikan oleh | Ong Ka Ting |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 1987–1990 | |
Didahului oleh | Oo Gin Sun |
Digantikan oleh | Wong See Wah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 21 Mac 1943 |
Parti politik | BN-MCA |
Pasangan | Puan Sri Tay Boon Ling |
Pekerjaan | Ahli politik |
Keluarga
suntingBeliau telah berkahwin dengan isterinya, Puan Sri Tay Boon Ling dan mendapat 3 orang anak.
Politik
suntingBeliau pernah menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1990. Semasa Perhimpunan Agung MCA pada 2005, dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden MCA, Ting Chew Peh (738) ditewaskan oleh Chan Kong Choy (1315)[1]
Dalam sektor perniagaan, Ting Chew Peh pernah menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pada 2002 dan pernah disoal siasat pada 3 September 2009 oleh PAC ekoran kerugian PKFZ.Pengerusi LPK hanya mendapat elaun sebanyak RM2,259.95 sebulan. Ahli lembaga setiap seorang mendapat elaun RM500 sebulan. Adalah tidak benar pengerusi LPK mendapat gaji besar.
Pilihan raya
sunting- Pada 1995 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 beliau menang di Parlimen P071 Gopeng atas tiket Barisan Nasional/MCA.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 Dr Ting menang bertanding di Gopeng, Perak dengan majoriti 6406. Beliau menewaskan Said Ahmad Said Abas (MDP) dan Abdul Rahman Said Alli (DAP).
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau mengalahkan Dr Lee Boon Chye dari Keadilan dengan majoriti 14,260 undi.
- Pilihan raya umum Malaysia 2008, Dr Lee Boon Chye menang pula dengan majoriti 7368 undi. Walaupun nama beliau digugurkan di saat-saat akhir. Turut digugurkan ialah Datuk Chua Jui Meng (Bakri), Datuk Loke Yuen Yow (Tanjung Malim), Datuk Yap Pian Hon (Serdang), Datuk Wong Kam Hoong (Parlimen Bayan Baru) dan Tan Yee Kew (Klang).[2]
Hasil tulisan
sunting- The Chinese in Peninsular Malaysia: a study of race relations in a plural society , 1976