Lee Boon Chye
Dato' Dr. Lee Boon Chye merupakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan dan bekas Ahli Parlimen Gopeng, Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.[2]
Dato' Dr. Lee Boon Chye DPMP (Perak) | |
---|---|
Pengerusi Bukan Eksekutif Bioeconomy Corporation | |
Menyandang jawatan 11 Julai 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Anwar Ibrahim |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P71 Gopeng, Perak | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ting Chew Peh |
Digantikan oleh | Tan Kar Hing |
Majoriti | 29,778 (PRU14) |
Ketua PKR Cabang Gopeng | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Timbalan Menteri Kesihatan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Menteri | Dzulkefly Ahmad |
Didahului oleh | Hilmi Yahaya |
Digantikan oleh | 1. Dr. Noor Azmi Ghazali 2. Aaron Ago Dagang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 26 September 1959 (58 tahun) Segamat,Johor |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Pasangan | Lo Lee Hong[1] |
Kediaman | Ipoh,Perak |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Bidang pengkhususan | Doktor Pakar Jantung |
Kerjaya
sunting- Doktor Pakar Jantung
- Ahli politik
Jawatan dalam parti
sunting- Jurucakap Kesihatan Parlimen Parti Keadilan Rakyat
- Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat
Jawatan dalam kerajaan
sunting- Timbalan Menteri Kesihatan (2018-2020)
- Ahli Parlimen Gopeng
Anugerah
sunting- Perak :
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato (2023)
Politik
suntingDalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanya Parti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasan Ipoh Timur yang juga diingini oleh Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dari BN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong. Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dari Barisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasan Gopeng untuk mencabar Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dari BN-MCA. Akhirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.[3]
Keputusan Pilihan Raya
suntingPautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-09-01.
- ^ Doktor merangkap ahli politik
- ^ "Parlimen Gopeng". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-09. Dicapai pada 2018-08-09.