Tindak balas klik merupakan penemuan oleh Rolf Huisgen dan dipopularkan Dr Karl Barry Sharpless pada tahun 1999 dan semenjak itu telah mula digunakan untuk pelbagai aplikasi terutamanya dalam sains polimer.[1]

Secara asasnya, tindak balas klik adalah tindak balas di antara kumpulan azida dan terminal asetilena yang menghasilkan 1,2,3 triazola. Tindak balas ini menggunakan kuprum (I) sebagai pemangkin tindak balas.[1][2]

pensiklotambahan 1,3-dwikutub Huisgen
pensiklotambahan 1,3-dwikutub Huisgen

Kelebihan-kelebihan teknik ini:

  1. Hasil yang tinggi
  2. Boleh digunakan secara pukal ataupun dengan pelarut
  3. Tidak dipengaruhi oleh sifat pelarut samada bersifat kutub ataupun bukan kutub
  4. Reagen ataupun bahan untuk memulakan tindak balas mudah didapati
  5. Bahan sampingan tindak balas mudah ditulenkan
  6. Tindak balas yang tidak sensitif kepada kewujudan air ataupun udara (oksigen).[1][3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Hein, C.D; Liu, X.M; Wang, D (2008). "Click Chemistry, A Powerful Tool for Pharmaceutical Sciences". Pharm. Res. 25: 2216.
  2. ^ Fournier,D; Hoogenboom, R; Schubert,S.S (2007). "Clicking polymers: a straightforward approach to novel macromolecular architectures". Chem. Soc. Rev. 36: 1369. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ Brant C. Boren; Sridhar Narayan; Lars K. Rasmussen; Li Zhang; Haitao Zhao; Zhenyang Lin; Guochen Jia; Valery V. Fokin (2008). "Ruthenium-Catalyzed Azide−Alkyne Cycloaddition: Scope and Mechanism". J. Am. Chem. Soc. 130 (28): 8923–8930. doi:10.1021/ja0749993. PMID 18570425.

Pautan luar

sunting
  • Click Chemicals - sebuah laman web untuk membantu pengkaji-pengkaji kimia klik.