The Message (filem 1976)

Mohammad, Messenger of God (Muhammad, Utusan Tuhan) (dijudulkan kembali The Message untuk pengeluaran A.S.) (1976) adalah sebuah filem diarah oleh Moustapha Akkad, membabadkan kisah awal perkembangan Islam ketika zaman Nabi Muhammad. Dikeluarkan dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris (nama Arab adalah الرسالة-- Ar Risalah), Muhammad, Utusan Tuhan berkhidmat menjadi suatu pengenalan pada sejarah awal Islam. Walaupun wayang ini berkisar sekitar Muhammad, gambarnya tidak ditunjuk sepanjang wayang, dengan menghormati adat-adat Islam yang melarang sebarang imej nabi dan para sahabat baginda. Sebaliknya para pelakon dibiar untuk bercakap ke arah kamera yang dijadikan gambaran sudut pandang baginda dan sahabat baginda sendiri.

The Message
Mohammad, Messenger of God
Kulit DVD
PengarahMoustapha Akkad
PenulisH.A.L. Craig
Dihasilkan olehMoustapha Akkad
DibintangiAnthony Quinn
Irene Papas
Michael Ansara
Johnny Sekka
Michael Forest
Muzik olehMaurice Jarre
Diedarkan olehFilmco International Productions Inc.
Masa tayangan
177 minit
Bahasabahasa Inggeris
bahasa Arab
Bajet$10,000,000

Ketepatan filem ini telah disahkan sendiri oleh ahli sarjana dan sejarah Islam Universiti Al-Azhar, Kaherah, dan Kongres Islam Tertinggi Syiah di Lubnan.

Barisan pelakon

sunting

Terdapat dua barisan pelakon yang berbeza untuk dua-dua versi bahasa Inggeris dan Arab filem ini:

Versi bahasa Inggeris

sunting

Versi bahasa Arab

sunting

Nabi Muhammad mahupun keluarga terdekat seperti Ali bin Abi Talib langsung tidak digambarkan melainkan terselindung memegang barang tertentu (misalnya hanya kelihatan memegang tongkat atau pedang).

Penghasilan

sunting

Akkad menghadapi rintangan dari pihak Hollywood sendiri untuk membuat filem tentang asal usul Islam dan terpaksa ke luar Amerika Syarikat untuk mendapatkan wang pembikinan filem ini. Filem ini telah diadakan penggambarannya di Libya dan Maghribi. Akkad melihat filem ini mampu merapatkan jurang antara dunia Islam dan Barat. Sementara Muhammad, Utusan Tuhan, dia berunding dengan para sarjana Islam dan cuba menunjukkan kehormatan terhadap Islam dan pandangannya pada penggambaran hidup nabi Islam, Muhammad.[perlu rujukan] Dia melihat filem itu sebagai suatu jalan untuk memberikan jambatan di antara dunia Barat dan Islam, menyatakan pada temuramah 1976:

"Saya membuat filem ini kerana ia adalah suatu yang peribadi untuk saya. Selain nilai-nilai pengeluarannya sebagai filem, ia ada ceritanya, komplotnya, sandiwaranya. Selain semua ini ada sesuatu yang peribadi, dengan saya menjadi seorang Islam sendiri yang telah tinggal di Barat saya merasa ia adalah tanggungjawab saya untuk menjelaskan yang sebenarnya tentang Islam. Ia adalah suatu agama dengan 700 juta pengikut, akan tetapi ia sangat sedikit dikenali yang mengejutkan saya. Saya fikir saya harus menjelaskan cerita itu yang akan membawa jambatan ini, ruangan ini ke barat."

Walau bagaimanapun, sesetengah pawagam masih menerima panggilan telefon dari mereka yang fikir filem itu menggusarkan Islam dengan menggambarkan Nabi secara fizik, walaupun Muhammad tidak ditunjuk di skrin.[perlu rujukan] Pada 9 Mac 1977, sekumpulan Muslim Hitam, dipimpin oleh Hamas Abdul Khaalis, merampas beberapa bangunan dan menculik 134 orang tebusan di Washington, D.C..[1] Tindakan mereka berkenaan dengan pertikaian taifah di dalam masyarakat Muslim Hitam.[perlu rujukan] Salah satu desakan mereka adalah untuk menghalam pengeluaran filem ini. Salah seorang pengganas berkata "dia mahu suatu jaminan dari seluruh dunia yang filem ini tidak akan ditunjukkan" atau mereka akan membunuh beberapa orang tebusan".[2] Akkad menunjukkan filem kepada para pengganas, dan juga mengatakan bahasa dia akan membakarnya kalau mereka membencinya.[perlu rujukan]

Filem itu juga dicalonkan untuk sebuah Oscar pada 1977 untuk Muzik Terbaik, Skor Asli untuk muziknya oleh Maurice Jarre[3].

Galeri petikan

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting