The Age of Shadows
The Age of Shadows (Hangul: 밀정 ; Hanja: 密探 ; RR: Miljeong - "Perisik"/"Pencari Rahsia") ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2016 arahan Kim Jee-woon serta dibintangi oleh Song Kang-ho dan Gong Yoo.[3][4]
The Age of Shadows 밀정 | |
---|---|
Pengarah | Kim Jee-woon |
Penulis | Kim Jee-woon |
Dihasilkan oleh | Choi Jeong-hwa |
Dibintangi | |
Sinematografi | Kim Ji-yong |
Muzik oleh | Mowg |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 140 minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea Jepun |
Bajet | $8.62 juta |
Pecah panggung | $55.3 juta[1][2] |
Filem ini dipilih mewakil Korea Selatan untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 namun tidak tercalon.[5][6]
Plot
suntingSekitar tahun 1920-an, filem mengisahkan keadaan Semenanjung Korea semasa dijajah oleh kerajaan kolonial Jepun. Koperal Lee Jeong-chool yang berkhidmat dengan sebagai anggota polis bersekongkol dengan pemimpin Gerakan Kemerdekaan Korea, Jeong Chae-san dan Kim Woo-jin. Kumpulan penentang ini berpakat untuk membawa bahan letupan dari Shanghai, China untuk diletupkan di ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun di Seoul. Namun, gerakan ini mudah dihidu oleh pegawai Jepun, Hashimoto selepas mendapat maklumat daripada salah seorang ahli kumpulan penentang yang membelot. Mereka menyeludup bahan letupan menggunakan keretapi. Dalam masa sama, Hashimoto dan pasukannya juga berada di dalam gerabak tersebut selepas meragui gerak geri Koperal Lee terhadap penyiasatan ini. Akhirnya, Koperal Lee, Kim dan Hashimoto bertemu juga di dalam sebuah kafe di dalam gerabak keretapi. Maka berlakulah pertempuran, sehingga membawa kematian Hashimoto dan pasukannya. Kim juga terpaksa membunuh rakannya itu agar rancangan pra kemerdekaan itu tidak menemui kegagalan. Koperal Lee berpecah dengan pasukan Kim sebelum tiba di Seoul. Setibanya gerabak di stesen Seoul, Kim Woo-jin, Yeon Gye-soon, Ludvik berjaya diberkas. Sementara itu, kekasih Kim, Yeon diseksa oleh Higashi. Yeon mudah untuk diberkas berdasarkan sekeping foto yang diperolehi oleh tentera Jepun dari rakan Kim yang membelot. Highasi mula meragui dengan tindak tanduk Koperal Lee selepas perlantikan Terrauji sebagai Gabenor di Chosun. Beliau dilihat seperti memberontak dan tidak taat terhadap pemerintahan Jepun di Korea. Oleh kerana itulah, Higashi mengarahkan Hashimoto mengetuai operasi menangkap Kim dan rakan-rakan yang lain. Ramai ahli dalam kumpulan penentang berjaya diberkas manakala Koperal Lee sempat juga bertemu dengan Kim untuk menyembunyikan bahan letupan tersebut. Dengan mengharapkan salah seorang perlu menjadi korban. Kim mempertaruhkan nyawanya agar Koperal Lee dapat merencanakan agenda kumpulan tersebut. Koperal Lee sempat menyembunyikan bahan letupan tersebut di dalam lantai rumahnya sebelum kedua-duanya berjaya diberkas dan dibicarakan di mahkamah. Kim sanggup mengigit lidahnya sehingga putus semasa proses soal siasat. Mereka semuanya dipenjarakan. Namun, Yeon terpaksa menjalani hukuman mati. Manakala, Koperal Lee pula dibebaskan atas alasan untuk meneruskan penyiasatan memandangkan kenyataannya di mahkamah di anggap berasas kerana lebih dekat berhubung kait dengan pihak musuh. Koperal Lee terlalu sedih selepas melihat mayat Yeon diusung keluar dari penjara dan akan dibakar selepas itu memandangkan Yeon hanya tinggal sebatang kara di Seoul. Beliau mula merancang untuk membalas dendam terhadap Higashi. Koperal Lee berjaya meletupkan bangunan pentadbiran Jepun di Seoul yang membawa kepada kematian Higashi dan dalam masa yang sama, Chae-San dan Sun-gil juga membantunya. Keadaan menjadi huru hara dan berita ini akhirnya diketahui oleh Kim di dalam penjara. Koperal Lee juga meneruskan misi membunuh Gabenor Seoul yang merupakan tali barut dengan tentera kolonial Jepun di Korea sehingga membawa kepada kematian sahabatnya, Kim Jang-ok. Koperal Lee juga sempat bertemu Sun-gil untuk menyerahkan beberapa dokumen, wang dan juga emas milik Gabenor untuk kemudahan fasiliti kumpulan penentang tersebut merencanakan agenda kemerdekaan untuk Korea kelak. Di akhir cerita, Kim tersenyum sambil membuat coretan di dinding dengan nota ''Kumpulan penentang atau pejuang kemerdekaan melalui laluan ini''.
Barisan pelakon
sunting- Song Kang-ho sebagai Lee Jeong-chool
- Gong Yoo sebagai Kim Woo-jin
- Han Ji-min sebagai Yeon Gye-soon
- Um Tae-goo sebagai Hashimoto
- Shin Sung-rok sebagai Jo Hoe-ryeong
- Heo Sung-tae sebagai Ha Il-soo
- Lee Seol-goo sebagai Oh Nam-won
- Shingo Tsurumi sebagai Higashi
- Kim Dong-young sebagai Ha Chul-joo
- Jung Yoo-ahn sebagai Hwang Ui-seo
- Go Joon sebagai Shim Sang-do
- Seo Young-joo sebagai Joo Dong-sung
- Kwon Soo-hyun sebagai Sun Gil
- Lee Hwan sebagai Park Dae-yi
- Kwak Ja-hyung sebagai Seo Jin-dol
- Yoo Sang-jae sebagai Pemburu Park
- Jo Young-gyu sebagai Kim Hak-jin
- Choi Yu-hwa sebagai Kim Sa-hee
- Han Soo-yeon sebagai Mae-hyang
- Nam Moon-chul sebagai Kim Hwang-sub
- Kim Soo-woong sebagai Saito
- Choi Jang-won sebagai Noh Duk-soo
- Heo Hyung-gyu sebagai Jung Woo-sik
- Baek In-kwon sebagai Park Woong
- Jung Do-won sebagai Woo Ma-e
- Lee Soo-kwang sebagai Hideo
- Hiromitsu Takeda sebagai Takeda
- Shin Sung-il sebagai Park Ga
- Kim Ui-gun sebagai Heo Jung-goo
- Foster Burden sebagai Ludvik
- Izo Oikawa sebagai Umano
- Kazuhiko Ikebe sebagai Nakada
- Lee Byung-hun sebagai Jeong Chae-san (kameo)
- Park Hee-soon sebagai Kim Jang-ok (kameo)
Penerbitan
suntingPada 3 Ogos 2015, Warner Bros. telah mengumumkan akan membiaya dan mengedar filem bahasa Korea pertama mereka, Secret Agent. Filem berbajet $8.62 juta itu juga akan diterbitkan oleh Grimm Pictures.[7] Projek dan skrip filem ini dibangunkan oleh Lee Ji-min dan Park Jong-dae dimana Kim Jee-woon akan mengarah. Barisan pelakon terdiri daripada Song Kang-ho dan Gong Yoo.[7] Sebuah video trailer dikeluarkan pada 14 Julai 2016 yang mendedahkan tajuk baru filem ini sebagai The Age of Shadows.[8]
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–36 | Filem Terbaik | The Age of Shadows | Menang |
Muzik Terbaik | Mowg | Menang | ||
Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 | Filem Terbaik | The Age of Shadows | Tercalon | |
Pengarah Terbaik | Kim Jee-woon | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Song Kang-ho | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Um Tae-goo | Tercalon | ||
Arahan Seni Terbaik | Jo Hwa-seong | Tercalon | ||
Muzik Terbaik | Mowg | Tercalon | ||
Anugerah Grand Bell ke–53 | Filem Terbaik | The Age of Shadows | Tercalon | |
Pengarah Terbaik | Kim Jee-woon | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Song Kang-ho | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Han Ji-min | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Uhm Tae-goo | Menang | ||
Rekaan Seni Terbaik | Jo Hwa-sung | Menang | ||
2017 | Anugerah Filem Asia ke–11 | Filem Terbaik | The Age of Shadows | Tercalon |
Komposer Terbaik | Mowg | Menang | ||
Ahli Sinematografi Terbaik | Kim Ji-yong | Tercalon | ||
Anugerah Seni Baeksang ke–53 | Filem Terbaik | The Age of Shadows | Tercalon | |
Pengarah Terbaik | Kim Ji-woon | Menang | ||
Pelakon Lelaki Terbaik | Song Kang-ho | Menang | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Uhm Tae-goo | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Han Ji-min | Tercalon | ||
Lakon Layar Terbaik | Lee Ji-min, Park Jong-dae | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "The Age of Shadows". Box Office Mojo. Dicapai pada 2016-09-12.
- ^ "The Age of Shadows". The Numbers. Dicapai pada 2016-10-05.
- ^ "Movie sheds light on Japanese occupation". koreantimes.co.kr
- ^ "AGE OF SHADOWS, CITY OF MADNESS, HANDMAIDEN Selected for Toronto"' koreanfilm.or.kr
- ^ "S. Korean film "The Age of Shadows" submitted to Oscars". Yonhap News. 2016-08-30. Dicapai pada 2016-08-30.
- ^ Kil, Sonia (2016-08-30). "Warner Bros.' 'Age of Shadows' Picked as Korea's Oscar Contender". Variety. Dicapai pada 2016-08-30.
- ^ a b Kil, Sonia (2015-08-03). "Warner Bros. Sets Kim Jee-woon's 'Secret Agent' as Debut Korean Production (EXCLUSIVE)". variety.com. Dicapai pada 2015-08-04.
- ^ "[밀정] 1차 예고편 공개 The Age of Shadows (2016) teaser trailer (ENG SUB)". YouTube.